----- Original Message -----
>From : [EMAIL PROTECTED]
Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke
rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan
seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau.
Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu
untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak
berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.
Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham,
ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan
dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya
membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10
minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.
Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu,
lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.
Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan
yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya ialah:
Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik
suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya.Suaminya tidak
sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada
beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya
memegang 10% setiap seorang).
Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya.
Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah
memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di
sekitar kawasan Sepang/Dengkil.
Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk
dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui
akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi
bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.
Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya
diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20%
lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya
sebagai pemegang amanah.
Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata
kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya
yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.
Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar
seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya
diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan
diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.
Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung
pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.
Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah
memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya
diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah
diserahkan kepada Majlis Agama Islam.
Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya
yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata
kepada adik-adik dan kakaknya.
Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada
satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang
tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).
Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu
kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.
"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu banyak
dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."
"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku
suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika
aku sihat."
"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak
pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah
tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan
yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku
untuk kesejahteraan rumahtangga."
"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak-anakku
dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."
Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham
mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi
jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di
atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat
Islam.
----- Original Message -----
>From : [EMAIL PROTECTED]
KETIKA NIKMAT BERUBAH MENJADI AZAB
Betapa banyak dan besar nikmat yang telah Allah subhanahu wata'ala anugerahkan
kepada kita. Oleh karena itu, sepantas nyalah kita mensyukuri hal itu. Namun
ada kalanya manusia lupa setelah dianugerahi nikmat-nikmat tersebut lalu
menjadi kufur. Bila demikian halnya, dapatkah nikmat tersebut berubah menjadi
azab dan bencana? Kapan dan bagaimana? Mengapa para pelaku dosa dan maksiat,
khususnya orang-orang kafir h id up dalam kesenangan seakan seisi dunia dan
segala jenis kebaikan tumpah ruah untuk mereka? Lalu bagaimana nikmat bisa
hilang dari genggaman seorang Mukmin.?
Nikmat Berubah Menjadi Azab dan Bencana
Bila ditanyakan, "Dapatkah nikmat berubah menjadi azab dan bencana? Maka
jawabannya secara pasti, 'Ya.!'
Sedangkan kapan dan bagaimana? Maka hal itu dapat terjadi bila kita tidak
pernah bersyukur kepada Allah subhanahu wata'ala.
Oleh karena itu, di antara doa yang sering diajarkan Nabi shalla-lLahu 'alaihi
wa-ssallam adalah doa yang artinya, "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung
kepada-Mu dari hilangnya nikmat, dari azab yang datang tiba-tiba, berubahnya
keselamatan yang diberikan oleh-Mu dan dari semua kemurkaan-Mu. " (HR. Muslim).
Al-Hasan al-Bashri rahimahullah berkata, "Sesungguhnya Allah subhanahu wata'ala
memberikan kesenangan dengan nikmat kepada siapa saja yang Dia kehendaki; bila
mereka tidak bersyukur, maka Dia akan membalikkannya menjadi adzab."
Abu Hazim rahimahullah berkata, "Setiap nikmat yang tidak dapat mendekatkan
diri kepada Allah subhanahu wata'ala, maka ia adalah bencana."
Nikmat akan abadi bila disertai dengan rasa syukur dan keta'atan sedangkan ia
akan hilang karena perbuatan-perbuatan maksiat, keji dan pembangkangan terhadap
Allah subhanahu wata'ala. Umar bin Abdul Aziz rahimahullah berkata, "Kaitkanlah
nikmat-nikmat Allah subhanahu wata'ala dengan ungkapan rasa syukur kepada-Nya."
Syubhat Pelaku Dosa dan Maksiat
Terkadang ada orang yang berkata, mengapa kita selalu melihat orang-orang fasiq
yang bergelimang dosa dan maksiat dilimpahkan kepada mereka kesenangan dunia
dan seisinya, kebaikan mengalir deras kepada mereka.?
Untuk menjawab pertanyaan seperti ini, mari kita dengar penjelasan Sayy id
asy-Syakirin (penghulu orang-orang yang pandai bersyukur) dan imam orang-orang
yang bersabar, Muhammad shalla-lLahu 'alaihi
wa-ssallam. Beliau bersabda, "Bila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang
hamba dunia dan apa yang ia sukai, padahal ia melakukan berbagai perbuatan
maksiat, maka itu hanyalah 'Ist id raj' (perdaya) dari-Nya." (HR. Ahmad dan
al-Baihaqi, dishahihkan oleh Syaikh al-Albani)
Ketika mengomentari firman-Nya, artinya, "Maka serahkanlah (ya Muhammad)
kepada-Ku (urusan) orang-orang yang mendustakan perkataan ini (al-Qur'an).
