Apakah demokrasi sudah mati? May 3rd, 2007 IJOK 28 April 2007. Suatu insiden yang tidak dikehendaki telah berlaku pada pagi hari mengundi di salah satu pusat pembuangan undi - insiden yang mencemaskan - kerana seorang teman petugas KeADILan yang sudah agak berumur telah dipukul kepalanya dengan topi keledar oleh seorang Pemuda Umno ketika beliau bertugas di awal pagi hari mengundi tersebut.
"Sakitnya kepala saya!" terdengar rintihannya. Bila ditanya kenapa dia dipukul, dia menjawab, "Budak tu kata saya tak boleh berdiri di tempat saya berdiri!" Teman petugas ini rupanya, berdegil dan tidak berganjak dari tempat bertugasnya. Tindakan itu telah membuatkan Pemuda Umno tadi begitu marah dan dengan nafsu amarahnya memukul teman saya tadi sehingga tidak menghiraukan bahawa yang dipukul atau dicederakannya merupakan seorang yang sudah agak berumur. Mujurlah seorang anggota polis telah menyaksikan insiden tersebut dan mengarahkan Pemuda Umno tadi beredar serta tidak mengulangi perbuatannya. Kejadian pukul-memukul telah menjadi salah satu ciri pilihanraya kecil DUN N11 Ijok. Ia tidak langsung melambangkan proses demokrasi yang sihat, aman dan bebas sebagaimana yang diungkitkan oleh TPM, Najib Tun Razak. Ijok tidak akan luput dari kenangan. Ia mendewasakan kita dalam parti yang baru berumur lapan tahun kini. Pendewasaan yang pantas dek pelbagai cabaran dan asakan serta ketidakadilan pihak-pihak yang diberi amanah yang seringkali bersekongkol dengan Umno-BN. Apakah tindakan kita selanjutnya? Ianya satu persoalan yang perlu dijawab segera kerana pilihanraya umum ke-12 akan berlangsung tidak lama lagi, "bila-bila masa," menurut Pak Lah.......seterusnya, baca di sini: http://fuziahsalleh2.wordpress.com/

