----- Original Message -----
>From : [EMAIL PROTECTED]
LUASNYA NERAKA ALLAH
Luasnya Neraka
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi
saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka
ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya
Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan
penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka
Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar
untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu
tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih,
kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam
nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka
sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana
panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu
digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana
panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu
pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas
bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat
tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat
panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air
panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada
tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki
dan perempuan."
Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya,
dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari
yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg
kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun
sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama
Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat
Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi
bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati
belum sempat bertaubat."
Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga
Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sadar kembali dan
sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan
sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam
neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w.
masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian
kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis
dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu
tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan
racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Wallahua'lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari
keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada
manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh
sekalian makhluk.
Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat"
----- Original Message -----
>From : [EMAIL PROTECTED]
Keutamaan Membaca Al-Quran
1. Ibadat yang paling utama dari segi bacaan, berbanding sembahyang
sebesar-besar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.
2. Pahala membaca A-Quran : 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah
diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al Jauzi diganda sampai 700 kali.
3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga.
4. Juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.
5. Pahala membaca satu huruf dari Al-Quran -
a. Dalam sembahyang - 100 kebajikan
b. Di luar sembahyang berwudhu' - 50 kebajikan
c. Tanpa wudhu' - 10 kebajikan
6. Pembaca Al-Quran adalah hartawan. Pahala membacanya tidak akan putus,
mengikut Ibnu Abbas.
7. Keselamatan daripada api neraka.
8. Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama para Malaikat.
9. Di hari kiamat, Al-Quran menjadi pembela.
10. Pembaca akan memperolehi keamanan.
11. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.
12. Pembaca dimasukan ke dalam golongan Siddiqin' Syuhada' dan Solihin.
13. Membaca Al-Quran secara berkumpulan akan diampunkan dosa mereka.
14. Pembaca akan mendapat kemuliaan di syurga.
15. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.
16. Jika dibaca dirumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.
17. Membaca secara tadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan
dikelilingi oleh malaikat.
18. Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi Imam sembahyang.
19. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari dan mengajar Al-Quran.
20. Mempelajari satu ayat Al-Quran lebih baik dari sembahyang sunat 1000
raka'at.
21. Mempelajari dan membaca Al-Quran mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.
22. Mendapat perlindungan di padang Mahsyar.
23. Pembaca akan dilindungi dari godaan syaitan.
Masa-masa yang diutamakan membaca Al-Quran
1. Di waktu tengah malam sehingga fajar, adalah paling utama.
2. Di antara Maghrib dan Isya'.
3. Sesudah sembahyang Subuh.
Bacaan Al-Quran pada masa tertentu mengikut sunnah
A. Tiap-tiap pagi dan petang
1. Al-Ikhlas - menyamai satu pertiga Al-Quran; dibaca 10 kali akan dibina
sebuah istana di syurga;
2. Al-Falaq - dibaca 3 kali untuk perlindungan dari bencana dan segala perkara
yang tidak diingini;
3. An-Naas - sama seperti A-Falaq;
4. Ayatul Kursi (Al-Baqarah - 255) - pahalanya menyamai satu perempat
Al-Quran, dibaca setiap lepas sembahyang akan dimasukkan ke syurga, setiap
huruf 1000 keberkatan dan mendapat 1000 rahmat;
5. Al-Mukmin ayat 1-3 (Juz 24 Surah 40) - untuk keselamatan;
6. Al-Hasyr ayat 21-24 (Juz 28 surah 59) - apabila dibaca selepas Subuh dan
Asar akan mendapat rahmat dan dijaga oleh 70,000 malaikat dan jika meninggal
dunia pada malam atau siang hari itu, akan perolehi syurga.
B. Tiap-tiap malam
1. Yaasin (Juz 22 & 23 surah 36) - Hati Al-Quran, pembacanya akan mendapat
keredhaan Allah, keampunan dosa; jika dibaca atas seseorang yang hampir mati
akan memudahkan pertemuannya dengan Allah; jika dibaca atas kubur akan
diringankan siksa kubur, diberi 80 rahmat kepada pembaca dan diberi Allah
akannya perkara-perkara yang menyukakannya.
2. Ad-Dhukhan (Juz 25 surah 44) - pembaca akan mendapati 7000 malaikat memohon
ampun ke atasnya; jika dibaca pada malam atau hari Jumaat akan diberi sebuah
rumah di syurga.
3. Al-Qiyamah (Juz 29 surah 75)
4. Al-Zalzalah (juz 30 surah 99) - pahala membaca seumpama separuh Al-Quran.
5. Al-Ikhlas
6. Al-Imran ayat 190-200 (juz 4 surah 3) - dibaca pada malam hari akan diberi
pahala beribadat separuh malam.
7. Al-Baqarah ayat 284-286 (Juz 2 surah 1) - diberi pahala beribadat separuh
malam dan dijauhi gangguan syaitan dan segala bencana.
C. Sebelum tidur
1. Al-Fatihah - pahala membacanya memenuhi timbangan amal, menutup segala pintu
neraka, dikatakan sama dengan dua pertiga Al-Quran dan 70 kali ganda ayat lain;
2. Bismillah - dibaca 21 kali sebelum tidur akan memberi keselamatan kepadanya;
setiap huruf diberi 4000 kebajikan dan dihapuskan 4000 kejahatan dan diangkat
4000 darjat;
3. Al-Mulk (Juz 29 surah 67) - diberi syufaat dan diampunkan dosa, pahala sama
60 kebajikan dan dijauhi seksa kubur;
4. As Sajdah (juz 21 surah 32) - diberi naungan di hari Kiamat; 60 darjat
daripada surah lain;
5. Al Kaafirun - menyamai satu perempat Al-Quran, akan dilepaskan dari azab
neraka.
D. Bacaan pada setiap malam dan siang
1. Yassin;
2. Al Mulk;
3. Al Waaqiah - (Juz 27 surah 56) - dijauhi kepapaan;
4. Ad Dukhan
E. Tingkatan pembaca Al-Quran
1. Jutawan - membaca 300 hingga 1000 ayat setiap malam;
2. Jayawan - membaca 200 hingga 299 ayat;
3. Setiawan - membaca 100 hingga 199 ayat;
4. Pemelihara - membaca 50 hingga 99 ayat;
5. Yang ingat - membaca 10 hingga 49 ayat;
6. Yang lalai - membaca 0 hingga 9 ayat.
E. Keutamaan surah-surah lain
1. Ali-Imran - jika dibaca bersama Al Baqarah akan mendapat pembelaan di hari
kiamat dan dikira sebaik-baik perbendaharaan; jika dibaca pada hari Jumaat akan
didoakan oleh malaikat sehingga malamnya;
2. Al-Hasyr - jika dibaca sebelum tidur dan mati pada malam itu, mendapat
pahala mati syahid.
3. A'la (juz 30 surah 100) - menyamai separuh Al-Quran;
4. An Nasr (juz 30 surah 110) - menyamai seperempat Al-Quran;
(Dipetik dari buku "Amalan harian sepanjang zaman" oleh Al Ustaz Dato' Hj.
Ismail Kamus)
----- Original Message -----
>From : [EMAIL PROTECTED]
Tanda-Tanda Saat Kematian
a) 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
b) 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
c) 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan
malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya
sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa
atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti
sedang rungsing.
d) 7 hari : Mengidam makanan.
e) 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
f) 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
g) 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
h) 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.
i) Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi di
bahagian belakang badan
Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam
keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.
******Bila Malaikat MencabutNyawa* *****
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat kedalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik
rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu
datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga
sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan
malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada
dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan
malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai kekerongkong dan
itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan
menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat
melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat surga,
maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana
sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail
A.S."
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan
sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di
neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingi nya.
Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi
tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu
dicabut nawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak
mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut
orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang
ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir
kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia
pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah
orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."Sebaik saja malaikat
maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh
orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang
mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.
Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin
dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap
kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. "
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah
tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut
juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini
kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan
berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka
malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut
menghampiri telinga maka telinga pun berkata:"Tidak ada jalan bagimu dari arah
ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi
baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu
dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab
dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.
"Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah
S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak
tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. "Sebaik saja mendapat
perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan
menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya
kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari
jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak
mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan
tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari
mereka keluar dari kuburnya:-
i. Orang-orang yang mati syahid.
ii. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
iii. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Wassallam.