Nanti Kami akan menarik mereka dengan berangsur-angsur (ke arah kebinasaan)
dari arah yang tidak mereka ketahui." (QS. al-Qalam: 44). Sufyan rahimahullah
berkata, "Yakni melimpah kan beragam nikmat kepada mereka dan menghalangi
mereka untuk bersyukur."
Demikian juga firman Allah subhanahu wata'ala dalam surat Hud, ayat 102,
artinya, Dan begitulah azab Rabbmu, apabila Dia mengazab penduduk negeri-negeri
yang berbuat zalim. Sesungguhnya azab-Nya itu adalah sangat pedih lagi keras."
Allah subhanahu wata'ala memperdaya orang yang membangkang dan berpaling,
mengulur-ulur baginya akan tetapi Dia tidak pernah melalaikannya! ! Jadi,
nikmat berubah menjadi azab dan bencana,
kemenangan berubah menjadi kekalah an dan kegembiraan berubah menjadi kesedihan
bila kita tidak bersyukur kepada Allah subhanahu wata'ala dengan sebenar-benar
nya atau sesuai dengan kemampuan.!
Bagaimana Nikmat Dapat Hilang?
Nikmat hilang karena beberapa hal:
Pertama, Perbuatan maksiat dan dosa, membalas nikmat dengan hal yang membuat
Allah subhanahu wata'ala menjadi murka. Bila mendapat nikmat Allah subhanahu
wata'ala, maka jagalah sebab perbuatan maksiat dapat menghilangkan nikmat.
Banyak sekali ayat-ayat al-Qur'an dan hadits Nabi shalla-lLahu 'alaihi
wa-ssallam yang menegaskan hal itu, di antaranya, firman-Nya, artinya,"Telah
nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan
manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat)
perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)." (QS. ar-Rum: 41).
Dan firman-Nya, artinya, "Dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari
(kesalahan) dirimu sendiri" (QS.an-Nisa' :79). Dan ayat-ayat lainnya.
Apakah termasuk bersyukur kepada Allah subhanahu wata'ala atas nikmat ilmu,
misal nya, jika menyembunyikannya, tidak mengajarkannya kepada manusia dan
tidak mengamalkannya? Apakah termasuk bersyukur kepada Allah subhanahu wata'ala
atas nikmat kesehatan, mengerahkan segenap tenaga dan upaya dalam hal-hal yang
diharamkan? Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Pergunakanlah
lima perkara sebelum datang lima perkara: h id upmu sebelum kematianmu, masa
sehatmu sebelum masa sakitmu, masa luangmu sebelum masa sibukmu, masa mudamu
dan masa kayamu sebelum masa tuamu." (HR. Ahmad, al-Hakim dan al-Baihaqi,
dishahihkan Syaikh al-Albani)
Ke dua, Bila kamu menisbatkan nikmat tersebut kepada selain Allah subhanahu
wata'ala, Sang Pemberi nikmat. Hal ini sebagai mana yang terjadi terhadap Qarun
ketika ia menisbatkan nikmat kepada dirinya dan ilmunya melalui firman Allah
subhanahu wata'ala, artinya,"Sesungguhn ya aku hanya diberi harta itu, karena
ilmu yang ada padaku." (QS. al-Qashash: 76).
Lalu apa akibatnya? Allah subhanahu wata'ala berfirman dalam ayat-ayat
selanjutnya, yang artinya, "Maka Kami benamkan Karun beserta rumahnya ke dalam
bumi. Maka tidak ada baginya suatu golongan pun yang menolongnya terhadap azab
Allah, dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya)."
(QS.al-Qashash: 81).
Tidak boleh menisbatkan nikmat kepada selain Allah subhanahu wata'ala. Hal ini
seperti yang dikatakan oleh al-Imam Ibn al-Qayyim rahimahullah bahwa itu
termasuk kekufuran dan Juhud (ingkar) kepada Allah subhanahu wata'ala
sebagaimana firman-Nya, yang artinya, "Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian
mereka mengingkarinya. " (QS. an-Nahl: 83).
