CARA ISLAM MENANAM TATA RABBANI DALAM JIWA DAN KEHIDUPAN MANUSIA. Oleh: Prof. Dr. Yusuf al-Qharadhawi. Buku: Al-Khasais al-'Ammah Li al-Islam.
Islam telah berusaha untuk menanamkan tata Rabbani kepada jiwa setiap Muslim di dalam kehidupannya melalui berbagai cara. Cara-cara tersebut ialah: 1. Melalui Jalan 'Ibadah. Melalui ibadah-ibadah wajib dan ibadat sunat yang digalakkannya iaitu melalui pengulangan solah lima waktu setiap hari. Ia merupakan ruh seperti ruh yang ada pada setiap jasad, Ia sentiasa menemukan setiap orang mu'min dengan Allah S.W.T.Apabila manusia tenggelam dalam permasalahan kehidupannya, maka bangunlah Muazzin melaungkan kalimah Allah Yang Maha Besar, mmempersaksikan bahawa hanyalah Allah S.W.T. Ilah yang ditauhidkan dan Muhammad adalah Rasulullah, mengajak kepada menunaikan solah waktu kepada kemenangan yang hakiki, maka terangkatlah muslim dari dunianya untuk berhadapan dan mengadap Tuhannya untuk beberapa waktu, yang akan mendorong dirinya untuk menyeru ke arah kebaikan untuk dirinya dan umatnya. Mengangkat dirinya daripada alam kebendaan ke alam keruhanian, daripada keegoan kepada mementingkan orang lain. Berpuasa sebulan yang diulangi pada setiap tahun juga menanamkan ruh rabbani ke dalam jiwa muslim.Ketika berpuasa semua Muslimin mengharamkan dirinya dari terlalu menurut hawa nafsu sama ada ketika makan minum, hubungan jenis dan juga segala aktiviti kehidupannya. Setiap hari bermula dari terbitnya fajar hingga jatuhnya matahari,merupakan tarbiyyah kepada kemahuan dan kehendak nafsu, melatih muslim untuk menuju taqwa untuk mencapai kesempurnan ibadah kepada Allah S.W.T. dengan sempurna. Allah S.W.T. berfirman dalam sebuah Hadith Qudsi yang bermaksud: " Puasa itu kepunyaanKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya; hamba yang meninggalkan makanan keranaKu, hamba yang meninggalkan minuman keranaKu, hamba yang meninggalkan isteri keranaKu dan hamba yang meninggalkan kelazatan keranaKu. " Berzakat iaitu dengan selalu mengeluarkan harta dapat menghapuskan sifat bakhil, membersihkan harta dan jiwanya di samping dapat memupuk rasa syukur kepada Allah S.W.T. di atas segala ni'mat pemberianNya. Firman Allah S.W.T. : Terjemahannya: "Ambillah zakat dari sebahagian dari harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu menjadi ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (Surah at-Taubah ayat 103.) Ia dinamakan zakat kerana ia mengandungi makna pembersihan, penumbuhan dan keberkatan. Manakala perkataan Dharibah (cukai) pula mengandungi makna pemaksaan, kekerasan dan hutang. Dengan demikian tuntutan Islam menunaikan zakat adalah secara suka rela dan redha meredhai serta meminta dengan Allah S.W.T. dengan do'a: "Ya Allah! janganlah jadikan (zakat ini) sebagai barang rampasan tetapi jadikan (zakat ini) sebagai hutang." Haji pula memisahkan seseorang Muslim dari tanah airnya, meninggal keluarga dan sanak saudaranya, berhijrah kepada Allah S.W.T., mengorbankan diri dan hartanya, menanggung beban perpisahan dan beberapa kesusahan kerana menunaikan kehendak Allah S.W.T., hingga sampai ke Tanah Suci, iaitu di sana didirikan rumah ibadah yang pertama yang didirikan di muka bumi ini. Di sana terdapat sejarah penghijrahan Nabi Ibrahim a.s. dan pengorbanan Nabi Ismail a.s.. Juga kesan peninggalan Nabi Muhammad S.A.W. dan da'wah kebenaran selepas kewafatan baginda. Di sana semua orang Islam dari berbagai bangsa dan keturunan