111 WASIAT RASULULLAH SAW 
32 TAUBAT SEBELUM TERLAMBAT 
===========================
“RASULULLAH SAW pernah bersabda kepada Aisyah r.a., “Jika engkau melakukan dosa 
dan bukan merupakan kebiasaan, maka mohonlah ampun kepada Allah dan bertaubat 
kepada-Nya, kerana apabila seorang hamba mengakui dosanya, kemudian dia 
bertaubat kepada Allah, nescaya Allah akan mengampuni dosanya.” 
(HR. Bukhari, Muslim dan Ahmad). 
 
Wahai saudaraku kaum Muslimin! Bertaubatlah kepada Allah adalah merupakan jalan 
yang dilalui oleh wanita Muslimah untuk sampai kepada Tuhannya, serta akan 
menambah keuntungannya di akhirat, Tidak ada yang dapat memberikan keuntungan 
bagi orang-orang yang beruntung pada han akhirat kecuali hanya taubat yang 
sungguh-sungguh, yang padanya terkandung keikhlasan kepada Allah semata dan 
dengan cara menjauhi apa-apa yang tidak disukai-Nya. 
 
Taubat itu adalah merupakan ubat yang dapat dipereleh bagi setiap orang yang 
terkena penyakit jiwa dan perbuatan-perbuatan yang buruk. Sedangkan makna 
taubat menurut pengertian bahasa ialah kembali”. Maksudnya ialah kembali taat 
kepada Allah SWT setelah sebelumnya durhaka kepada-Nya. 
 
Wahai saudaraku kaum Muslimah! Perhatikanlah ayat-ayat Al Quran yang menyerumu 
supaya bertaubat. Firman Allah: 
 
“Katakanlah wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas, janganlah kamu berputus 
asa dan rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengam pun lagi Maha Pen 
yayang.” 
(As-Zumar: 53) 
 
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat 
nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan 
memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.” 
(At-Tahrim: 8) 
 
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, 
supaya kamu berjaya.” 
(An-Nur: 31) 
 
“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya 
din sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa 
mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, 
dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, 
sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).” 
 
“Orang-orang yang demikian szfatnya, balasannya ialah keampunan dan Tuhan 
mereka, dan syurga-syurga yang rnengalir dibawahnya beberapa sungai, mereka 
kekal didalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang 
yang beramal.” 
(AI-Imran: 135-136). 
 
Bertaubat kerana dosa dan kesalahan termasuk sesuatu yang harus dilakukan 
secara langsung dan terus menerus, sama ada dosa yang dilakukan itu kecil 
mahupun besar. Kerana telah diturunkan kepada kita wahyu yang jelas maknanya, 
yang menganjurkan perbuatan in Sebagaimana Firman-Nya lagi: 
 
“Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan itu dan 
memperbaiki din, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya.” 
(Al Mqidah: 39) 
 
Setelah kita memperhatikan firman Allah, marilah pula kita perhatikan 
hadis-hadis Nabi, yang menyeru kita supaya kembali ke jalan Allah. 
 
Diriwayatkan dan Abu Hurairah, dia berkata,: 
 
“Rasulullah SAW bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya aku benar-benar memohon am 
pun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya lebih dan 70 kali dalam satu hari.” 
(HR. Bukhari). 
 
Dan Al-Aghar bin Yassar, dia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: 
“Hai manusia bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampunan-Nya, kerana aku 
juga bertaubat seban yak seratus kali dalam satu hari.” 
(HR. Muslim). 
 
Kalaulah kita ingin memperhatikan pada diri Rasulullah SAW yang makshum itu, 
yang dosa-dosanya pada masa lalu dan yang akan datang telah diampuni oleh 
Allah, namun meskipun begitu beliau tetap memohon ampun dan bertaubat 
kepada-Nya sebanyak seratus kali dalam satu hari. Perkara ini memberikan 
pengertian kepada kita bahawa pentingnya taubat dalam kehidupan sehari-hari.
 