Contoh lain dari ucapan yang tidak mencerminkan kesyukuran adalah ucapan
orang-orang awam, "Andaikata bukan karena si fulan, pastilah tidak terjadi
seperti ini." "Kalau bukan karena kekuatan dan perbekalan kita, pastilah begini
dan begitu." "Kita meraih kemenangan sebab pasukan kita kuat dan terlatih", dan
ucapan semisalnya. (Taisir al-'Aziz al-Ham id , hal.583-585)
Dalam hal ini, tidak apa-apa, -bahkan selayaknya- berterima kasih kepada orang
yang telah berbuat baik kepada kita atau menjadi sebab kita mendapatkan nikmat
atau terhindar dari bencana dengan mengatakan kepadanya, "Jazakallahu khaira,
(Semoga Allah membalas kebaikan kepadamu)." Jika ia seorang Muslim, kita
berdo'a untuknya dan berbuat baik kepadanya serta berterimakasih kepadanya,
sebagaimana sabda Nabi shalla-lLahu 'alaihi wa-ssallam "'Tidaklah bersyukur
kepada Allah orang yang tidak berterimakasih keapda manusia." (Shahih al-Jami',
7719).
Ke tiga, Bila seorang hamba ditimpa sifat Ghurur (percaya diri yang berlebihan)
atau sombong dan congkak terhadap makhluk lain karena memiliki harta yang
banyak, properti, ilmu, kedudukan dan sebagainya. Allah subhanahu wata'ala
berfirman, artinya, "Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela, yang
mengumpulkan harta lagi menghitung-hitung, Ia mengira bahwa hartanya itu dapat
mengekalkan nya." (QS. al-Humazah: 1-3)
Ke empat, Bila kamu tidak pernah memenuhi hak Allah subhanahu wata'ala atas
nikmat tersebut. Bila kita memiliki ilmu, maka kita harus mengajarkannya; jika
kita memiliki harta, maka kita harus
menginfakkannya.
Allah subhanahu wata'ala berfirman, "Dan orang-orang yang dalam hartanya
tersedia bagian tertentu, bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak
mempunyai apa-apa (yang tidak mau meminta)." (QS. al-Ma'arij: 24-25)
Oleh karena itu, seperti di dalam kitab ash-Shahih, dua malaikat berdoa setiap
harinya dengan doa, "Ya Allah, berikanlah kepada orang yang berinfak pengganti
dan berikanlah kepada orang kikir kehancuran." (HR.al-Bukhari dan Muslim).
Bila diberi kesehatan dan afiat, maka kita harus memanfaatkannya untuk
berdakwah dan berjihad. Demikian seterusnya, kita mengeks presikan rasa syukur
atas setiap anggota badan kita semampu kita. (Hanif Yahya Asy'ari, Lc)
SUMBER: Serial Kumpulan Khutbah Jum'at, penyusun Dr. Sulaiman bin Oadah
"Fa maadza ba'da-lhaqq, illa-dl_dlalaal"
----- Original Message -----
>From : [EMAIL PROTECTED]
Salam..
Sekadar renungan.... .........
Subject: Gadis melampau menerima padah
Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh
dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke
destinasi di wilayah Iskandariah.
Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman,
pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.
Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan
bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu
dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban
menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik,
yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik
daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar
kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh
gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di
tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang
menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan
kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa
mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cubamemberikan
telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih
dahsyat. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan
sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa
berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum
Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis.
Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk.
Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala
kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda i
tu yang tidak menghormati hukum
hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya keranakhuatir dia akan akan
menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba
perhentian.
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas.
Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis
tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba
orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan
kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak
disangka. Parapenumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasanakelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir
jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi
sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh
menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah
olah dibakar api. Dua tiga orang yang cubamengangkat mayat tersebut juga
kehairanan keranatangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja
menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah
kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malangtersebut.
Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah?
Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.
Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai
muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun
sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia
hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah
kata kata yang sangat biadab dan menghina
Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian,
tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan mene
ntukan bila kita akan kembali ke alam
barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu?
Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan
melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di
sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda
tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri
anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda
terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar
undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk
dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. TamanlaranganNya
adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi
ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di
atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.
*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'
---------------------------------
Building a website is a piece of cake.
Yahoo! Small Business gives you all the tools to get online.