KENYATAAN AKHBAR

MENTEGA KACANG (PEANUT BUTTER) BERJENAMA `PETER PAN' DAN `GREAT 
VALUE' DARI AMERIKA SYARIKAT DISYAKI TERCEMAR DENGAN BAKTERIA 
SALMONELLA TENNESSEE
_______________________________________________________
Berdasarkan maklumat daripada `INFOSAN EMERGENCY ALERT' (WHO) dan 
pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), dengan 
ini dimaklumkan bahawa produk mentega kacang (peanut butter) 
berjenama `Peter Pan' dan `Great Value' yang dikilangkan oleh 
Syarikat ConAgra berpusat di Georgia, Amerika Syarikat disyaki telah 
tercemar dengan bakteria Salmonella tennessee. Hanya mentega kacang 
yang mempunyai product code "2111" sahaja yang terlibat.
Pengimport Peter Pan di Malaysia, iaitu NasMark Sdn. Bhd. telah 
bersetuju untuk menarik balik semua produk Peter Pan dengan 
kod "2111". Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah 
mengarahkan semua pegawai-pegawai berkuasa di bawah Akta Makanan 1983 
di seluruh negara termasuk di pintu masuk memastikan produk berkenaan 
tidak masuk ke negara ini dan tidak berada di pasaran.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli 
produk berkenaan dan jika telah membeli produk dengan kod "2111" 
supaya tidak memakan mentega kacang berkenaan. Orang ramai juga 
diminta memaklumkan pejabat kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia 
yang terdekat atau jabatan kesihatan Pihak Berkuasa Tempatan jika 
mereka menjumpai produk tersebut di pasaran untuk tindakan penyitaan 
dan pemusnahan.

Tanda-tanda penyakit yang disebabkan oleh Salmonella ialah demam, 
cirit birit dan kekejangan perut (abdominal cramp). Ianya boleh 
menyebabkan keadaan yang lebih teruk bagi mereka yang mempunyai 
masalah kesihatan atau sistem imuniti yang lemah. Sila dapatkan 
rawatan dari hospital yang berdekatan jika disyaki mempunyai simpton 
tersebut.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia



///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke