Salam,
   
    InsyaAllah Kelas Quranic Arabic Online akan diteruskan pada masa yang sama, 
Rabu, jam 9.30-10.30mlm waktu Malaysia, setelah bercuti minggu lepas. Seperti 
biasa ia akan diadakan di Paltalk, room 'Kelas Quranic Arabic Online' yang 
terdapat di bawah category Religion, sub-category Islam. Room dibuka kira-kira 
setengah jam sebelum kelas bermula.
   
  Kelas akan dimulakan dengan ulangkaji kedua-dua Gantinama Diri 'Separate 
Pronouns' dan 'Attached Pronouns'. Kita akan mengisi Kertas Latihan 3 bersama. 
Sila download dan print Kertas Latihan ini dari 
http://groups.yahoo.com/group/Tafsir_AlQuran/ kalau masih belum berbuat 
demikian.
   
  Seterusnya kita akan sambung terjemahan kalimah dalam surah Al-Baqarah 
bermula dengan ayat 6. Jangan lupa untuk sediakan kitab Al-Quran dan 
Terjemahnya yang akan dirujuk nanti. 
   
  Bagi yang masih belum mengikuti kelas ini, anda belum terlambat. Sila lihat 
folder Kelas Quranic Arabic Online yang mengandungi bahan kelas yang lepas. 
Boleh hubungi saya sekiranya perlu penerangan lanjut.
   
  Wassalam
  Abu Muaz


       
---------------------------------
 Yahoo! Mail is the world's favourite email. Don't settle for less, sign up for 
your freeaccount today.

Kirim email ke