Wahai saudaraku kaum Muslimin! Sebenarnya hak-hak Allah terlalu agung jika kita 
harus melaksanakannya. Lalu bagaimanakah caranya supaya kita mendapatkan 
keredhaanNya? 
 
Mari kita perhatikan ucapan dan seorang ulama’ yang terkenal iaitu Thaniq bin 
Habib, katanya: “Sesungguhnya hak—hak Allah terlalu agung jika harus 
dilaksanakan oleh manusia. Namun mereka harus tetap bertaubat pada waktu pagi 
dan petang hari.” 
 
Wahai Ukhti Muslimah! Sesungguhnya taubat yang dapat mengubati dosa dan 
menghilangkan pengaruhnya, ialah taubat yang seikhlas-ikhlasnya. Sedangkan yang 
dimaksud dengan taubat yang seikhlas-ikhlasnya didalamnya terkandung keinsafan 
sepenuhnya tentang buruknya dosa yang diperbuat di sisi Allah SWT. 
 
Hati harus dipenuhi oleh perasaan sedih dan menyesal serta takut kepada amarah 
Allah, keinginan kuat yang diiningi dengan meninggalkan dosa itu ketika itu 
juga dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa yang akan datang, serta 
berusaha terus membebaskan diri dan pengaruh-pengaruh dosa yang lalu sedapat 
mungkin. 
 
Apabila seluruh unsur-unsur itu terpenuhi, maka hal itu akan mengubah dosanya 
menjadi pendekatan diri kepada Allah SWT, sakitnya akan menjadi kelazatan, 
keburukannya berubah menjadi kebaikan, kegelapannya berubah menjadi cahaya dan 
kebingungannya berubah menjadi hidayah. 
 
Taubat yang sebenarnya itu mengandung tiga unsur, iaitu ilmu, prihahal keadaan 
dan perbuatan. Yang dimaksud dengan ilmu ialah: bahawa taubat itu haruslah 
dilakukan dengan kesedaran dan ilmu. Ertinya, harus diketahui bahawa perbuatan 
yang sudah dilakukan itu adalah perbuatan dosaa. Sedangkan ilmu yang 
dimaksudkan disini ialah iman yang yakin. Iman iaitu suatu pengertian yang 
membenarkan bahawa dosa itu adalah suatu perkara yang dapat merosakkan, 
sedangkan yakin iaitu suatu pengertian yang menguatkan pembenaran tersebut dan 
yang menghilangkan keragu-raguan. Jika yakin ini telah menguasai hati, maka 
akan timbullah cahaya iman. 
 
Yang dimaksud dengan perihal keadaan ialah, sesudah hal itu diketahui, 
hendaklah timbul suatu jeritan di dalam hati, iaitu perasaan menyesal. 
 
Sedangkan yang dimaksud dengan perbuatan ialah, niat yang kuat dan 
sungguh-sungguh bahawa tidak akan melakukan dosa itu kembali pada han-han yang 
akan datang. 
 
Begitu juga, apabila taubat seseorang itu ingin diterima disisi Allah, maka 
seseorang itu harus memperhatikan syarat-syarat yang telah ditentukan, diantara 
syarat-syarat tersebut ialah: 
 
1. Menyesal atas segala perbuatan dosa yang pernah dilakukan. 
2. Mensucikan din dan perbuatan maksiat yang sudah dilakukan. Kerana tidak ada 
ertinya bertaubat jika dosa masih terus dikerjakan. 
3. Bertekad dengan sungguh-sungguh bahawa tidak akan mengulanginya lagi, selama 
hayat dikandung badan, sampai mengucapkan selamat tinggal pada dunia yang fana 
ini. 
 
Ketiga-tiga syarat ini, wajib dilaksanakan oleh orang yang ingin bertaubat yang 
berhubungan antara dosa manusia dengan Tuhannya. Akan tetapi jika kesalahan 
atau dosa yang dilakuan itu berhubung dengan sesama manusia, maka diwajibkan 
untuk menyelesaikannya kepada orang yang berkenaan. 
 
Wahai Ukhti Muslimah, setelah taubat dan dosadosa engkau lakukan, selepas itu 
hendaklah sentiasa meletakkan dirimu antara takut dan harap. Berharap 
dimaksudkan di sini ialah agar Allah menerima taubatmu dengan belas dan 
kasih-Nya. Sedangkan yang dimaksud dengan takut ialah, takut kalau-kalau Allah 
tidak menerima segala taubatmu, serta bimbang kalau-kalau kamu melakukan taubat 
itu tidak dengan sempurna. 
 
Wahai Ukhti Muslimah, bagi setiap orang yang beriman haruslah sentiasa 
bertaubat kepada Allah tanpa berhenti, dan taubat itu haruslah diperbaharui 
pada setiap masa dan kesempatan, sebab dosa-dosa yang kita lakukan itu mungkin 
banyak sekali dosa batin, atau dosa yang tidak kita tahu atau dosa yang kita 
ketahui. 
 
Oleh kerana itu ketahuilah! Jika kita kembali kepada Allah dengan taubat 
nasuha, nescaya Allah akan menerima taubat kita, dan menghapuskan segala 
dosadosa yang telah kita lakukan. Sebagai bukti, perhatikanlah beberapa contoh 
tentang orang-orang yang bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha itu, 
sehingga mereka mendapat keuntungan diakhirat. 
 
a. Pembunuh seratus orang. 
===========================
Dan Abu Sa’id A1-Khudry, bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
“Dulu, diantara orang-orang sebelum kamu ada seorang lelaki yang sudah membunuh 
99 orang lalu dia bertanya tentang penduduk burni yang paling ban yak 
ibadahnya. Lalu dia ditunjukkan ten tang seorang rahib. Diapun pergi menemui 
rahib itu, kemudian dia menceritakan bahawa dia telah membunuh seban yak 99 
orang, maka apakah masih ada ampunan bagi dirinya? 
 
Rahib itu men jawab, “Tidak ada.” 
 
Lalu orang itupun rnembunuh rahib tersebut, sehingga jumlah korban menjadi 100 
orang. Kernudian dia bertanya-tanya tentang pen duduk bumi yang paling ban yak 
ilmunya. Lalu ditunjukkan kepada seorang lelaki yang berilmu. Orang itu pun 
berkata bahawa dia telah membunuh sebanyak 100 orang, apakah masih ada ampunan 
bagi dirinya jika ia bertaubat? 
Orang yang berilmu itu men jawab, “Ya. Tidak siapapun yang dapat menghalangi 
antara dirimu dengan taubatmu.” 
Pergilah engkau ke negeri yang jauh letakknya dan sini, kerana disana ada 
orang-orang yang menyembah Allah, dan sembahlah Allah bersama mereka, dan 
janganlah kembali ke negerimu. Kerana negerimu mi adalah tern pat yang rosak.” 
Orang itu pun pergi, sehingga ketika dia di dalarn perjalanan, kematian men 
ghampiri dirinya. Pada waktu itu malaikat rahmat dan malaikat azab sating 
berselisih pendapat tentang orang tersebut.
 
Malaikat rahmat berkata; 
“Orang ini telah bertaubat dan menghadap kepada Allah dengan sepenuh hatinya.” 
 
Sedangkan malaikat azab berkata: “Sesungguhnya sekalipun dia belum pernah 
mengerjakan kebaikan.” 
 
Sedang mereka itu berselisih pendapat, tiba-tiba datang pula malaikat yang 
berwujud seorang manusia mendatangi mereka dan hendak memutuskan perkara mereka 
tentang orang tersebut. Maka dia berkata: “Ukurlah jarak antara dua negeri itu. 
Mana jarak yang lebih dekat, maka ia akan menjadi bahagiannya.” Maka mereka 
mengukurnya dan mendapatkan bahawa jarak yang paling dekat adalah ke negeri 
yang hendak di tujunya. Maka malaikat rahmat yang memegang orang tersebut.” 
(Bukhari dan Muslim). 
 
