Salam,
   
  InsyaAllah Kelas Quranic Arabic Online akan diteruskan pada masa yang sama 
hari Rabu ini, jam 9.30-10.30mlm waktu Malaysia. Seperti biasa ia akan diadakan 
di Paltalk, room 'Kelas Quranic Arabic Online' yang terdapat di bawah category 
Religion, sub-category Islam. Room dibuka kira-kira setengah jam sebelum kelas 
bermula.
   
  Kelas akan dimulakan dengan ulangkaji kelas yang lalu, Gantinama Diri 
(Separate Pronouns). Kita kemudian akan sambung pelajaran Gantinama Diri ini, 
bab Attached Pronouns. Sila download dan printkan files Kertas Latihan 2 dan 3 
yang terdapat di folder Kelas Quranic Arabic Online yang terdapat di bahagian 
Files mailing list.
   
  Jangan lupa untuk sediakan kitab Al-Quran dan Terjemahnya yang akan dirujuk 
dari masa ke semasa sewaktu kelas. 
   
  Bagi yang masih belum mengikuti kelas ini, anda belum terlambat. Sila lihat 
folder Kelas Quranic Arabic Online yang mengandungi bahan kelas yang lepas. 
Boleh hubungi saya sekiranya perlu penerangan lanjut.
   
  Jumpa Rabu nanti.
   
  Wassalam
  Abu Muaz 

       
---------------------------------
 Yahoo! Answers - Got a question? Someone out there knows the answer. Tryit now.

Kirim email ke