Taujihat Jumaat: BAHAYA KEMEWAHAN
Sumber:  http://usrahkeluarga.blogspot.com


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami
sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid.
Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di
atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang
bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah
saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan
air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika
berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh
ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang
(ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin
yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan
kekayaan di Mekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw.
bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat
nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan
pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula.
Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu
hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah
kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka
jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu
itu kami lebih baik daripada di hari ini.Kami akan
menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan
tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda,
"Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik
daripada keadaan kamu di hari itu". (Riwayat Tirmizi) 

Keterangan: 

Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan
bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat
kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang
pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak
putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan
dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan
demikian kita juga mungkin akan berkata seperti
perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada,
maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita
Muhammad saw. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan
itu adalah lebih baik untuk kita", ertinya lebih
memungkinkan kita untuk beribadat. 


Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari
berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang
berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun
tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi.
Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat,
kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan
ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan
kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan
menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun
harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk
menambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa
yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw.,
"Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu
jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang
kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah
(menemui kematian)". 


Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehalobaan
manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa
mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian.
Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan
seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak
berguna lagi penyesalan. Oleh itu janganlah kita lupa
daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal
atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu
sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk
menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda
dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan
bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang
kurang bernasib baik, suka menderma dan suka
bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak.
Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai
perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan
dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik
buahnya.

Petikan dari: 40 hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke