Woksyop  untuk Usahawan SOHO (Small Office Home Office)
Woksyop Penulisan Untuk Usahawan SOHO (Small Office Home Office) memberi 
saudara tip-tip untuk menjana pendapatan melalui penulisan di akhbar dan 
majalah dan membina jenama perniagaan serta perkhidmatan dari rumah!
Ia diadakan khusus untuk anda!
Sebutkan nama-nama tokoh perniagaan, perundingan, latihan atau siapa sahaja 
yang saudara lihat muncul dalam majalah atau akhbar. Antaranya yang popular 
disebut ialah Irfan Khairi dan Azizi Ali. Ali Haji Muda kolumnis di majalah 
Perempuan juga menggunakan pendekatan yang sama.
Bagaimanakah mereka memasarkan perniagaan dan perkhidmatan mereka?
Melalui kuasa penulisan.
Biasanya iklan menjadi pilihan. Membayar ratusan ringgit setiap bulan untuk 
pengiklanan semata-mata adalah salah satu cara. Mengapa tidak cuba satu 
pendekatan lagi iaitu pamerkan perniagaan dan perkhidmatan melalui rencana di 
majalah dan akhbar secara bersiri.
Jenamakan nama saudara dan bentuk pengiklanan yang jauh lebih berkesan dengan 
kepakaran yang dikongsi bersama pembaca.
Siapa yang menganjurkan?
Woksyop ini dianjurkan oleh Sprint Career Academy (klik), organisasi yang 
bergerak aktif sejak tahun 1996 dalam bidang kajian dan pembangunan (R&D), 
penerbitan, latihan serta konsultansi bisnes kecil. Sprint Career Academy juga 
melibatkan diri dalam bengkel francais dan F&B (Food & Beverage).
Siapa perlu menyertainya?
Penggiat MLM, penjual insuran, mereka yang bekerja di sektor perbankan. 
Usahawan yang ingin meluaskan perniagaan sedia ada.
Mereka yang ingin bekerja sebagai penulis bebas untuk majalah dan akhbar.
Pekerja dari sektor kerajaan dan swasta yang ingin mencipta sumber kewangan 
alternatif
Suri rumah sepenuh masa yang ingin bekerja dari rumah.
 
Sesiapa sahaja yang ingin mencipta pendapatan sampingan melalui majalah dan 
akhbar.
Biodata Jurulatih
ZAMRI MOHAMAD : JURULATIH PENULISAN
Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa buah majalah dan akhbar tempatan 
sejak tahun 2001. Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan meliputi isu-isu 
kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agama. Beliau muncul di dalam akhbar dan 
majalah seperti Utusan Malaysia melalui ruangan Bicara Agama, Rencana dan 
Pendapat, KOSMO melalui ruangan Akademik, Berita Harian melalui ruangan 
Rencana, majalah I, Minda, Dewan Ekonomi dan menjadi kolumnis bagi majalah 
Dewan Siswa.
Beliau merupakan bekas pembantu pembangun program secara separuh masa bersama 
sebuah rangkaian penyiaran Islam pertama di Malaysia, Ansar Channel, MITV.
Kini beliau menjawat jawatan Pembantu Penasihat Media, Jabatan Rektor, 
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Aktif menggerakkan dan memenuhi jemputan bagi mengendalikan bengkel-bengkel 
penulisan dalam skala kecil untuk para remaja sekolah dan institusi pengajian 
tinggi yang berminat menghasilkan penulisan berbentuk rencana dan buku.
Sehingga kini beliau telah menghasilkan beberapa buah buku dalam pelbagai 
bidang yang mendapat ulasan di akhbar-akhbar nasional dan televisyen tempatan.
RIDZUAN MOHAMAD : JURULATIH SOHO
Bermula sebagai seorang usahawan SOHO, Ridzuan Mohamad kini merupakan pemilik 
Sprint Marketing Concept (SMC), sebuah organisasi perunding yang berdaftar di 
bawah Perbadanan Nasional Berhad (PNS) untuk tugas-tugas berkaitan perniagaan 
francais.
Pada awal penubuhan SMC pada tahun 1996, beliau telah menjalankan perniagaannya 
secara sambilan dan beroperasi dari apartmentnya di Hulu Kelang yang juga 
menjadi pejabat perniagaan SMC ketika itu. Sejajar dengan perkembangan 
perniagaan, SMC telah berpindah ke pejabat yang lebih besar di kawasan 
komersial di Medan Idaman Business Centre, Gombak pada tahun 2002.
Beliau mempunyai gabungan pengalaman selama 15 tahun didalam bidang perbankan, 
pengurusan, pemasaran dan francais tempatan serta luar negara.
Selain dari menguruskan perniagaan di SMC, beliau juga merupakan penulis 
buku-buku panduan perniagaan kecil dan francais yang diterbitkan oleh Sprint 
Career Academy.
Berapakah maksimum peserta?
Kami percayai kualiti dalam bimbingan peserta. Hanya SEPULUH orang sahaja pada 
satu-satu masa. Bagi memastikan saudara mendapat tempat daftar sekarang.
Di mana dan bila kursus ini akan di adakan?
Tarikh : AHAD 15 Julai 2007
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Hotel Vistana, Kuala Lumpur

