----- Original Message ----- 
>From : [EMAIL PROTECTED]





 
ANTIK: Perhambaan Moden Yang Menyeronokkan
Posted on Monday, May 28 @ 01:41:04 MYT by greenboc 
 Oleh islam

" Hidup yang hanya memikirkan kecantikan diri, adalah falsafah hidup burung 
merak. Cantiknya lebih, manfaatnya tidak setara. Daging tidak dimakan, burung 
lain enggan berkawan. Terbang tak setinggi mana, lagaknya mendabik dada. Merak 
hanya ada kecantikan yang dimodal untuk dibanggakan… jika harga diri merak 
adalah pada cantiknya semata, apakah harga diri seorang insan juga bergantung 
kepada paras rupanya? Insan lebih mulia dari itu…



"Saya tidak pernah berasa tertekan atau ditindas kerana berpakaian begini. 
Malah ia telah memulangkan kembali harga diri saya yang hilang selama ini. Jika 
dulu saya mungkin ditawarkan kerja atau apa-apa faedah kerana rupa paras dan 
kecantikan yang saya cuba peragakan. Tetapi hari ini, saya mendapat apa yang 
saya dapat, kerana saya dinilai sebagai saya. Orang menilai saya atas kualiti, 
kemahiran dan prinsip kehidupan yang ada pada diri saya. Dan itulah diri saya 
yang sebenar"

Saya terpaku mendengar ucapan Sister Rabiah di hadapan lebih 400 orang warga 
universiti The Queen's, Belfast. Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Moslem 
Women Are Free From Modern Slavery". Ia merupakan salah satu slot yang mengisi 
program Islamic Awareness Week yang dianjurkan oleh Islam Students Society of 
Northern Ireland (ISSNI) dengan kerjasama Belfast Islamic Centre, tempat saya 
bertugas sebagai Imam.

Sister Rabiah adalah wanita Irish yang memeluk Islam lebih 20 tahun yang lalu. 
Zaman itu adalah era Ireland yang terlalu asing dari Islam. Tidak seperti hari 
ini, yang jumlah orang Islam di Ireland Utara sahaja sudah mencecah 10 ribu 
orang. Selepas Sister Rabiah memeluk Islam, beliau gigih mempelajari Islam, 
mempelajari Bahasa Arab, dan akhirnya beliau sampai ke tahap berjaya menghantar 
anaknya sendiri belajar di Madinah.

Saya amat berharap yang suatu hari nanti, anaknya akan menjadi Imam yang 
pertama di Ireland Utara, dari kalangan anak tempatan sendiri. Impian ini 
dikongsi bersama dengan ibunya, Sister Rabiah, serta suaminya Sheikh Mehdi yang 
bertugas sebagai rakan sejawat saya di Bandar Craigavon, 25 km ke barat Belfast.

Ucapan Sister Rabiah itu benar-benar mencelikkan pemikiran saya. Jika suatu 
ketika dahulu, kaum wanita menjadi hamba kepada lelaki. Sama ada di dalam 
tamadun Arab Jahiliyah, mahu pun tamadun Hindu, Greek, Rome, malah seluruh 
tamadun Barat dan Timur, kesemuanya memandang rendah kepada wanita. Wanita 
boleh dikongsi dan dipindah milik sesuka hati, wanita dinafikan haknya untuk 
memiliki harta serta berniaga, malah ada wanita yang mesti dibakar hidup-hidup 
bersama suaminya yang meninggal dunia. Semua ini telah sedia ada di dalam 
pengetahuan kita.

Semua itu sudah dihapuskan dengan kedatangan Islam. Islam telah memberikan apa 
yang sepatutnya diberi kepada wanita, sebagai insan, yang bukan sebarang insan. 
Islam memuliakan ibu, merupakan seorang perempuan. Islam menyama ratakan nilai 
ketaatan lelaki dan wanita, tanpa berkurang walau sedikit pun. Wanita diberikan 
hak berniaga, memiliki harta, menegur pemimpin, keluar belajar dan mengajar 
serta pelbagai lagi keistimewaan yang hanya dapat dikecapi oleh tamadun bukan 
Islam selepas bermati-matian berjuang di atas peluh dan darah

Tradisi memperhambakan wanita sepatutnya sudah lenyap. Wanita bukan hamba. 
Mereka adalah khalifah Allah di bumi ini, yang nilai diri mereka terletak 
kepada sejauh mana mereka dapat melaksanakan tujuan Allah menciptakan mereka, 
bersama lelaki yang turut dinilai dari sudut yang sama. Lelaki dan wanita, ada 
peranan masing-masing, dan ia terlalu bersesuaian dengan acuan Allah di dalam 
penciptaan setiap mereka.

Lelaki yang dipertanggungjawabk an dengan pelbagai tugas, amanah dan tuntutan, 
diberi kecenderungan untuk dipengaruhi pertimbangan akal berbanding emosi. 
Manakala wanita yang dipertanggungjawabk an dengan pelbagai tugasan, sama ada 
di dalam keluarga mahu pun masyarakat, diberi kecenderungan untuk teguh dan 
tekun pada kekuatan emosi berbanding rasional akal. Kerana itu wanita mampu 
mengulang-ulang rutin yang sama (berapa kali seumur hidup wanita mengemas rumah 
yang tidak pernah berhenti semak), kerana emosi kasih dan sayang kepada 
keluarganya kuat, terlalu kuat berbanding lelaki, yang lebih suka melogikkan 
sesuatu.

Jika lelaki dan wanita saling memainkan peranan masing-masing, hak lelaki dan 
perempuan di dunia ini dengan sendirinya akan tertunai. Namun apabila 
masing-masing sibuk menuntut hak, runtuhlah kerukunan hidup kerana untuk 
menuntut hak, masing-masing hanya perlu menDESAK.

Wanita sudah sedia mulia… 

Akan tetapi, kemuliaan wanita itu dirampas dari dunia hari ini, kerana manusia 
sendiri yang lari dan menjauhkan diri dari ketetapan Tuhan, Sumber kebaikan dan 
kemuliaan itu. Wanita sendiri yang mahu dirinya dinilai pada rupa paras yang 
diperagakan. Mereka mahu dinilai pada bentuk bulu mata, gaya rambut, rupa kaki, 
atau jenama pakaian yang semua itu bukan dirinya yang sebenar.

Akhirnya wanita terpaksa bekerja keras untuk 'dilihat tinggi'. Mereka perlu 
berbelanja besar, mereka menyeksa jiwa atas pilihan sendiri, semuanya kerana 
mahu kelihatan cantik di mata manusia yang memandangnya. Kerana mahu memuaskan 
hati semua orang, dialah satu-satunya 'orang' yang tidak berpuas hati dengan 
dirinya sendiri, sepanjang masa. Ketika orang lain ada pelbagai urusan hidup 
lain, dia menghabiskan masa dan jiwa pada memikirkan pandangan orang lain 
terhadap dirinya sendiri. Hidup dikelilingi 'tuhan' yang banyak memang 
mengundang derita.

Perempuan seperti ini mahu manusia melihat dan menilainya dengan pandangan hawa 
nafsu semata-mata. Sedangkan hawa nafsu manusia itu, kehendaknya seperti air 
laut, yang makin diteguk makin haus. Dia terlupa bahawa manusia tidak mungkin 
dapat dipuaskan, apatah lagi untuk memuji sebagai balasan. Alangkan Allah yang 
Maha Baik dan Maha Indah itu pun manusia ramai yang lupa serta tidak tahu 
memuji-Nya, apatah lagi manusia yang rabun jauh dan dekat ini. Rabun Akhirat, 
rabun Dunia!

