Tingkatkan Perpaduan, Selamatkan Masjid Aqsa
  
 gunxx writes " Rabu, 09/05/07 - Selasa lepas, Pergerakan Hamas telah meminta 
semua puak di Palestin meningkatkan perpaduan dan menganggap peranan mereka 
penting dalam mempertahankan Aqsa daripada ancaman-ancaman pencerobohan 
Israel.Jurucakap Hamas di Genting Gaza, Fawzi Barhoum dalam satu siaran akhbar 
Selasa lalu memberi amaran rejim Zionis akan menerima "padah yang serius" 
disebabkan kerja penggalian di masjid suci Aqsa yang diduduki di Baitulmuqaddis.

Beliau mengingatkan rejim Zionis bahawa Baitulmuqaddis "adalah sebahagian dari 
tanah penduduk Palestin yang diceroboh" dan kebangkitan Aqsa akan berlaku bagi 
mempertahankan kota suci dan masjid Aqsa itu.

Rejim Zionis tidak pernah menyedari impiannya untuk membina kuil di atas 
kehancuran tapak Masjid Aqsa dengan "tidak mengira harga atau pengorbanan yang 
telah kami tanggung," tekan beliau.Barhoum menyesal fakta yang menyebut 
kemusnahan terhadap masjid suci Aqsa dan mercu tanda bersejarah yang lain di 
Baitulmuqaddis yang diduduki dilaksanakan di hadapan mata masyarakat dunia yang 
tidak berganjak untuk memeriksanya.Jurucakap Hamas mahu institusi-institusi 
awam Palestin dan Arab mendedahkan kerja-kerja Israel termasuk cubaan untuk 
mengyahudikan Baitulmuqaddis, melakukan penggalian di bawah masjid Aqsa dan 
memusnahkan warisan dan identiti kota suci Islam itu.

Beliau menyokong tindakan pantas untuk memeriksa kerja-kerja Israel dan 
mencadangkan pembentukan sebuah jawatankuasa Arab-Islam bagi mempertahankan 
Palestin, Baitulmuqaddis dan Masjid Aqsa seterusnya akan mendedahkan 
kerja-kerja percerobohan yang dilakukan Israel di mata dunia. Jurucakap Hamas 
turut memberi komen tentang tawaran Israel pada kontraktor untuk mula 
menggunakan bahan letupan baru di dinding Buraq masjid Aqsa berdekatan pintu 
pagar Maghareba.

Note: sumber : http://www.palestine-info.com 
penterjemah : hijjaz79" 
   
   
  'Sesungguhnya umat Islam ini adalah umat yang satu dan Aku adalah Tuhanmu 
maka hendaklah kamu menyembah akan Daku' 
  (Al-Anbiya': 92)
   
  Sumbangan kepada rakyat Palestin boleh disumbangkan melalui JIM 
International. Akaun untuk menderma kepada rakyat Palestin: PERTUBUHAN JAMAAH 
ISLAH MALAYSIA, Bank Islam Malaysia Berhad, No Akaun: 12113010005797 
   
  Wassalam
   
  Zun 'Arif Hakim Abdul Rahman
  JIM InternationalKasih Ummah
  www.jim.org. my; www.palestinkini. info
  HP: 017-681-2438 ; O/Fax: 03-4260-1130; Email:zunarif@ yahoo.com
   

       
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
 Check outnew cars at Yahoo! Autos.

Kirim email ke