Hotel Vistana

Bilik Seminar, Bengkel Penulisan Untuk Usahawan SOHO


JADUAL
Pagi : 
Teknik menulis rencana untuk mengiklankan perkhidmatan dan produk

09.00-10.00 Saya hanya peniaga, tetapi adakah saya boleh menulis?
10.00-11.00 Veni Vedi Vici Dunia Majalah
11.00-12.00 Jana Idea dan Pengurusan Maklumat
Tengah hari : 
Teknik menulis rencana untuk mengiklankan perkhidmatan dan produk

12.00-01.00 Promosikan idea & Menghantar Artikel
Petang : 
Teknik mengurus perniagaan dari rumah 
01.00-02.00 Rehat
02.00-03.00 Merancang Struktur Perniagaan SOHO (Penyediaan Rancangan Perniagaan)
03.00-04.00 Mengurus Perniagaan Dari Rumah (Pejabat, Operasi dan Pemasaran)
04.00-05.00 Merancang Kewangan Perniagaan SOHO (Asas-asas Perakaunan)
PRA PENDAFTARAN 
Untuk pra-pendaftaran sila e-mail maklumat anda
Daftar dahulu dan tidak perlu membuat pembayaran sekarang.
Pra-pendaftaran kini dibuka untuk pengesahan tempat.
Tempat hanya terhad untuk 10 orang sahaja.
Pembayaran deposit hanya perlu 10 hari sebelum hari worksyop di mana anda akan 
dimaklumkan terlebih dahulu. 

Untuk pra-pendaftaran sila e-mail maklumat anda; Tajuk woksyop (sila nyatakan): 
Nama:
Alamat
No. K/P:
No. Tel:
No. Telefon Bimbit:
Pekerjaan:
E-mail kepada : [EMAIL PROTECTED]
Berapakah yuran penyertaan?
Bengkel ini telah ditaja dan potongan telah diberikan sebanyak RM100 (Harga 
woksyop biasa ialah RM 390)
Yuran Penyertaan: RM290 bagi seorang peserta
Pembayaran: Deposit 50% (non-refundable) sebanyak RM145 perlu dijelaskan 
selewat-lewatnya 10 hari sebelum hari woksyop.
Baki yuran (RM145) perlu dijelaskan semasa pendaftaran pada hari woksyop.
Peserta yang sudah membayar deposit tetapi tidak dapat hadir boleh menghantar 
wakil sebagai ganti
Diskaun 10% bagi mereka yang datang secara berkumpulan
Tiga Cara pembayaran 
Secara tunai di pejabat:
Sprint Career Academy,
No.23A, Jalan Jernai 2,
Medan Idaman Business Centre,
Batu 5, ,Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur.
Tel/Fax: 03-4022 4108, 019-2816520.
E-mail: [EMAIL PROTECTED]
(Puan Rahella @ En. Mazlan)
Melalui cek: 
Pembayaran atas nama SPRINT CAREER ACADEMY
Secara Deposit Cek/Tunai/Online ke akaun Maybank:
Nama akaun: SPRINT CAREER ACADEMY
No. akaun: 5140-5717-8416 MAYBANK
Tarikh tutup pendaftaran dan pembayaran deposit: 5 Julai, 2007
NOTA:
Yuran termasuk nota, buku rujukan, sijil penyertaan dan buffet tengahari di 
hotel.

Diskaun 10% diberikan untuk pendaftaran 2 orang dan lebih dari kumpulan yang 
sama.

Sila fax/pos/e-mail salinan pengesahan deposit/pembayaran secara on-line kepada 
kami di alamat diatas.
Pengesahan penerimaan akan dikeluarkan untuk pembayaran yang diterima.

Tarikh dan tempat woksyop tertakluk kepada perubahan.

Penawaran woksyop bergantung kepada kekosongan tempat.

Penawaran yuran selepas diskaun khas bergantung kepada penajaan semasa 
(availability of sponsors).


       
____________________________________________________________________________________
Yahoo! oneSearch: Finally, mobile search 
that gives answers, not web links. 
http://mobile.yahoo.com/mobileweb/onesearch?refer=1ONXIC

Kirim email ke