Polling pengunjung mykhilafah
    Assalamualaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh, 
    Tuan/Puan yang dihormati
    Pada bulan lepas mykhilafah telah membuat kajian persampelan terhadap 
pengunjung mykhilafah, temanya bekenaan dengan isu semasa yang sering 
digembar-gemburkan dalam media massa arus perdana, kerana pada permerhatian 
pihak kami ada 'pattern' khusus dalam setiap laporan tentang rapat umum ajuran 
BERSIH dan HINDRAF oleh media arus perdana.
    Soalan yang kami kemukakan adalah amat ringkas iaitu;
  Isu perkauman sengaja diperbesar-besarkan oleh pemerintah untuk kepentingan 
pilihan raya mereka;
  Sangat Setuju!             76.79% (493)
  Setuju!            10.75% (69)
  Mungkin          5.76% (37)
  Tidak Pasti!     1.40% (9)
  Tidak Setuju!   5.30% (34)
     Jawapan yang diberikan oleh pengunjung laman web itu adalah seperti yang 
kami jangkakan iaitu ramai pengunjung sangat bersetuju bahawa sememangnya 
pemerintah sekarang sengaja membesar-besarkan isu ini demi kepentingan politik 
parti mereka. Tambahan pula ada laporan polis yang dibuat oleh Pemuda PAS 
berkenaan isu ini, sebagaimana didakwa satu surat pelan tindakan UMNO tentang 
isu perkauman ini, untuk bacaan lanjut sila KLIK DI SINI.
     Seterusnya jika kita melihat media arus perdana sekarang seperti media 
cetak Utusan Malaysia, Berita Harian dsbnya, dan juga media elektronik seperti 
RTM dan TV3 sering melaporkan berita-berita keprihatinan pemerintah terhadap 
rakyat, elaun untuk orang tua dan sebagainya, serta sebagai tempat untuk 
berkempen bagi pihak parti kerajaan dan memburuk-burukkan parti pembangkang. 
Malahan, parti pembangkang langsung tidak diberikan tempat dan ruangan untuk 
menjelaskan kedudukan perkara yang sebenar. Maka kami dari pihak mykhilafah 
sekali lagi berminat ingin mendengar pendapat dari anda. 
    Media arus perdana hanyalah alat dan dipergunakan oleh parti pemerintah 
untuk memburukkan parti lain
   
              Setuju!
              Mungkin
              Tidak Pasti
              Tidak Setuju!
   
  Sila kunjungi mykhilafah dan suarakan pendapat anda, dalam ruangan mengundi, 
sebarang cadangan anda juga boleh menulis kepada kami dengan menghubungi [EMAIL 
PROTECTED] 
    Sekian terima kasih
    

Yang benar
  Webmaster Mykhilafah
  

Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah 
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis 
Ada yang menghisabnya. 

Ahmus


       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Kirim email ke