Marilah wahai wanita yang berjiwa tinggi, muliakan dirimu dengan dirimu yang 
sebenar. Dirimu adalah akhlakmu, hikmahmu, kebijaksanaanmu, hati budimu, yang 
semua itu hasil dari imanmu. Didiklah manusia di sekitarmu agar menilai dirimu 
sama seperti Tuhan menilaimu. Lantas segala penampilanmu adalah mesejmu kepada 
manusia, bahawa keluhuran erti hidup ini, adalah pada melihat kehidupan, dari 
pandangan Pencipta kehidupan.

Keluarlah dari perhambaan itu. Jangan hambakan diri kepada manusia yang juga 
hamba sepertimu. Jadikan dirimu tinggi, selepas engkau tundukkan diri di 
hadapan Tuhan yang Maha Tinggi. Namun, untuk memerdekakan seorang hamba yang 
diperhambakan dengan cara ini, bukanlah semudah menyebutnya. Hamba abdi ini 
gembira diperhambakan, perhambaannya penuh keseronokan, biarpun ia mengikis 
harga diri dan nilai keinsanan. Tetapi, biar pun perhambaan akhir zaman ini 
glamour lagi mengasyikkan, hujungnya tetap derita penuh sesalan. Begin with the 
end in mind!

Be yourself, but be the best of yourself 


ABU SAIF @ www.saifulislam. com
56000 Cheras, 18 Julai 2006


----- Original Message ----- 
>From : [EMAIL PROTECTED]






 
Asalamualaikum wbt,
 
Terima kasih diatas keperihatinan anda sekelian yang ingin mengambil anak-anak 
yatim sebagai anak angkat. Lazimnya pengambilan anak angkat bermaksud mengambil 
anak-anak tersebut dan menjaganya dirumah sendiri. 
 
Untuk maklumat semua pada masa ini rumah-rumah jagaan anak yatim dan miskin 
dibawah bantuan sokongan YPN tidak bercadang untuk menyerahkan anak-anak 
dibawah jagaan mereka untuk dibawa balik kerumah keluarga angkat.
 
Namun demikian YPN dengan kerjasama rumah-rumah jagaan tersebut akan merangka 
satu skim pengambilan anak angkat dengan konsep yang berlainan. Konsep anak 
angkat yang akan diperkenalkan nanti ialah, mana-mana individu yang ingin 
menjadikan mereka sebagai anak angkat mereka boleh berbuat demikian dengan 
menaja keperluan asas anak-anak tersebut seperti makan pakai dan pendidikan 
secara individu. Keluarga angkat boleh membawa pulang anak-anak tersebut 
seminggu sekali untuk tempoh dua hari.
 
Butir-butir mengenai skim tersebut sedang dirangka dan akan diumumkan tidak 
lama lagi. Anda boleh menghantar cadangan mengenai skim tersebut kepada email 
[EMAIL PROTECTED] org.my.
 
Sekian terima kasih
 
 
b/p Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
 
  ----- Original Message ----- 
>From : [EMAIL PROTECTED]






 
 

People who have had more than five oral-sex partners in their lifetime are 250% 
more likely to have throat cancer than those who do not have oral sex, a new 
study suggests.

The researchers believe this is because oral sex may transmit human 
papillomavirus (HPV), the virus implicated in the majority of cervical cancers.

The new findings should encourage people to consistently use condoms during 
oral sex as this could protect against HPV, the team says. Other experts say 
that the results provide more reason for men to receive the new HPV vaccine. 

Maura Gillison at Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health in Baltimore, 
Maryland, US, and colleagues collected blood and saliva samples from the 
throats of 100 patients diagnosed with cancers of the tonsils or back of the 
throat. The scientists also took samples from 200 healthy people for 
comparison. 

By combining the blood and saliva samples with antibody molecules, Gillison's 
team could tell whether a person had ever had an HPV infection.
Cancer traps

All of the study participants provided information about their sexual history, 
including the number of people with whom they had engaged in oral sex.

After controlling for other risk factors for throat cancer, such as drinking 
and smoking, the analysis revealed that people who had prior infection with HPV 
were 32 times as likely to have this cancer as those with no evidence of ever 
having the virus. And those who tested positive for a particularly aggressive 
strain of the virus, called HPV-16, were 58 times more likely to have throat 
cancer. 

