Ramadhan Bulan Pembersihan Jiwa
Petikan dari: usrahkeluarga.blogspot.com
Manusia
merupakan makhluk yang sering terlibat dalam melakukan dosa dan
maksiat. Ini kerana mereka bukan sahaja dibekalkan dengan akal, malah
perasaan, nafsu dan pancaindera yang sentiasa mendorong mereka ke arah
kejahatan.
Allah
SWT menjelaskan menerusi ayat 7-8 surah as-Syams yang bermaksud: "Dan
jiwa manusia serta kesempurnaan penciptaannya. Maka Allah mengilhamkan
kepada jiwa itu jalan kefasikan (kejahatan) dan takwa (kebaikan).
Terdapat
golongan Mufassirun (ahli-ahli tafsir) menjelaskan bahawa Allah SWT
menjadikan hati manusia cenderung kepada kejahatan kemudian baru
cenderung kepada kebaikan atau makruf, itupun jika ditakdirkan umurnya
dipanjangkan oleh Allah SWT.
Kedatangan
Ramadan kali ini, perlu diambil peluang seluas-luasnya oleh setiap
insan beragama Islam, baik lelaki mahupun perempuan, kerana bulan
Ramadan disifatkan oleh sesetengah para ulama sebagai bengkel, iaitu
bengkel yang menghilangkan tompok-tompok hitam yang masih melekat pada
hati manusia sebelum menjelang Ramadan, serta mengetatkan skru-skru
lutut yang longgar, kerana tidak berapa pentingkan tarbiah di rumah
Allah, sama ada masjid atau surau.
Kita
tidak mahu menjadi seperti manusia yang beranggapan bahawa Allah SWT
hanya wujud pada bulan Ramadan, sedangkan pada bulan-bulan sebelum dan
selepas Ramadan batang hidung pun tidak kelihatan di rumah Allah, ini
kerana di rumah Allah apabila kita menjadi tetamu-Nya, banyak juadah
rohani disediakan yang tidak ada di tempat-tempat lain, akhirnya diri
kita ini dinaik-tarafkan setelah menjadi orang Islam kepada orang
beriman dan kemuncaknya ialah orang yang bertakwa.
Dengan
dinaikkan taraf orang yang bertakwa, sudah tidak menjadi masalah untuk
sentiasa bertaubat dari segala kesalahan yang besar dan yang kecil,
kerana selagi mana kita bernama manusia, kita terdedah kepada melakukan
dosa, sama ada yang besar ataupun yang kecil.
Bulan
Ramadan yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. terdapat di
dalamnya keampunan Allah SWT, mengapa kita perlu memohon keampunan-Nya?
Tidak lain kerana terlalu banyak dosa yang dilakukan, sama ada yang
disedari atau sebaliknya. Antara dosa besar yang kita lakukan adalah
tidak pernah melaksanakan hukum-hakam Allah dalam al-Quran, malah kita
tukarkannya dengan undang-undang ciptaan manusia seperti hukum zina
ditukarkan kepada denda atau penjara.
Sehubungan
itu, Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi ada menegaskan, bahawa ramai di
kalangan manusia tidak sedar terjebak dalam melakukan dosa dan maksiat,
terutamanya yang dilakukan oleh pancaindera yang zahir (luaran) seperti
dosa tangan, kaki, mata, telinga, lidah, hidung dan sebagainya termasuk
dosa perut dan kemaluan.
Dosa
tangan ialah dengan melakukan kecurian atau mengambil hak orang lain
secara paksa, dosa kaki iaitu berjalan menuju tempat yang ditegah oleh
agama seperti tempat pelacuran dan sebagainya.
Dosa
mata melihat kepada yang diharamkan oleh Allah seperti melihat aurat
orang lain, dosa telinga melalui pendengaran kepada perkara mengumpat
dan sebagainya, dosa lidah dengan mengutuk orang lain atau memfitnah,
dosa hidung dengan menghidu sesuatu yang diharamkan Allah, dosa perut
memakan makanan yang diharamkan atau sumber riba dan dosa kemaluan
dengan melakukan perbuatan zina.
Tetapi
sebahagian besar daripada mereka lupa dan mungkin tidak mengetahui
sedalam-dalamnya dosa serta maksiat yang dilakukan oleh hati, sedangkan
dosa hati adalah lebih bahaya daripada dosa-dosa di atas, ini kerana
hati seseorang itu boleh terjebak pada niat yang serong daripada agama,
tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu kebaikan dan yang lebih parah lagi
terlibat pada syirik, riyak, bangga diri, cinta pada dunia, kufur
(ingkar kepada hukum Allah), hasad dan banyak lagi.
Inilah
yang membezakan antara dosa yang dilakukan oleh Nabi Adam a.s. dan
Iblis. Dosa Nabi Adama hanya melibatkan pancaindera kerana memakan dari
pokok yang terlarang, sementara dosa Iblis lebih teruk daripada itu
kerana melibatkan persoalan hati iaitu kufur kepada perintah Allah
kerana enggan sujud kepada Adam lantaran sombong.
Walau
apapun dosa atau maksiat yang dilakukan oleh seseorang Muslim/Muslimah,
besar atau kecil, sengaja atau tidak, sedar atau sebaliknya, dia perlu
memohon keampunan daripada Allah Yang Maha Pengampun terhadap dosa-dosa
pancaindera dan hati dengan bertaubat kepada Allah.
Dia
perlu berazam untuk meninggalkan dosa-dosa yang pernah dilakukannya dan
bersungguh-sungguh untuk tidak mahu mengulanginya pada masa-masa akan
datang. Perkara ini pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w.
yang bermaksud: "Setiap anak Adam itu melakukan kesalahan, dan
sebaik-baik kesalahan itu adalah bertaubat kepada Allah."
____________________________________________________________________________________
Pinpoint customers who are looking for what you sell.
http://searchmarketing.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".
Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/