----- Original Message -----
>From : [EMAIL PROTECTED]
Pesanan Ringkas
Wahai kawan-kawan
Tidak kira yang UMNO atau yang bukan
Keris Silau ingin berpesan-pesan
Pesanan ringkas supaya ianya berkesan
Supaya Insyallah dapatlah beri kesedaran
Akhir-akhir ini kita sudah lupa kepada AlQuran
Kebelakangan ini berapa ayat kita bacakan
Berapa muka surat yang kita renungkan
Pagi petang siang malam dengan pekerjaan
Balik rumah kita sudah keletihan
Begitulah saban hari berpanjangan
Tak ada masa itulah kita punya alasan
Tapi kita ada masa baca Berita Harian
Kita ada masa tengok Spider man
Kita ada masa tonton AF Sabtu jam 9
Kita ada masa sembang tepi-tepi jalan
Kita ada masa ngumpat jiran-jiran
Kita ada masa chit-chat dengan Azwan
Kita ada masa jalan-jalan cari makan
Kita ada masa shopping Jalan Tunku Abdul Rahman
Kita ada masa untuk pancing ikan
Kita ada masa naik mobil keliling pekan
Kita ada masa main SMS ngan kawan-kawan
Kita ada masa baca akhbar cebisan
Kita ada masa kutuk orang pompuan
Kata mereka bocor tiap-tiap bulan
Kita ada masa baca majalah hiburan
Tetapi kita tak ada masa untuk AlQuran ?
Ingatlah kawan-kawan
AlQuran merupakan wahyu Tuhan
Diturunkan untuk memberi panduan
Banyak ilmu yang boleh diperolehi setiap insan
Bacalah dan renunglah setiap ayat dan tafsiran
Pasti memberi kita banyak keuntungan
Dunia dan akhirat yang berkekalan
Inilah pesanan ringkas yang Keris Silau maksudkan.
Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum
Keris Silau
16 mei 2007
----- Original Message -----
>From : [EMAIL PROTECTED]
Isu yg best utk direnungi bersama
Tak nak salahkan sesiapa, tapi untuk direnungi dalam-dalam.
Tahukah Anda...
Harga petrol di Norway adalah 4.6 kali lebih mahal berbanding harga petrol di
negara kita,
..tetapi secara purata pendapatan rakyat Norway adalah 11.1 kali lebih tinggi
berbanding rakyat Malaysia.
Harga petrol di Belgium adalah 3.2 kali lebih mahal berbanding harga petrol di
negara kita,
..tetapi secara purata pendapatan rakyat Belgium adalah 6.9 kali lebih tinggi
berbanding rakyat Malaysia.
Harga petrol di Hong Kong adalah 3.3 kali lebih mahal berbanding harga petrol
di negara kita,
..tetapi secara purata pendapatan rakyat Hong Kong adalah 4.8 kali lebih tinggi
berbanding rakyat Malaysia.
Harga petrol di UK adalah 3.1 kali lebih mahal berbanding harga petrol di
negara kita,
..tetapi secara purata pendapatan rakyat UK adalah 7.2 kali lebih tinggi
berbanding rakyat Malaysia.
Harga petrol di Japan adalah 2.7 kali lebih mahal berbanding harga petrol di
negara kita,
..tetapi secara purata pendapatan rakyat Japan adalah 7.4 kali lebih tinggi
berbanding rakyat Malaysia.
Harga petrol di Italy adalah 3.0 kali lebih mahal berbanding harga petrol di
negara kita,
..tetapi secara purata pendapatan rakyat Italy adalah 5.9 kali lebih tinggi
berbanding rakyat Malaysia.
Harga petrol di Australia adalah 1.8 kali lebih mahal berbanding harga petrol
di negara kita,
..tetapi secara purata pendapatan rakyat Australia adalah 6.4 kali lebih tinggi
berbanding rakyat Malaysia.
Yang paling seronoknya.. ..
Harga petrol di Kuwait dan Arab Saudi adalah 0.5 (separuh) berbanding harga
petrol di negara kita,
..manakala secara purata pendapatan rakyat Kuwait dan Arab Saudi adalah 3.6 dan
1.9 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.
---------------------------------
Yahoo! oneSearch: Finally, mobile search that gives answers, not web links.