===============================================
Buletin Online e-Kedai.net
Buku Terbaru Januari & Februari 2008
===============================================
Assalamualaikum & selamat sejahtera,
Para pelanggan yang dikasihi,
Sedar tidak sedar sudah hampir sebulan kita memasuki tahun 2008.
Sebentar sahaja masa berlalu. Azam yang digarap pada awal tahun
seharusnya sudah dimulakan langkahnya. Khabar-khabar angin mengenai
pilihan raya pun sudah mula bertiub kencang. Di dada-dada akhbar dan
blog-blog online sudah mula cakap-cakap mengenai kedengaran.
Walau bagaimanapun buku-buku terbaru khusus buat Anda tetap terus
disajikan buat santapan minda dan rohani semua. Pada kali ini
senarainya agak panjang kerana semakin hari semakin banyak buku
diterbitkan. Satu perkembangan yang baik buat industri buku Malaysia.
Buku-buku kali ini terdiri daripada pelbagai genre, daripada novel
hinggalah kepada buku agama. Di bawah disenaraikan buku-buku terkini
di dalam senarai e-Kedai.net : Kedai Buku Online Anda.
------------------------------------------------
a) Rindu Cintaku
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=982
------------------------------------------------
Pengarang : Fauziah Ashari
Penerbit : Intens Media
ISBN : 978-983-4345-02-0
Harga : RM 23.90
Sinopsis :
Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri
tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah
kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yan sentiasa
membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tak berdaya
menggalas beban yang membelenggu hati bila cinta suami ditagih insan
lain walau maruah menjadi taruhan.
Hariz yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma
beralun ganas melibas keegoannya. Hariz hilang punca, hilang kuasa dan
hilang Izzah. Namun membuang cintanya pada isteri tercinta tidak
pernah wujud walau dalam keterpaksaan.
Andainya mampu ditebus kesilapan, apakah yang perlu dilunaskan? Rumah
tangga? Cinta tak kesampaian? Kesetiaan? Maruah? Ataupun... Nyawa?
------------------------------------------------
b) Seni Mengait
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=983
------------------------------------------------
Pengarang : Nik Azizah Daud
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 983-124-224-6
Harga : RM 19.90
Sinopsis :
Mengai adalah salah satu seni kerja tangan yang tercetus dari bakat
dan minat. Bermula dengan hanya melihat dan meneliti sesuatu hasil
kaitan itu, seseorang itu boleh cuba membuatnya sendiri meskipun tanpa
asas yang sempurna. Apatah lagi, setelah melihat hasil kreativiti
sendiri brjaua dihasilkan, pasti akan menambah semangat untuk terus
mendalami ilmu mengait dengan lebih terperinci.
Khusus untuk anda yang minat mempelajaroi cara-cara mengait tanpa
perlu menghadiri sebarang kelas, VARIASI SENI MENGAIT dapat
merealisasikan impian yang terpendam selama ini. Buku ini diterbitkan
khusus untuk anda yang inginkan sebuah buku panduan mengait yang
ringkas, mudah dan padat. Setiap contoh kaitan disertakan dengan foto
berwarna, gambarajah serta aahan terperinci yang mudah difahami. Bagi
memudahkan kerja, disertakan juga beberapa tips sebagai panduan
berguna diikuti.
Kandungan buku ini teriri daripada beberapa bahagian iaitu :
* Knitting (kait jarum dua)
* Krusye (kait jarum satu)
* Kaitan pita
* Sulaman tangan
* Sulaman Hiasan Dinding
* Sulaman tampal cantum
Antara contoh hasil kaitn yang boleh dijadikan pencetus idea ialah
pelbagai jenis alas hiasan, serkup teko, selimut, langsir, sulaman
topi dan baju kanak-kanak, stokin serta pelbagai variasi jenis kaitan
untuk dekorasi rumah.
------------------------------------------------
c) Solat Sunat : Kaitannya dengan Keperluan Masa Kini
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=984
------------------------------------------------
Pengarang : Ustaz Abdul Rahman Mohamed
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3494-87-3
Harga : RM 29.90
Sinopsis :
Islam ialah agama kesejahteraan, agama sumawi yang syumul dengan
konsep peribadatan menyeluruh, unik dan tersendiri. Ibadah dalam Islam
menjurus kepada ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan ang banyak
menyelesaikan masalah umat. Setiap ibadah dalam Islam mengandungi
hikmah atau fadilat yang tersendiri. jika digli dan dikaji maka akan
terserlah kebaikan yang tersirat.
