KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Ramai di antara
kita, terutamanya mereka yang baru memeluk agama
Islam, yang tidak menyedari tentang kewujudan badan
sukarelawan yang berada berhampiran yang boleh
membantu mereka yang mempunyai masalah.

Antara badan sukarelawan ini ialah Yayasan Kasih
Sayang Negeri Sembilan (YKS) di Taman Bukit Pilah
Perdana, Kuala Pilah, yang ditubuhkan pada 5 Feb,
2003.

Muhammad Adnan Abdullah, Presiden YKS Negeri Sembilan
yang sudah 18 tahun memeluk agama Islam berkata,
sebenarnya permohonan untuk menubuhkan pertubuhan ini
telah dibuat pada tahun 2001, tetapi ia hanya
diluluskan pada 2003.

"Saya menubuhkan pertubuhan ini bertujuan untuk
membantu mereka yang memerlukan bantuan seperti anak
yatim, ibu tunggal, saudara baru (mereka yang baru
memeluk agama Islam) kerana jika tidak dibantu mereka
akan hilang arah tujuan," beliau memberitahu Bernama
ketika ditemui baru-baru ini.

MATLAMAT PENUBUHAN

Matlamat penubuhan yayasan ini ialah untuk
membangunkan tahap sosio-ekonomi dan penjagaan
kebajikan saudara baru serta ibu tunggal dan anak
yatim piatu.

"Kita mempunyai inisiatif sendiri membantu ibu tunggal
iaitu dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas," kata
Muhammad Adnan.

Antara aktiviti yang dijalankan di YKS ialah kelas
menjahit dan reka fesyen dengan tujuan membantu mereka
untuk menguasai bidang jahitan. Dengan menguasai
bidang jahitan, mereka boleh memperoleh wang untuk
perbelanjaan.

Ia ibarat "memberi pancing" kepada mereka supaya
mereka boleh berusaha sendiri tanpa mengharap bantuan
orang lain, jelas beliau.

BANTUAN KEWANGAN

Pertubuhan ini mendapat bantuan kewangan daripada
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

"Dengan adanya bantuan ini, sedikit sebanyak aktiviti
yang dijalankan oleh pertubuhan kami berjalan dengan
lancar," katanya lagi.

YKS turut membantu Jabatan Mufti Negeri Sembilan
menjaga kebajikan saudara baru selain memberi nasihat
dan kaunseling kepada mereka yang mahu kembali kepada
agama asal mereka.

"Kes murtad di kalangan saudara baru memang
mendukacitakan dan kami berdepan secara langsung
dengan kumpulan ini. Kami turut mengadakan sesi
runding cara untuk mengenal pasti masalah mereka dan
mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan masalah
tersebut," katanya.

Setiap bulan, pertubuhan ini menjalankan aktiviti
ziarah dan dakwah iaitu dengan melawati rumah saudara
baru dan bertanyakan masalah dan keperluan mereka bagi
memastikan mereka tidak berasa terasing dengan agama
Islam dan kembali kepada agama asal mereka semula.

"Jika mereka mahu belajar di kelas fardu ain kita akan
cuba aturkan mengikut kesesuaian masa mereka, selain
itu juga kita akan menghantar guru dari pertubuhan
kita yang datang ke rumah mereka untuk mengajar mereka
mengaji".

JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

Beliau berkata, masalah utama yang dihadapi saudara
baru ialah dalam pertukaran kad pengenalan iaitu
terlalu rumit untuk proses penukaran nama.

"Contohnya sebaik sahaja masuk agama Islam, mereka
kena dapatkan surat akuan masuk Islam di jabatan
agama, kemudian kena jumpa Pesuruh Jaya Sumpah untuk
mengangkat sumpah.

"Akhir sekali kena pergi Jabatan Pendaftaran Negara
(JPN) untuk isi borang tukar nama dan kena tunggu
hingga lima ke enam bulan barulah mereka (JPN) hantar
surat kelulusan tukar nama".

Beliau berharap JPN mempermudahkan urusan saudara baru
ini dan sepatutnya ada hubungan antara Jabatan Agama
dengan JPN, maknanya sebaik sahaja seseorang itu masuk
agama Islam maklumat itu sudah berada dalam rekod JPN.

"Walaupun pertukaran nama ada proses lain di Jabatan
Pendaftaran Negara tetapi sepatutnya sudah ada
maklumat yang mengatakan bahawa orang ini sudah masuk
Islam supaya apabila orang ini meninggal tidak berlaku
perebutan terhadap mayat mereka.

BANTUAN PELAJARAN

Pertubuhan ini turut membantu mereka dari keluarga
miskin yang mahu meneruskan pelajaran dengan cara
menyalurkan maklumat kepada Majlis Agama Islam.

Dengan ini Majlis Agama Islam dapat mengenal pasti
sama apa layak atau tidak untuk dibantu.

Mereka yang dibantu mesti dari keluarga yang susah dan
mempunyai potensi untuk meneruskan pelajaran.

Yayasan ini juga memberi bantuan kepada mereka yang
hamil tanpa suami dalam usia yang muda.

"Ia bertujuan untuk mengelakkan mereka daripada
menggugurkan kandungan, buang anak dan sebagainya,"
tambah Muhammad Adnan.

-- BERNAMA 
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=282637

 
  
    
  


     
  Syarak Mengata , Adat Menurut 
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
   
  Laman web Misi Kemanusiaan
  Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
  Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com
   





       
____________________________________________________________________________________
Need a vacation? Get great deals
to amazing places on Yahoo! Travel.
http://travel.yahoo.com/


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke