Assalamu3alaikum wbrth
   
  Sempena menyambut aidil-fitri ini, ingatlah dan sumbangkan sedikit rezeki 
anugerah Allah kepada kita untuk mereka-mereka yang di duga Allah SWT dengan 
pelbagai musibah dan mehnah.
   
  Kebanyakan kita ( termasuklah saya ) terlalu mudah tertipu dengan tipu daya 
syaitan & musuh2 islam apabila di longgokkan dengan kemewahan dan keindahan 
dunia.
   
  Firman Allah SWT :
   
  Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
   
  [17.26] Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir 
akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan 
boros yang melampau. 
   
  [17.27] Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara 
Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada 
Tuhannya. 
   
  [17.28] Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana 
menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada 
mereka kata-kata yang menyenangkan hati. 
   
  [17.29] Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan 
janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya 
akan tinggalah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan. 
   
  [17.30] Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang 
dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan Ia juga yang 
menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Ia Maha Mendalam 
pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya. 
   
  [17.31] Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; 
Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya 
perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. 
   
  SodaqAllahu'3adzim
   
  Jika ada terkasar bahasa , tersilap kata, dalam menyampaikan / memperdebatkan 
sesuatu pendapat, maaf jua hamba pohonkan. Semoga persahabatan/persaudaraan 
kita kekal hingga ke akhirat.
   
  WAllahua3lam
  Wassalam
   
  Selamat Hari Raya - Maaf Zahir Batin.
  Hizamri
   
  
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/arkib-pahang-darul-makmur/guru-sar-dalam-dilema-kerajaan-pahang-tak-bayar-gaji.html
   
          Guru SAR dalam dilema, kerajaan Pahang tak bayar gaji         Basiron 
Abdul Wahab 
Fri | Oct 05, 07 | 4:39:56 pm MYT          KUANTAN, 5 Okt (Hrkh) - Kira-kira 
100 orang bekas Guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang diambiI alih kerajaan 
sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) berada dalam dilema apabila tidak 
dibayar gaji sejak awal tahun ini.      Mereka kini bekerja tanpa gaji dan 
menghadapi masalah kewangan yang serius selain tidak menerima surat perlantikan 
daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.      Nasib mereka ibarat indah khabar 
dari rupa kerana impian untuk mendapat kehidupan lebih baik sebagai guru SABK 
setelah pertukaran status sekolah tempat mereka mengajar daripada SAR kepada 
SABK.      Keghairahan menukar status sekolah pada awalnya sangat mengembirakan 
mereka tanpa menyangka situasi lebih buruk menanti seperti mereka hadapi 
sekarang.      Akhirnya Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dikatakan tidak 
mempunyai masa depan itu masih menghantui setelah bertukar menjadi SABK, apa 
yang diharap tidak menjadi kenyataan sekurang-kurangnya buat masa
 ini.   Sedangkan semasa SAR belum diambil alih dulu, pihak kementerian telah 
menjanjikan bantuan guru, kewangan dan bangunan bagi memperkasakan bekas 
sekolah-sekolah bekas SAR ini.      Seorang guru SABK mendakwa sebagai 
jurucakap kumpulan berkenaan tetapi enggan didedahkan identitinya berkata, 
bukan saja mereka belum mendapat gaji sejak awal tahun ini, malah sehingga kini 
surat pelantikan mereka sebagai guru kontrak juga belum ada.      "Kami sering 
tertanya-tanya apakah niat Kementerian Pelajaran benar-benar ikhlas terhadap 
kami atau sebaliknya.      "Yang menjadi keraguan kami adakah kementerian 
benar-benar ada peruntukan. Kalau ada kenapa lambat sangat. Kenapa perlu kami 
seperti ini, kami ada anak isteri untuk diberi makan pakai juga," katanya 
sedih.   Difahamkan SABK merupakan program bantuan guru, kewangan dan bangunan 
kepada SAR oleh Kementerian Pelajaran. Melalui program ini, sekolah-sekolah 
tersebut hanya menerima bantuan saja sedangkan pemilikan tanah dan
 bangunan masih kekal di bawah Jemaah Pengurus sekolah.      Menurut kenyataan 
media sebelum ini, terdapat 92 sekolah daripada sejumlah 229 SAR dan 251 
Sekolah Agama Negeri (SAN) di seluruh negara berdaftar sebagai SABK.      
Sekolah itu merangkumi 45 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat, tiga Sekolah 
Rendah Agama Rakyat, 33 Sekolah Menengah Agama Negeri dan 11 Sekolah Rendah 
Agama Negeri.      Di Pahang lima buah SAR mula diambilalih oleh Kementerian 
Pelajaran melalui Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (Japim) sejak awal tahun 
lalu.   Antara SAR yang diambilalih ialah masing-masing sebuah di Bukit Goh, 
Kuantan; Keratong, Rompin; Kerambit, Kuala Lipis; Kg. Awah, Maran dan At-Taqwa, 
Temerloh.      Terdapat dua kategori guru di SABT iaitu guru kontrak yang 
merupakan guru asal sekolah berkenaan semasa SAR dan guru lantikan kementerian 
(GSTT). Difahamkan guru GSTT sudah pun mendapat surat lantikan kementerian 
tetapi masih belum menerima gaji. Sementara guru kontrak pula masih
 belum mendapat surat lantikan juga belum menerima gaji.      Sesetengah guru 
kontrak dikatakan belum menerima gaji sejak tahun lalu lagi.      Begitu juga 
dengan pembangunan yang dijanjikan sebagai kemudahan asas sekolah seperti bilik 
darjah, kantin, perpustakaan, makmal sains dan makmal komputer masih belum 
dibina.      Kalau kemudahan-kemudahan ini tidak ada, masih sama dengan SAR 
dulu, baik kekal macam SAR dulu.      Serentak dengan itu guru-guru terbabit 
mendesak Kementerian pelajaran mengotakan segera janji-janji yang dibuat 
sebelum ini lebih-lebih lagi dalam suasana menyambut Adil Fitri ini, mereka 
amat berharap 'kabinet' segera campur tangan. 'Bila keadaan berlarutan begini, 
tentu ada guru-guru yang menjadi lemah semangat. Ibu bapa pelajar teruja yang 
menghantar anak-anak mereka dulu juga pasti bimbang prestasi pembelajaran anak 
mereka. Kalau berlarutan mood ibu bapa untuk hantar anak-anak ke SABT, prestasi 
SABT akan menurun,' kata guru terbabit. - mr 