Buku ini menerangkan fadilat dan tatacara solat-solat sunat yang ada
dalam Islam. Dilengkapi dengan paparan situasi masalah-masalah
masyarakat yang ada jalan penyelesaiannya dengan melaksanakan
solat-solat sunat tertentu. Masalah anda juga mungkin disorot dalam
buku ini.
Buku ini juga dilengkapi dengan gambar-gambara bagaimana melaksanakan
solat sunat tertentu supaya lebih mudah difahami dan praktikal.
------------------------------------------------
d) Solat Sunat Pilihan
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=985
------------------------------------------------
Pengarang : Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3494-86-6
Harga : RM 19.90
Sinopsis :
Mengapa di akhirat nanti ada yang masuk syurga tetapi masih menyesal?
Inilah hakikat yang dialami oleh mereka yang masuk syurga apabila
melihat kelebihan orang lain. Kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh
orang lain itu bukan disebabkan amalan fardu, tetapi hanyalah
amalan-amalan sunat. Mereka amat menyesal kerana di dunia dahulu
kurang melakukan amalam sunat berbanding orang yang mendapat kelebihan
kerana amalan sunat mereka.
Sebab itulah dikatakan bahawa solat sunat ada kaitan dengan darjat
kedudukan seseorang di akhirat nanti. Tidak hairan para sahabat begitu
fanatik mengikut jejak Rasulullah dalam mengamalkan solat sunat.
Setiap solat sunat yang diamalkan oleh Rasulullah tetap akan mereka
ikuti krana yakin dengan sabda Rasulullah tentang keistimewaan dan
keleihannya.
Solat Sunat Pilihan menampilkan solat-solat sunat yang menjadi amalan
rutin Rasulullah setiap hari. Lengkap dengan dalil keterangan
Rasulullah tentang keistimewaan dan kelebihan setiap satu solat.
Sebagai panduan dan bimingan, disertakan kaifiat melaksanakan
solat-solat tersebut.
------------------------------------------------
e) Chef
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=989
------------------------------------------------
Pengarang : Zul Desa
Penerbit : PTS Fortuna
Harga : RM 27.00
ISBN : 978-983-192-117-3
Sinopsis
Demi segunung cita-cita, Zul lari dari sekolah agama dan berhijrah ke
Kuala Lumpur tanpa mempedulikan harapan ibunya bagi melihatnya menjadi
ustaz. Bermula daripada memasak untuk kenduri kahwin di kampungnya,
Zul mula menapak setapak demi setapak demi merealisasikan impiannya
bergelar `chef'. Anak muda berjiwa kental ini pernah berkhidmat
sebagai chef di restoran, cafe, kelab, hotel, kapal pelancong serta
hotel di Mekah sebelum bergelar pengurus restoran.
------------------------------------------------
f) Mengurus Acara Rasmi Sekolah
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=990
------------------------------------------------
Pengarang : Md Zuki Hashim
Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Harga : RM17.50
ISBN : 978-983-3586-57-8
Sinopsis
Pengalaman penglibatan secara langsung dalam pengurusan acara rasmi di
sekolah adalah faktor sebenar yang mencetuskan idea bagi menghasilkan
penulisan ini. Matlamat utama penulisaan ini adalah bagi meningkatkan
mutu pengurusan acara-acara tetap tahunan di sekolah. Hasrat menulis
buku ini juga timbul kerana ingin membantu rakan-rakan yang terlibat
mengurus acara-acara ini yang sekian lama tercari-cari sumber rujukan.
Penulisan buku ini berasaskan maklumat utama yang diperolehi penulis
sepanjang mengikuti pengajian di peringkat sarjana di Universiti Utara
Malaysia. Asas kedua adalah pengalaman penulis sendiri yang terlibat
secara langsung mengurus acara-acara ini sejak mula berkhidmat dalam
perkhidmatan awam. Asas seterusnya adalah kemahiran mengurus yang
ditimba sepanjang berkecimpung sebagai aktivis persatuan semasa
menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). UKM menyediakan
segala kemudahan dan bimbingan serta memberikan peluang memantapkan
kemahiran mengurus organisasi.
Penulisan buku ini disusun dan diatur menggunakan pendekatan dari umum
kepada khusus dengan dimulai oleh konsep pengurusan secara am.
Pendekatan ini dilakukan dengan harapan semua pihak yang terlibat
dengan projek ini mendapat gambaran mengenai pengurusan secara
menyeluruh. Ini memudahkan mereka memahami bab-bab seterusnya yang
dibincangkan secara terperinci. Perbincangan seterusnya ditumpukan
kepada aktiviti pengurusan projek. Elemen-elemen pengurusan am
diserapkan dalam aktiviti pengurusan projek secara tidak langsung.
------------------------------------------------
g) Hantu Silap Mata
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=991
------------------------------------------------
Pengarang : Alif Firdaus Azis
Penerbit : PTS One Sdn Bhd
Harga : RM 15.00
ISBN : 978-983-3654-13-0
Sinopsis
"Percaya dirinya mampu terbang."
Silap Mata adalah mainan hidupnya.
"Ini bukan teori gila, memang manusia ada potensi mampu mengapungkan
diri di udara. Ahli agama, pengamal yoga
ada antara mereka boleh
terbang. Sekiranya mahu bukti, encik semak biografi Sai Baba, dari
india. Dia juga boleh terbang." Rasyid seakan budak kecil yang cuba
menegakkan kata-katanya.
Sesiapa yang mendengarnya, pasti menganggap Rasyid gila. Namun dia
yakin dengan katanya itu.
Ahli silap mata adalah saintis yang nampak seperti ahli sihir. Tetapi
mereka bukan ahli sihir. Mereka hanyalah genius yang suka menghiburkan
orang. Rasyid adalah orang jenis ini.
------------------------------------------------
h) Robotan
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=992
------------------------------------------------
Pengarang : Mohd Faisal Nordin
Penerbit : PTS One Sdn Bhd
Harga : RM 15.00
ISBN : 978-983-3654-22-2
Sinopsis
Tempe direkabentuk bagi menjalankan tugas rahsia seperti pengintipan
tentera, pengeboman, sabotaj dan menyelamat tebusan. Ia seolah-olah
askar tunggal. Hanya berikan arahan dan koordinasi padanya, pasti
semuanya selesai."
Amin terkejut mendengar keupayaan robot kesayangannya yang berada di
rumahnya itu
Zul pula masih serius. "Amin, Tempe robot yang merbahaya! Lagipun ia
bukan milik kamu, mahupun keluarga kamu! Ia adalah robot pelarian!"
"Tempe direkabentuk bagi menjalankan tugas rahsia seperti pengintipan
tentera, pengeboman, sabotaj dan menyelamat tebusan. Ia seolah-olah
askar tunggal. Hanya berikan arahan dan koordinasi padanya, pasti
semuanya selesai."
Amin terkejut mendengar keupayaan robot kesayangannya yang berada di
rumahnya itu
------------------------------------------------
i) Akademi Gemilang : Jejak Kuasa Alam
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=993
------------------------------------------------
Pengarang : Hani Ismail
Penerbit : PTS One Sdn Bhd
Harga : RM 14.50
ISBN : 978-983-3654-05-5
Sinopsis
Mereka sedang bercuti apabila digembarkan dengan berita buruk. Mawar
diculik! Misi kali ini
menyelamatkan Mawar dan Dr. Mayang di Gunung
Ophir. Mampukah mereka berdepan dengan Anakardia Hedera? Siapa pula
Sam Okar yang mampu berkomunikasi dengan alam melalui minda? Mampukah
Agen Gemilang melalui cabaran kali ini?
------------------------------------------------
j) Seindah Dafodil
Pautam e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=994
------------------------------------------------
Pengarang : Umi Kalthum
Penerbit : PTS Fortuna
Harga : RM 25.00
ISBN : 978-983-192-141-8
Sinopsis
Insyirah melanjutkan pelajaran ke luar negara dan mengambil jurusan
perubatan di sana. Berjauhan dengan keluarga serta sanak saudara tidak
menghalang Insyirah merealisasikan impiannya menjadi doktor. Dia
begitu menjaga adab-adab ketimuran termasuk cara berpakaian dan adab
pergaulan walaupun tinggal di luar negara. Agama menjadi pegangan
utama sepanjang hidup di perantauan. Rakan serumah dan teman sekuliah
menceriakan lagi kehidupannya walaupun menghadapi pelbagai kesukaran.
Namun, percintaan sejatinya dengan Ilham Budi mendapat tentangan hanya
kerana jejaka itu bukan keturunan Syed.
------------------------------------------------
k) Edensor
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=995
------------------------------------------------
Pengarang : Andrea Hirata
Penerbit : PTS Litera Sdn Bhd
Harga : RM 26.00
ISBN : 978-983-3892-02-0
Sinopsis
Edensor: sebuah gambaran dalam desa khayalan
Kisah anak muda yang ingin mendaki puncak cabaran, menerjang batu
granit kesulitan, menggoda marabahaya, dan memecahkan misteri dengan
sains. Dia ingin menghirup pelbagai pengalaman lalu terjun bebas
menyelami labyrinth liku-liku hidup yang hujungnya tak dapat disangka.
Dia dambakan kehidupan dengan kemungkinan-kemungkinan yang
bertentangan antara satu sama lain seperti perlanggaran
molekul-molekul uranium: meletup tak terduga, menyerap, mengikat,
berganda, berkembang, terurai, dan berserakan ke arah yang tak terduga.
Dia ingin ke tempat-tempat yang jauh, menemui beragam-ragam bahasa dan
berbagai-bagai bangsa. Mengembara, dan menemukan arah dengan membaca
bintang-bintang di langit. Mengharungi padang dan gurun-gurun, melepuh
dibakar matahari, terolang-aling dihentam angin, dan menciut dicengkam
dingin. Impikan kehidupan yang menggetar dan penuh dengan penaklukan.
Aku ingin hidup! Ingin merasakan sari pati hidup!!
------------------------------------------------
l) Rahsia Buat Duit Dengan eBay
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=996
------------------------------------------------
Pengarang : Azahar Abdul Rahman
Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Harga : RM25.00
ISBN : 978-983-3586-55-4
Sinopsis
Ikuti langkah demi langkah memulakan bisnes internet tanpa perlu
membina laman web
Setiap hari pengguna internet di seluruh dunia semakin bertambah dan
pengetahuan berkenaan internet sebagai medium membeli dan menjual
barang juga bertambah baik. Bisnes internet mendapat perhatian
daripada penjual dan pembeli di USA, Eropah, United Kingdom dan negara
maju yang lain.
Sebagai pasaraya virtual, eBay memberi peluang kepada penjual
memasarkan produk mereka ke serata dunia. Pembeli pula mempunyai
pilihan barangan dan harga yang berpatutan berbanding harga pasaran.
------------------------------------------------
m) Buit Duit Dengan MLM
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=997
------------------------------------------------
Pengarang : Norziati Mohd Rosman
Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Harga : RM 18.00
ISBN : 978-983-3586-34-9
Sinopsis
Ketahui cara menjadi menjadi orang biasa yang mendapat pendapatan luar
biasa.
Industri MLM mencatat untung pada tahun 1998 dengan jumlah jualan
sebanyak RM3.8 bilion. Ia mendorong rakyat Malaysia menceburi bidang
MLM bagi menjadi jutawan dan menjanjikan pulangan lumayan untuk
usahawan yang mengambil langkah tepat dalam bisnes MLM. Ketahui 52
rahsia menjadi usahawan MLM yang berjaya.
Antara rahsianya adalah:
* Mengenali syarikat
* Mengkaji pelan pemasaran
* Mengeluarkan modal
* Melakar pelan pendapatan bulanan
* Sentiasa menghubungi upline
* Hindari 6 perkara
* Membina rangkaian jualan
* Menghargai orang lain
* Prinsip 5S
Gaya penulisan yang bersahaja dengan contoh semasa akan membuat anda
membaca dan seterusnya bersetuju mempraktikkannya.
------------------------------------------------
n) Tabik Cikgu
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=998
------------------------------------------------
Pengarang : Fatimah Az-Zahra
Penerbit : PTS One Sdn Bhd
Harga : RM 16.00
ISBN : 978-983-3654-16-1
Sinopsis
Cikgu Mukhsin adalah seorang guru yang `cute'. Di sebalik wajah yang
comel terdapat sekeping hati yang kental seperti WAJA. Dia baru
berpindah ke sebuah sekolah persendirian. Di sana dia menjadi guru
kelas tingkatan 2 Terbilang kerana guru asal cuti bersalin. Masalahnya
sekolah elit ini menempatkan anak-anak orang kaya kelas atasan dan
pertengahan yang manja dan mewah. Mereka cerdik-cerdik belaka tapi
mereka sombong dan tidak terdidik.
Cikgu Mukhsin datang membawa perubahan. Membuat anjakan paradigma. Dia
mendekati dan menawan hati mereka. 19 orang pelajar itu akhirnya cair
dan jinak. Melalui Cikgu Mukhsin mereka belajar mengenal Tuhan dan
akhirat. Mereka teringat semula nasihat-nasihat yang paling terkesan
dalam hati mereka. Mereka mula menceritakan sedikit pengalaman hidup
masing-masing. Selama ni semakin mereka meningkat remaja semakin
banyak kebaikan orang kepada mereka yang telah mereka lupakan.
Terutamanya kebaikan Tuhan. Cikgu Mukhsin membuka semula minda mereka.
Cerita ini meliputi kisah suka, duka, cinta monyet, pergaduhan, lawak
jenaka, kasih guru dan murid, sejarah, sains dan teknologi, ilmu
pengetahuan, pengalaman dan perasaan kita sebagai hamba Tuhan yang
lemah. Cerita zaman remaja yang indah berwarna-warni seperti pelangi.
------------------------------------------------
o) Beriman Kepada Qadak & Qadar
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=999
------------------------------------------------
Pengarang : Abdul Hadi Awang
Penerbit : PTS Islamika
Harga : RM 12.00
ISBN : 978-983-192-198-2;
Sinopsis
"...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,
dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.
Dan ingatlah, Allah jualah yang mengetahui semua itu, sedangkan kamu
tidak mengetahuinya."
(Surah al-Baqarah, ayat 216).
Adakah perjalanan hidup ini sudah sedia termaktub dalam ketentuan
Tuhan yang maha pencipta? Adakah setiap insan hanya melaksanakan apa
yang diatur untuknya? Adakah setiap insan cuma berserah kepada apa
yang ditentukan ataupun mampu mengubahnya? Di manakah letaknya usaha
insan sekiranya hidup ini sudah ditentukan?
Buku ini mengupas persoalan hidup manusia yang bergantung pada
ketetapan yang maha pencipta. Sebagai Muslim, yakin dan percaya kepada
qadak dan qadar adalah salah satu daripada rukun iman. Beriman kepada
qadak dan qadar tidak menjadikan insan lemah dan malas, malah mampu
meningkatkan lagi produktiviti hidup. Di samping itu, ia menaikkan
martabat manusia ke peringkat iman yang tertinggi.
Buku ini diolah semula dengan pendekatan moden dan dikuatkan dengan
nas-nas al-Quran dan hadis. Antara perkara-perkara yang dibincangkan
adalah:
* Baik dan buruk berkaitan qadak dan qadar
* Orang kafir berhujah tentang qadar
* Hubungan antara akidah dengan ibadah dan akhlak
------------------------------------------------
p) Beriman Kepada Hari Akhirat
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=1000
------------------------------------------------
Pengarang : Abdul Hadi Awang
Penerbit : PTS Islamika
Harga : RM 22.00
ISBN : 978-983-192-186-9
Sinopsis
"Sesungguhnya hari Kiamat itu tetap akan datang, tidak ada syak
padanya, dan sesungguhnya Allah menghidupkan semula orang yang di
dalam kubur." (Surah al-Hajj, ayat 7).
Beriman kepada hari Akhirat dan segala perkara yang berlaku dalamnya
seperti manusia dibangkitkan semula, adanya perbicaraan dan sebagainya
adalah sebahagian daripada rukun iman. Ia wajib diyakini dengan
sepenuh hati walaupun tidak diketahui bila ia berlaku. Keyakinan ini
bersepadu antara akhlak, perundangan dan sistem hidup. Kesemua elemen
ini terangkum dalam maksud Islam yang menjadi nikmat yang
disempurnakan kepada manusia.
Buku ini mengupas secara terperinci mengenai hari Akhirat dan segala
peristiwa berkaitan yang berlaku sebelum kedatangannya. Setiap
peristiwa diperincikan dengan mudah dan disertakan dalil daripada
al-Quran serta hadis yang autentik. Antara topik-topik yang
dibincangkan adalah:
* Tanda-tanda kecil dan besar hari Akhirat
* Soalan-soalan mencabar di dalam kubur
* Mahkamah Padang Mahsyar
* Persinggahan sebelum ke syurga ataupun neraka
------------------------------------------------
q) Kepada Mu Ku Berserah
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=1007
------------------------------------------------
Pengarang : Soni Ade
Penerbit : PTS Litera Sdn Bhd
Harga : RM19.00
ISBN : 978-983-3892-03-7;
9789833892037
Sinopsis :
Ketika ronda-ronda keliling Jakarta, tanpa sengaja Teja bertemu
seorang gadis yang cukup mengusik hatinya. Namun, ada perkara lain
yang membuatkan Teja tidak mampu melupakan gadis itu. Apakah rahsia
yang gadis itu simpan hingga membuatkan matanya selalu kelihatan sayu?
Lala
begitulah nama yang Teja berikan, memiliki rahsia yang
membuatkan tatapannya sesekali nampak menerawang. Mampukah Teja
mencungkil rahsia itu dan membantu Lala bangkit dari kedukaannya?
Namun, untuk kembali bertemu Lala, Teja harus melalui jalan yang
berliku. Jejak Lala seolah-olah lenyap begitu sahaja, bayangan trauma
masa lalu terus menghantui. Semua rahsia itu hanya mampu terurai satu
demi satu hanya bila mereka berserah kepada-Nya....
------------------------------------------------
r) Namun Kupunya Hati
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=1001
------------------------------------------------
Pengarang : Zalisa Maz
Penerbit : PTS Fortuna
Harga : RM 27.00
ISBN : 978-983-192-201-9;
Sinopsis
Namun Kupunya Hati menyelami kisah Puteri yang tidak mendapat kasih
sayang seorang ayah. Cita-citanya bagi menjejakkan kaki ke menara
gading musnah apabila dia dipaksa berhenti sekolah oleh ayahnya pada
usia yang muda. Mengapa Puteri sering dianiaya dan disisihkan oleh
ayahnya? Adakah Puteri anak angkat? Apakah kesudahan kehidupan Puteri
yang sering berendam air mata sejak kecil? Novel Inspirasi, Namun
Kupunya Hati, menyingkap segalanya.
------------------------------------------------
s) Hikayat Amir Hamzah 1 : Menentang Jin di Bukit Qaf
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=1002
------------------------------------------------
Pengarang : Abdul Latip bin Talib
Penerbit : PTS Fortuna
Harga : RM 24.00
ISBN : 978-983-192-116-6;
Sinopsis
Hikayat Amir Hamzah mengisahkan peristiwa yang berlaku pada abad ke-7
sebelum kedatangan Islam hingga membawa kepada kedatangan Islam. Ia
menceritakan kegagahan dan keperwiraan seorang pejuang Islam bernama
Amir Hamzah. Pahlawan yang dimaksudkan dalam cerita ini ialah Saidina
Hamzah, pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud menentang
tentera Quraisy.
------------------------------------------------
t) Panduan Mengurus Makmal ICT Sekolah
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=1003
------------------------------------------------
Pengarang : Muhamad Surur bin Muhd. Dasuki, Iszamli Jailani
Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
RM 26.50
ISBN : 978-983-3586-63-9
Sinopsis
Kepentingan, keupayaan dan kemahiran menguasai Teknologi Maklumat dan
komunikasi adalah elemen penting yang perlu dimiliki oleh warga
pendidik dalam mengharungi dunia tanpa sempadan. Bagi meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah yang
berkesan, Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan kemudahan
infrastruktur Teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) di seluruh
sekolah secara berperingkat-peringkat.
Sebahagian besar sekolah-sekolah dibina makmal komputer dalam
rancangan Malaysia ke-8 bagi merealisasikan wawasan ini. Pendedahan
kepada ICT dilakukan secara terancang dan sistematik supaya budaya ini
dapat diterapkan dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih
praktikal dan positif.
Pembangunan ICT dalam pendidikan dirancang sepuluh tahun akan datang
bagi mencapai matlamat meningkatkan infrastruktur ICT, memperluas
akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT, meningkatkan sistem pentaksiran
dengan menekankan pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Matlamat seterusnya adalah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT
di kalangan pelajar, tenaga pengajar dan staf sokongan dalam
pengurusan pendidikan, penyelidikan dan pembangunan serta kerjasama
antara institusi pendidikan dengan masyarakat bagi membantu
memperkembangkan ICT dalam pendidikan.
Dalam mengurus makmal komputer, beberapa aspek pengurusan perlu diberi
perhatian seperti keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan
perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer.
------------------------------------------------
u) Aku Mahu Buli
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=1004
------------------------------------------------
Pengarang : Ain Maisarah
Penerbit : PTS One Sdn Bhd
Harga : RM 16.00
ISBN : 978-983-3653-10-9
Sinopsis
Aku Mahu Buli mengisahkan nasib seorang pelajar baru bernama Mimi
Monira yang baru sahaja berpindah ke Sekolah Menengah Sri Bangsar.
Mimi Monira tidak tahu mengenai kewujudan sekumpulan pelajar yang
berpengaruh dalam sekolah itu yang juga dikenali sebagai Kumpulan The
Wannababes.
Tiada pelajar yang berani duduk di meja khas untuk kumpulan itu. Oleh
kerana tidak tahu, Mimi telah duduk makan di situ secara tidak sengaja
lalu mengundang kemarahan ahli kumpulan itu. Kesalahan Mimi menyebut
nama kumpulan itu membuatkan mereka naik angin dan bertekad
melancarkan rancangan bagi membuli Mimi Monira.
Badan Mimi yang agak gemuk menyebabkan Mimi dipanggil badak air.
Apakah rancangan The Wannababes dan berjayakah Mimi Monira menghadapi
mereka?
------------------------------------------------
v) Setengah Berisi Setengah Kosong
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=1005
------------------------------------------------
Pengarang : Parlindungan Marpaung
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
Harga : RM 22.00
ISBN : 978-983-3603-42-8
Sinopsis
Agar Minda Sentiasa Positif & Hidup Lebih Bermakna.
Sebagai manusia, kita berhadapan dengan realiti perubahan emosi yang
tidak dapat dijangka apabila berhadapan dengan satu situasi. Ada
kalanya kita bersemangat dan ada kalanya murung. Ada kalanya kita
ceria, gembira dan ada kalanya sedih. Ada kalanya kita rasa optimis
dan ada kalanya pesimis.
Apakah faktor yang menentukan respons kita pada situasi itu?
Jawapannya adalah PERSPEKTIF.
Setengah Berisi, Setengah Kosong? menyajikan kisah-kisah inspirasi
yang mampu membetulkan perspektif kita terhadap apa jua situasi yang
dihadapi. Lebih daripada itu, kisah-kisah inspirasi yang dimuatkan di
dalam buku ini dapat membangunkan dan memacu rasa optimistik dalam
hidup. Rasa optimistik yang membangkitkan kesedaran bagi mengenali
masalah dan respons terbaik kepada masalah itu. Rasa optimistik yang
membangkitkan rasa percaya, setiap masalah dan cabaran dapat diatasi.
Rasa optimistik yang membina kekuatan untuk berhadapan dengan perkara
negatif secara positif. Rasa optimistik yang apabila berhadapan dengan
situasi buruk, namun masih mengharapkan yang terbaik. Mempunyai alasan
untuk rasa geram, tetapi memilih untuk tersenyum.
======================================================
Beritahu Kami Apa Yang Anda Fikirkan?
======================================================
pihak kami amat berminat hendak mendengar sebarang komen mengenai
buletin bagi isu ini. Hantarkan komen, soalan dan idea untuk keluaran
seterusnya.Pihak kami juga ingin dapatkan pandangan mengenai promosi
apa yang pihak Anda inginkan daripada e-Kedai.net : Kedai Buku Online Anda
Emailkan kepada :
mailto:[EMAIL PROTECTED]
Maklum balas daripada Anda amat dialu-alukan
======================================================
Hak Cipta Terpelihara BOOK PRO SALES & DISTRIBUTORS 2008
======================================================
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".
Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/