Pengaruh Kesolehan Ibu Bapa Dalam pendidikan Anak-anak Sumber: http://usrahkeluarga.blogspot.com/
Kesolehan jiwa dan perilaku kedua ibu bapa memiliki pengaruh yang besar dalam membentuk kesolehan anak-anak. Bahkan akan memberi manfaat bagi anak, baik du dunia mahupun di akhirat. Pengaruh-pengaruh ini muncul kerana beberapa faktor, antaranya:- a. Berkat dan balasan Allah swt atas amal-amal soleh seperti pemeliharaan, perlindungan, keluasan rezeki dan kesihatan yang dikurniakan kepada anak-anak. b. Kecaman dan balasan Allah swt ke atas amal-amal buruk seperti kesesatan, musibah, penderitaan, penyakit, kebiadaban dan persoalan-persoalan pelik yang menimpa anak. Justeru, kedua ibu bapa harus memperbanyakkan amal soleh, berakhlak mulis dan sentiasa memelihara hubungan dengan Allah swt dan menjadikan Rasulullah saw sebagai qudwah / suri teladan dalam kehidupan. Allah swt. berfirman yang bermaksud: "Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedangkan ayahnya adalah seorang yang saleh, maka Tuhanmu menghendaki agar mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanan itu sebagai rahmat dari Tuhanmu. Dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya. " (QS: Al Kahfi:82) Kisah disebalik ayat di atas adalah ketika Nabi Musa as bersama Nabi Khidir as. melewati sebuah perkampungan, keduanya meminta penduduknya agar menyambut dan menjamu mereka. Namun mereka menolak. Kemudian, Nabi Musa as. dan Khidir as. melihat bangunan yang hampir roboh, lalu Khidir as. memperbaiki dinding rumah tersebut hingga tegak kembali. Lalu Musa as. berkata, "Jika engkau berkehendak, tentu engkau boleh mengambil upah atasnya." (Al Kahfi:77). Jawapan Khidir as. atas pernyataan Musa as. tersebut adalah: "Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedangkan ayahnya adalah seorang yang saleh." (QS: Al Kahfi:82) Perhatikanlah, bagaimana Allah swt. menjaga harta simpanan anak yatim tersebut, berkat kesolehan kedua orang tuanya. Apakah anda yakin bahawa harta simpanan yang dipelihara Allah swt tersebut berasal dari usaha yang haram? Tentu tidak! Kerana kedua orang tuanya itu adalah orang soleh, sudah tentu harta tersebut didapati dari jalan halal juga. Allah swt. berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar (qaul sadid)." (QS: An Nisa':9) Untuk itu, kita sebagai ibu bapa seharusnya bertaqwa kepada Allah swt. dengan selalu mengucapkan kata-kata yang baik dan benar. Wajarkan wahai para ibu bapa, jika tangan tang selalu kita gunakan untuk menganiaya orang digunakan juga untuk memohon kepada Allah agar diberi keturunan yang soleh. Wajarkan kita berdoa kepada Tuhan dengan mulut yang dikotori makanan bersumberkan yang haram, mulut yang berdusta, ghibah, mengadu domba, menghina, caki maki dan memfitnah. Apakah doa anda akan dimakbulkan sedangkan cara hidup kita bercanggah dengan cara hidup Islam. Ikuti sambungan di : http://usrahkeluarga.blogspot.com/ ____________________________________________________________________________________ Park yourself in front of a world of choices in alternative vehicles. Visit the Yahoo! Auto Green Center. http://autos.yahoo.com/green_center/ ///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online". Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