By comparison, either smoking or drinking increases the risk of such cancer by 
about threefold.

The throat cancers analysed in the new study mostly started in the "crypts" of 
the throat – the grooves at the base of the tonsils. This might be because the 
tonsil grooves trap infectious particles, suggests Mark Stoler of the 
University of Virginia in Charlottesville, US, who was not involved in the 
study. 
High risk levels

The study also revealed a link between oral sex and throat cancer caused by 
HPV. People who had one to five oral-sex partners in their lifetime had 
approximately a doubled risk of throat cancer compared with those who never 
engaged in this activity - and those with more than five oral-sex partners had 
a 250% increased risk. 

There was an even stronger link between oral sex and throat cancers clearly 
caused by HPV-16 (those tumours that tested positive for the strain). People 
with more than five oral sex partners had a 750% increased risk of these 
HPV-16-caused cancers. 

"This study is important because it is putting all of the pieces together," 
says Gillison. "We need to add oral HPV infection to the list of risks for oral 
cancer," she adds.
Virus vaccine

A vaccine against several of the most aggressive strains of HPV linked to 
cervical cancer received approval from the US Food and Drug Administration in 
2006. However the plan to vaccinate adolescent girls with this vaccine 
developed by Merck, called Gardasil, has received some criticism. 

There have been no studies investigating whether the vaccine can also protect 
against throat cancer, but the new evidence linking HPV to throat cancer could 
lead to broader vaccination with Gardasil. "We will see a push for vaccination 
in men," says Stoler, who has been involved in the development of the vaccine. 

Tonsil and throat cancers affect about two in every 100,000 adults in the US. 
The new results could promote the development of spit tests for HPV infection 
to help identify people at high risk for these cancers, researchers say. 

Journal reference: New England Journal of Medicine (vol 356, p 1944)

----- Original Message ----- 
>From : [EMAIL PROTECTED]






 
salam,
 
Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan ulama' berpendapat bahawa hukum lelaki memakai 
inai di kukunya adalah di antara haram dan makruh. Ini kerana ia menyerupai 
perhiasaan wanita . Inai yang digunakan untuk perubatan (medication) tidaklah 
mengapa. 

Inai di rambut lelaki adalah harus 
 
dalilnya 
 
Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir 
bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat 
tangan itu seraya baginda bersabda: “Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki 
atau perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” Baginda 
bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna 
(inai) dijarimu.” (hadith riwayat abu dawud) 
 
sekian
 
uzar
www.zaharuddin. net



BabyMerc 5727 <[EMAIL PROTECTED] com> wrote:
      Assalamualaikum Ustaz,
   
  Saya ada menerima satu artikel yang menyatakan haram bagi seseorang   
pengantin lelaki memakai inai di jari sama ada semasa pernikahan atau lain   
kecuali untuk tujuan kesihatan seperti inai di ibu jari kaki yang menghidap   
penyakit cagu (kuku rosak). 
   
  Akibat dari ini, saya tidak memakai inai semasa perkahwinan saya pada   tahun 
2004. Walaupun sebenarnya memakai inai ini tidak mendatangkan apa-apa   faedah, 
tetapi terkadang akibat daripada adat, ramai yang menurutnya. 
   
  Oleh itu, saya mintak penjelasan dari Ustaz dan rakan-rakan yang   mengetahui 
tentang hukumnya.
   
  Terima kasih kerana memberikan penjelasan mengenai menginaikan rambut   bagi 
lelaki..
  Sebelum ini saya memandang serong pada lelaki dan wanita yang mewarnakan   
rambutnya. Walhal, dari sudut hukum ia harus selagimana bahan yang digunakan   
itu halal dan warna yang digunakan bukan hitam.
   
  Wassalam










 
---------------------------------
It's here! Your new message!
Get new email alerts with the free Yahoo! Toolbar.

<<attachment: agama2.gif>>

Kirim email ke