Dalam satu riwayat yang lain pula disebutkan: 
 
“Lalu Allah menurunkan wahyu kepada negeri yang satu ini agar jaraknya lebih 
jauh, dan memberikan wahyu kepada negeri yang satunya lagi supaya jaraknya 
lebih dekat. Maka jarak ke negeri yang baik adalah lebih dekat dan negeri yang 
ditinggalkannya kira-kira satu jengkal. Maka ia dijadikan sebagai penduduk 
negeri yang baik itu.” 
(HR. Muslim). 
 
Perhatjkanlah wahai saudaraku kaum wanita! Walaupun dosanya sangat besar dan 
kesalahannya menimbun, akan tetapi ketika rasa penyesalannya betul-betul timbul 
dan lubuk hati yang mendalam, serta ia benar-benar ingin bertaubat, maka Allah 
merahmatinya dan menjadikan dirinya termasuk golongan orangorang yang 
berbahagia. Maka begitu pulalah hendaknya dirimu yang harus betul-betul dalam 
bertaubat, supaya Allah benar-benar memberikan rahmat-Nya bagi dirimu. 
 
b. Wanita Pezina. 
===========================
Dan Imram bin Khushain: 
 
“Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita dan kauin Hujainah, yang hamil 
kerana perbuatan zina. Lalu dia berkata: “Wahai Rasulullah, telah berlalu suatu 
hukuinan bagiku maka laksanakanlah hukuinan itu atas diriku.” 
Lalu Rasulullah memanggil seorang wall wanita itu serta berkata; “Perlakukanlah 
dengan cara yang baik terhadap wanita ini, maka jika dia telah melahirkan, 
bawalah dia kepadaku.” Maka wali itu melaksanakannya. Maka setelah tiba 
saatnya, Rasulullah mengikat wanita itu dengan pakaiannya kern udian 
rnernerintahkan kepada para sahabat supaya rnerejarnnya. Kemudian Rasulullah 
men yembahyangkrrn mayatnya. Lalu lirnar berkata kepada Rasulullah, “Mengapa 
engkau menyembahyangkan mayat wan ita itu wahai Rasulullah padahal dia telah 
berzina?” 
 
Maka Rasulullah menjawab; “Sesungguhnya dia telah bertaubat dengan betul-betul 
taubat, yang andaikata taubatnya itu dibagi-bagikan diantara tujuh puluh orang 
penduduk Madinah, tentu taubatnya itu sanggup untuk menutupi kesalahan mereka 
semua. Dan apakah engkau pernah mendapatkan suatu taubat yang lebih utama jika 
dibandingkan dengan wanita itu yang menyerahkan nyawanya kepada Allah?” 
(HR. Tarmizi dan Ahmad). 
 
Perhatikanlah bagaimana balasan taubat yang sesungguh-sungguhnya. Taubat itu 
menjadikan seseorang berada dalam suatu persiapan yang besar untuk membersihkan 
dirinya dan kedurhakaan dan dosa. 
 
Taubat juga merupakan suatu bentuk ubudiyah kepada Allah yang paling disukai 
oleh Allah. Ianya mempunyai kedudukan yang tidak dapat disamakan dengan yang 
lain kerana didalamnya terdapat sikap pasrah, menyerahkan din dan tunduk kepada 
Allah. Bahkan faedah yang paling besar adalah berubahnya keburukan yang pernah 
dilakukan menjadi kebaikan. 
Sebagaimana firman Allah: 
 
“Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan men gerjakan amal shaleh, 
ma/ca kejaha tan mereka itu a/can diganti dengan kebaikan.” 
(A1-Furqan: 70) 
 
Ayat di atas ini merupakan khabar gembira bagi orang-orang yang benar-benar 
bertaubat. Sehingga seorang tabi’in yang mulia bernama Sa’id Al-Musayyab pernah 
berkata tentang ayat ini, menurutnya; “Allah menggantikan kejahatan yang pernah 
mereka lakukan dengan kebaikan pada hari kiamat dan memberikan kepada mereka 
kedudukan yang baik dan setiap kejahatan mereka.” 
 


       
---------------------------------
Building a website is a piece of cake. 
Yahoo! Small Business gives you all the tools to get online.

Kirim email ke