meninggalkan sesuatu yang melambangkan gejala-gejala perbezaan, kedudukan dan pangkat, keturunan dan negeri. Mereka memakai pakaian yang seakan-akan kain kafan orang mati, yang mana pakaian itu lebih tinggi kedudukannya lahirnya semasa haji, lalu menghalakan segala hati, lisan perasaan dan harapan kepada Allah S.W.T.: " Aku perkenankan seruanMu wahai Tuhanku, aku perkenankan seruanMu, yang tida sekutu bagiMu. Sesunguhnya segala pujian dan nikmat adalah kepunyaanMu dan juga segala pemerintahan, Dan tiada sekutu bagiMu. " Di samping fardhu asasi yang tertentu, yang mana merupakan batasan minima yang mencorakkan hubungan manusia dengan Allah S.W.T., Islam membuka pintu untuk membuat amalan yang baik (nawafil), untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. dan melakukan perkara yang disukaiNya. Antaranya solah-solah sunat di samping solah-solah wajib lima waktu, puasa-puasa sunat di samping puasa wajib Ramadhan, sadaqah-sadaqah di samping zakat yang wajib, haji dan umrah di samping haji dan umrah yang wajib. Di dalam perkara tersebut terjadilah perlumbaan di kalangan yang ingin berlumba-lumba dalam membuat perkara kebaikan dan sifat dahulu mendahuli di kalangan orang-orang yang bertaqwa kepada Allah S.W.T.. Di dalam sebuah Firman Allah S.W.T. yang diriwayatkan di dalam hadith Qudsi yang bermaksud: " Tiada yang lebih sempurna taqarrub hambaKu kepadaKu kecuali dengan menunaikan fardhu-fardhu yang Aku wajibkan ke atasnya, hambaKu yang sering mendekatkan diri kepadaKu dengan melakukan Nawafil sehingga Aku senangi dan Aku cintai. Apabila Aku telah menyenanginya Aku melindungi pendengarannya yang dengannya ia mendengar, matanya yang denganya ia melihat, tangannya yang dengannya ia mempergunakannya. Jika ia meminta perlindungan Aku memberi perlindungan kepadanya dan jika ia meminta sesuatu Aku memberikan kepadanya. " (Hadith Riwayat Bukhari) Bukanlah ibadah itu (fardhu atau sunat),hanya menghubungkan seseorang makhluk dengan Khaliknya di saat-saat peribadatannya sahaja, kemudian selepas itu tidak ada lagi hubungan dengan Tuhannya,lalu ia kekal semula di muka bumi mengikut hawa nafsunya. Sama sekali tidak. Peranan ibadat adalah menanamkan Islam di dalam hati nurani orang-orang yang menunaikannya, menanam jiwa taqwa kepada Allah S.W.T. yang Maha Tinggi kedudukanNya, memberi kepadanya bekalan ingatan kepada Allah S.W.T. apabila ia lupa, menguatkan azamnya apabila ia lemah dan menerangi jalan kehidupannya apabila lampu-lampu yang menerangi kehidupan di sekelilingnya padam. Islam tidak menyukai seseorang Muslim yang hanya menjadi manusia Rabbani di dalam masjid, di sana ia ruku', sujud dan bermunajat serta berdo'a, tetapi apabila ia keluar dari masjid ia berubah corak dari Insan Rabbani kepada Insan Haiwani atau Insan Syaitani. Islam tidak menyukai seseorang Muslim yang hanya menjadi manusia Rabbani di Bulan Ramadhan, tetapi apabila hilangnya bulan Ramadhan maka hilanglah bersamanya sifat ibadah dan ketaatannya kepada Allah S.W.T.. Seolah-olah ia menyembah Bulan Ramadhan bukan Tuhan Bulan Ramadhan. Kerana hal itu Salaf as-Saleh di kalangan Umat Islam berkata: " Jadilah orang-orang yang Rabbani, tetapi janganlah menjadi orang-orang yang hanya beribadat di Bulan Ramadhan sahaja. " Sambungannya, sila layari http://usrahkeluarga.blogspot.com/ __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online". Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