   
   
  http://www.brunet.bn/news/pelita/11okt/minda.htm
   
  Sederhana dalam berbelanja   Secara ringkasnya tajuk di atas menyeru kita 
dalam membeli barang-barang atau mengeluarkan wang kita mestilah berhemat yakni 
tidak boros dan membazir kerana dengan berjimat cermat dalam berbelanja kita 
pasti akan dapat hasil lebih-lebih lagi kita akan beroleh ganjaran dari Allah 
Ta'ala.      Kita memang sepatutnya berjimat. Lupakah kita terhadap tabiat 
dunia yang tidak tetap pada satu keadaan sahaja. Adakalanya hari ini kita 
mendapat kesenangan tetapi esok menghadapi kesusahan. Hari ini untung tetapi 
esok rugi. Bukankah Allah Ta'ala ada berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 140 
yang kira-kira maksudnya: "Dan hari-hari itu Kami pergilirkan di antara 
manusia."      Kerana itu wajib bagi kita untuk bersikap berhati-hati dengan 
menempatkan nikmat pada tempatnya dan menyimpan kelebihan dari keperluan kita 
pada hari ini. Dengan kata lain: "Kita menyimpan (menabung) ketika nikmat itu 
ada untuk menghadapi saat-saat ketika nikmat itu tiada."      Allah
 Ta'ala menyuruh kita berhati-hati terhadap dunia dan berpesan agar kita 
mengambilnya sekadar perlu sahaja dan meninggalkan keinginan. Yang paling utama 
adalah bersederhan dalam berbelanja iaitu tidak boros dan tidak pula kedekut 
sebagaimana firman Allah Ta'ala dalam Surah Al-Furqan Ayat 67 yang kira-kira 
maksudnya: "Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak 
berlebih-lebihan dan tidak (pula) kikir dan adalah (pembelanjaan itu) di 
tengah-tengah antara yang demikian.''      Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam 
bersabda yang kira-kira bermaksud: "Maka bergembiralah dan berharaplah terhadap 
apa yang mudah bagimu. Demi Allah, bukanlah kefakiran yang aku khuatirkan atas 
kamu, tapi aku mengkhuatirkan atas kamu kalau dibentangkan dunia untuk kamu 
sebagaimana yang pernah dibentangkan bagi orang-orang sebelum kamu, lantas kamu 
berlumba-lumba memperebutkannya, lalu membinasakan kamu sebagaimana dahulu 
telah membinasakan mereka." (Riwayat Bukhari dan Muslim).     
 Cuba kita hayati pula kisah sahabat-sahabat Rasulullah ini sebagai iktibar: 
Salman Al-Farisi pernah datang kepada Abu Bakar Ash-Siddiq Radiallahuanhu 
ketika sakit dan menghadapi kematiannya. Lalu Salman berkata, "Berpesanlah 
kepadaku, wahai khalifah Rasulullah. Abu Bakar menjawab: "Sesungguhnya Allah 
membukakan dunia untukmu kerana itu janganlah sekali-kali salah seorang dari 
antara kamu mengambilnya kecuali sekadar bekal keperluanya saja."      
Rasulullah dan sahabat-sahabatnya telah menunjukkan contoh dan mengajarkan 
kepada kita tentang amalan berjiamat cermat agar menjadi ikutan umat Islam 
semuanya demi kebajikan bersama. Sifat boros berbelanja atau membazir 
sememangnya patut kita jauhi kerana itu adalah amalan syaitan. Allah ada 
berfirman dalam Surah Al-Israa' ayat 27 yang kira-kira bermaksud: "Sesungguhnya 
orang-orang yang berbuat membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan 
syaitan itu sangat kufur kepada Rabb-Nya."   Kesimpulannya, dalam berbelanja 
kita
 mestilah bersederhana iaitu sentiasa berjimat cermat, tidak membazir dan tidak 
bakhil. Memadailah kita membeli keperluan sahaja dan meninggalkan keinginan. 
Semoga kita akan sentiasa beroleh reda dari-Nya.    
  Hasrulraizan bin Haji Kahar,
No. 60-40, Kampong Sungai Akar, Jalan Sungai Akar, BC 3915
No. k/p: 00-261828.

       
---------------------------------
Moody friends. Drama queens. Your life? Nope! - their life, your story.
 Play Sims Stories at Yahoo! Games. 

Kirim email ke