Asmwbkth... Hari ni, 11 Sept. 2007... Penat buat teks tazkirah AKAD untuk 13 Sept., pergi keluar ke kedai mamak kejap, mengisi tembolok... tak laaa lapar. Cuma kebulur aja... Sampai kat kedai mamak, AKAD nampak anak-anak remaja sekitar form 3 atau form 4. Mereka sekitar 7 orang yang duduk di 2 meja yang disambung. AKAD baca do`a; "hasbunALLAHu wa nikmal Wakeeel, laaa hawlawala, quwwata illa billah...hil `aliyyul `Azeeem... ... 2, atau 3, atau 4 orang drp mereka merokok... puh-pah, Puh-pah, puh-pah... ... Berkepul asap mereka... AKAD bila sampai kat mereka, AKAD ucapkan; "Assalamu`alaikum". "Wa`alaikum Salam"; jawab mereka. AKAD teruskan mengayat... AKAD kata; "Pak cik perlu beritahu anak-anak sekelian. Kalau nak merokok, terpulanglah... Pakcik dapat berita bahawa, semua syarikat rokok adalah milik Zionist Yahudi... Dan berita itu memberitahu, setiap tahun, lebih daripada USD 1 billion dollar, hasil dari perokok Muslim sahaja, telah diberi kepada kerajaan Israel..., untuk beli peluru dan bom, untuk bunuh saudara seIslam kita di Palestin dan Lubnan...! Anak-anak, nanti dekat Akhirat, saudara-saudara kita yang mati kena bunuh oleh zionist Yahudi, ... mereka akan kata; "ya ALLLAH...! inilah saudara-saudara seIslam aku yang tolong zionist Israel, melalui membeli rokok, untuk lengkapkan persenjataan zionist israel untuk bunuh kami...! Ya ALLAH, masukkan mereka ke dalam API NerakaMU yang pedih, dan Panas bersangatan, dan yang Azab keterlaluan...! kerana kerana keredho`an mereka, dan sokongan mereka terhadap zionist israel membunuh kami..., saudara-saudara seagama mereka sendiri...!" Lalu dibenam ke dalam API Neraka semua yang merokok, untuk dibakar hidup-hidup dalam Neraka...! Meraung-raung mereka..., tak siapa yang dapat ditolong oleh sesiapa pun." Mereka semua sengap-diam membungkam, dan yang merokok jadi terketar-ketar dan meleleh air mata mereka... ... Dilepaskan rokok dicelah jari, lalu dipijak... AKAD peluk mereka semua seorang demi seorang dan cakap dengan suara yang bukan perlahan; "Jadilah anak-anak Soleh yang berakhlak mulia...!" Mereka semua salam dan cium tangan AKAD, dan kata; "terima kasih pakcik..., InsyaALLAH pakcik..." Masa tu, AKAD ghasa, kasih sangat... dengan semua anak-anak remaja lelaki tu... AKAD kata lagi; "Mufti-mufti Malaysia pada tahun 1985, dah istiharkan rokok itu hukumnya haram, dan orang merokok adalah mendapat dosa dan dibenci oleh ALLAH Swt." Sambung AKAD lagi...; "Jadilah anak Soleh yang taat dengan perintah ALLAH, serta menjauhi larangan ALLAH Swt. Nescaya ALLAH Swt. akan sayang anak-anak sekelian... Bila ALLAH Swt. sayangkan kita, di dunya ini tak ada apa-apa yang boleh menyakitkan kita, atau mencederakan kita, sebab ALLAH Swt. jaga kita betul-betul, dan di Akhirat..., ALLAH Swt. akan masukkan kita ke dalam Syurga Firdaus tanpa banyak soal-jawab, dan dijauhkan kita daripada dimasukkan dalam API Neraka Jahannam." Kemudian AKAD nak bergerak pergi... AKAD ucap Salam dan hulur tangan berjabat dengan semua mereka. Ada seorang tu, AKAD sangka India Muslim, dia jawab; "Saya bukan Muslim." AKAD pun terus tanya; "Sagohderah, (saudara), ungga (anda), umperei yenna...? (nama siapa)?", dalam bahasa Tamil... "Burnt." Jawabnya ringkas... AKAD keluarkan dari dalam beg "peluru" dakwah AKAD, pamplet bertajuk "Discover Islam" dan "Islam's Prohibition of Alcohol..." Sambil tu AKAD kata; "This is general knowledge for your information...! Valtukel, InsyaALLAH, bila you beriman... (All the best to you... InsyaALLAH you beriman ...)." Jawabnya; "Rhomba Nandri pakcik... (terima kasih bebanyak pakcik)". AKAD balas pulak; "Serri ... sagohderah... (Sama-sama saudara)." AKAD panggil mamak tu dan kata AKAD bayar untuk mereka... Berlumba-lumba mereka salam dan cium tangan AKAD dan ucapkan terima kasih banyak-banyak, tak henti-henti... Itu sikit ringkasan lipur-lara dakwah AKAD... "Semoga ALLAH Swt. jadikan mereka dan kita semua, dan keluarga kita, dan keluarga mereka, dan zuriyyat kita dan zurriyat mereka, menjadi orang-orang ISLAM yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh, dan berdakwah ISLAMIYYAH dan dakwah ISLAHIYYAH, dan berjihad di jalan ALLAH Swt. dan melakukan amar maaruf-nahi mungkar, dan semuanya mati sebagai Syuhada', dan semuanya ALLAH Swt. masukkan ke dalam Syurga Firdaus tanpa hisab, dan semuanya ALLAH jauhkan daripada memasuki Neraka Jahannam atau Neraka yang lain... Ameeen Ya ALLAH, Ya WALIYY...!" AKAD pesan dengan bebudak Melayu supaya layan Burnt dengan baik, sebab dia saudara kita dalam kemanusiaan, sebab kita semua daripada induk yang sama, moyang yang sama, iaitulah... Nabi ALLAH Adam a.s. dan isteri Baginda Hawa a.s. ... "Baiklah pakcik, InsyaALLAH pakcik, terima kasih pakcik..."; kata mereka serentak... Itu dulu, lagi satu perkongsian lipur-lara dakwah..., AKAD dengan antum. Jangan antum takut, bimbang, untuk buat dakwah, sebab, ganjaran pahala yang ALLAH Swt. janjikan, seperti dalam hadith Soheh riwayat Bukhari; bagi setiap saat, pahala yang kita akan dapat adalah lebih besar daripada dunya ini beserta seisi kandungannya ... ... Itu minimum tu... ... So..., jangan ada hari yang berlalu, tanpa kita buat dakwah ISLAMIYYAH dan dakwah ISLAHIYYAH di dalamnya..., InsyaALLAH... Ameeen Ya ALLAH... Ya RAHIM, Ya ALLAH, Ya RAHMAN, Ya ALLAH Ya WALIYY... AKAD ============================================
--------------------------------- Fussy? Opinionated? Impossible to please? Perfect. Join Yahoo!'s user panel and lay it on us.