Inilah yang berlaku di Senawang sekarang ini. Maksiat
berleluasa tanpa siapa pun berani menegur. Walhal
sudah ada peruntukan dalam undang-undang Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam serta Pihak Berkuasa Tempatan iaitu
“Kelakuan Tidak Senonoh di Khalayak Ramai”. Apakah
bala yang akan menimpa Senawang, semoga Allah
menyelamatkan kita dari kemurkaanNya

Harian Metro 4 Feb 2008. Pasangan kekasih tidak hirau
jiran
SEREMBAN: Gelagat sepasang kekasih bermesra tanpa
segan silu atas pangkin di hadapan rumah mereka di
sebuah taman perumahan di Senawang, di sini,
menyebabkan penduduk terutama jiran terdekat meluat.

Pasangan yang berusia 19 dan 21 tahun itu berkelakuan
tidak senonoh bukan saja pada malam hari, malah turut
dilihat jiran pada waktu siang. 

Mereka tidak menghiraukan langsung pandangan orang
ramai termasuk kanak-kanak yang duduk berhampiran dan
melalui jalan di hadapan rumah mereka di taman
perumahan itu. 

Seorang jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Zaleha,
40, berkata gelagat gadis yang bekerja di sebuah
kilang di Senawang itu sudah berlaku sejak kira-kira
lima bulan lalu. 

Menurutnya, mereka tidak segan silu bermesra di
khalayak ramai, malah ibu bapa mereka yang menyedari
perbuatan itu seolah-olah tidak menghalang perbuatan
pasangan terbabit.

“Ibu bapa mereka membiarkan saja gelagat anak mereka
itu dan ketika jiran bertanya mengenai perkara
berkenaan, mereka memberitahu lelaki itu mempunyai
hubungan saudara dengan mereka. 

“Bagaimanapun jika melihat aksi dan kemesraan mereka
berdua agak keterlaluan menyebabkan ramai jiran
terdekat tidak selesa dengan aksi pasangan itu,”
katanya di sini, semalam.

Zaleha berkata, dia kesal kerana ibu bapa mereka tidak
menghalang perbuatan anak masing-masing sebaliknya
bersubahat yang mungkin akan mendorong lelaki itu
melakukan perbuatan lebih buruk.

Menurutnya, ibu bapa sepatutnya membimbing anak mereka
dengan kelakuan yang baik dan disenangi ramai tetapi
mereka membiarkan aktiviti tidak sihat itu sedangkan
remaja terbabit tidak mempunyai sebarang ikatan
perkahwinan. 

“Saya sebagai jirannya berasa tidak senang dengan
gelagat pasangan remaja terbabit kerana khuatir akan
mempengaruhi pemikiran anak remaja saya yang sedang
membesar,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Bahagian Penguat Kuasa
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
(Jheains) ketika dihubungi, berkata aktiviti seperti
itu tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh mendorong
berlakunya perkara maksiat yang lebih buruk.

“Ibu bapa bertanggungjawab memantau dan menasihatkan
anak remaja masing-masing supaya tidak melakukan
perbuatan yang menyalahi agama kerana bukan saja
memberi imej tidak baik kepada keluarga malah
masyarakat,” katanya. 

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20080204124759/Article/index_html




    Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com  Laman Web Pemuda PAS NS 
www.sriminang.com & Pemuda PAS Seremban www.pemudapasseremban.net 
  Reformis Muda http://amkns.blogspot.com  & Blog Cikgu Badrul 
http://chegubard.blogspot.com 





      
____________________________________________________________________________________
Be a better friend, newshound, and 
know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.  
http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ 



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke