Kreativiti pada Anak (Siri 1)

Kreativiti yang terdapat pada anak-anak berbeza dengan orang dewasa. Kreativiti 
seorang anak dapat di bina jika terus diasah sejak kecil. Pada anak-anak, 
kreativiti merupakan sifat yang komplikatif; seorang anak mampu berkreativiti 
dengan spontan kerana ia telah memiliki unsur pencetus kreativiti.
Pada dasarnya kreativiti anak-anak bersifat ekspresionis. Ini kerana 
pengungkapan ekspresi itu merupakan sifat yang dilahirkan dan dapat berkembang 
melalui latihan-latihan. Ekspresi ini disebut dengan spontan, terbuka, tangkas 
dan santai. Ada 3 ciri dominan pada anak yang kreatif: (1) spontan; (2) rasa 
ingin tahu; (3) tertarik pada hal-hal yang baru. Ternyata ketiga ciri-ciri 
tersebut terdapat pada diri anak. Bererti semua anak pada dasarnya adalah 
kreatif; faktor lingkunganlah yang menjadikan anak tidak kreatif. Dengan 
demikian, peranan ibu bapa sebenarnya lebih pada mengembangkan kreativiti anak.

Empat Cara Mengembangkan Kreativiti Anak

1. Membangun keperibadian Islam.
Dengan cinta, ibu bapa dapat membangun keperibadian Islam pada anak yang 
tercermin dari pola pemikiran dan pola sikap anak yang islami. Ibu bapa yang 
faham akan sentiasa menstimulasi/ merangsang aktiviti berfikir dan bersahsiah 
anak-anak sesuai dengan standard Islam. Meransang aktiviti berfikir dilakukan 
dengan cara meransangkan unsur-unsur/ komponen berfikir (indera, fakta, 
informasi dan otak). Aktiviti membentuk sikap adalah aktiviti dalam rangka 
memenuhi keperluan jasmani dan naluri (beragama, mempertahankan diri dan 
melestarikan jenis).

Ibu bapa dapat meransang alat indera anak dengan cara melatih semua alat indera 
seawal mungkin. Ajak anak mengamati, mendengarkan berbagai suara, memegang 
berbagai tekstur benda, mencium berbagai bau dan mengecap berbagai rasa. 
Meransang otak dilakukan dengan cara memberi nutrisi yang halal dan bergizi 
yang diperlukan untuk pembentukan sel-sel otak sejak dalam kandungan serta 
banyak menghadirkan fakta dan informasi yang dapat di cerap oleh anak.

Menstimulasi informasi diarahkan untuk meyakini adanya Pencipta melalui 
fakta-fakta penciptaan alam. Ibu bapa juga boleh membacakan cerita, mengajari 
anak untuk selalu mengaitkan fakta baru dengan informasi yang sudah diberikan, 
serta menghindarkan anak dari fakta dan informasi yang merosak dengan cara 
memilih tayangan TV, buku dan majalah.

Perlu difahami oleh ibu bapa, bahawa anak memahami standard secara bertahap 
seiring dengan kesempurnaan akalnya. Anak seusia kecil belum sempurna akalnya. 
Namun, ibu bapa tetap perlu mengenalkan standard-standard kepada anak secara 
berulang-ulang tanpa memaksa anak untuk melakukannya. Biasakan pula mengenalkan 
dalil kepada anak. Ibu bapa juga hendaknya senantiasa menghadirkan keteladanan 
yang baik pada anak di mana saja mereka berada.

Ibu bapa yang faham tidak akan mengarahkan anaknya untuk sama dengan anak orang 
lain. Kita dapat membentuk keperibadian anak kita, tetapi bukan untuk 
menyamakan karakter mereka. Kita melihat, Sahabat Umar ra., Abu Bakar ra. dan 
sebagainya tidak memiliki karakter yang sama meskipun masing-masing mereka 
merupakan peribadi-peribadi yang islami. Keunikan mereka justru menjadikan 
mereka ibarat bintang-bintang yang gemerlapan di langit, terangnya bintang yang 
satu tidak memudarkan terangnya bintang yang lain. Begitu pula halnya dalam hal 
kreativiti mereka. Setiap Sahabat adalah insan kreatif. Masing-masing memiliki 
dimensi kreativiti sendiri-sendiri. Salman al-Farisi adalah penggerak utama 
Perang Parit; Umar bin al-Khatthab adalah pengasas undang-undang lalulintas; 
Abu Bakar ash-Siddiq adalah pengasas tegaknya sistem ekonomi Islam; Khalid bin 
Walid adalah pakar strategi perang; dan banyak lagi.

Yang menjadi masalah sekarang, para ibu bapa sering kurang bersungguh-sungguh 
untuk mengembangkan kreativiti anak. Seolah-olah para ibu bapa lebih suka jika 
anak menjadi fotokopi orang lain daripada dia membesar sebagai suatu peribadi 
yang utuh.
Kerana keperibadian menentukan kreativiti, seorang Muslim pada hakikatnya 
memiliki potensi kreatif lebih besar dibandingkan dengan umat-umat lainnya.

Bersambung...

Panduan boleh diperolehi dari http://usrahkeluarga.blogspot.com/

Banyak tips yang memberi manfaat untuk ibu bapa sekalian.


 
____________________________________________________________________________________
Be a PS3 game guru.
Get your game face on with the latest PS3 news and previews at Yahoo! Games.
http://videogames.yahoo.com/platform?platform=120121


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke