Bukhari : xx
   
  Dari Abu Hurairah ra :
  Rasul SAW bersabda :
  Semua UMMATku masuk syurga kecuali mereka yang ENGGAN.
  Sahabat ra bertanya :
  Siapakah mereka yang enggan itu, wahai Rasulullah SAW.
  Rasul SAW menjawab :
  Sesiapa mentaati ku, ia masuk syurga.
  Sesiapa mengingkari ku, bererti ia enggan.
   
   
  Muslim : 1410
  Dari Abdullah Ibnu Umar ra :
  Rasulullah SAW bersabda :
  Dunia ini hanyalah sementara.
  Sebaik2 dunia yang sementara ini, adalah isteri yang solehah.
   
  Hadis Abu Hurairah r.a katanya: 
Rasulullah s.a.w bersabda: Sebaik-baik wanita yang menunggang unta salah 
satunya ialah wanita Quraisy yang soleh dan yang keduanya ialah wanita Quraisy 
yang berbuat baik kepada anak yatim yang masih kecil dan mengurus sendiri 
keperluan suaminya 
  Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4589
   
   
  Hadis Anas r.a katanya: 
Rasulullah s.a.w pernah di dalam perjalanannya berkata kepada seorang pelayan 
berkulit hitam bernama Anjasyah yang sedang memandu kenderaan yang dinaiki oleh 
isteri-isteri Nabi. Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Wahai Anjasyah! 
Perlahankanlah kenderaan. Berlaku lembutlah kepada kaum wanita 
  Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4287
  

Bawang Goreng <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
   
  Hentikan mentaliti perempuan melayan lelaki 
  Oleh: Siti Fatimah Abd Rahman, Fellow Kanan IKIM

  

  Teknik `Cakaran Harimau' yang dicadangkan oleh seorang penceramah baru-baru 
ini mendapat liputan muka depan akhbar ini. Teknik urutan ini dikatakan boleh 
menambat hati suami. Keesokan harinya, dilaporkan pula bahawa ramai wanita 
menghubungi penceramah itu untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang 
tip tersebut. 
  
   
  Berita ini juga diterima dengan amat baik oleh lelaki. Ini terpancar dari 
ruangan Senyum Kambing (oleh kerana karakternya lelaki, maka ia diandaikan 
mewakili golongan lelaki) yang menyentuh hal ini selama dua hari berturut-turut 
dan komen Awang Selamat dalam ruangan Bisik-bisiknya pada hari kedua. Reaksi 
positif lelaki ini tidaklah menghairankan. Tambah pula, merekalah yang bakal 
mendapat banyak manfaat darinya. 
  
   
  Agak menghairankan bila mana tip seumpama itu diberikan dalam satu seminar 
untuk golongan setiausaha yang majoritinya wanita. Bukankah mereka sepatutnya 
diberi pendedahan dan ilmu terkini tentang bagaimana untuk menjadi setiausaha 
yang lebih berkesan? Saya yakin, tip seumpama ini tidak akan diberikan ketika 
meraikan sesuatu yang bersifat maskulin, Hari CEO, misalnya. Malah, tiada siapa 
yang terfikir untuk memberikan tip seumpama itu dalam majlis tersebut. 
  
   
  Sambutan yang amat positif terhadap tip ini menggambarkan mentaliti 
masyarakat kita. Mentaliti `perempuan perlu melayan lelaki' ini nampaknya masih 
menebal dan meluas. Kalau 20 tahun dahulu, ceramah agama menekankan kepada 
keperluan isteri melayani suami sebaik-baiknya, itu dapat diterima. Mentelah 
pula, pada masa itu, rata-rata penceramahnya adalah lelaki. Tetapi, pada tahun 
2004 ini, bila anjuran yang sama masih dibuat, malah oleh penceramah wanita 
pula, saya merasa sedih dengan hala tuju masyarakat Melayu Islam di Malaysia 
ini. 
  
   
  Melayan suami memang menjadi tanggungjawab isteri. Tiada seorang wanitapun, 
khususnya wanita Islam, yang tidak tahu tentang hal ini. Di rumah, sejak kecil 
lagi anak perempuan melihat cara ibunya melayan bapa. Dari sini mereka belajar 
tentang peranan seorang isteri. 
  
   
  Bukan itu sahaja, anak perempuan juga dibesarkan dengan fahaman bahawa mereka 
perlu melayan adik-beradik lelaki. Siapkan makan, lipatkan baju, kemaskan meja 
dan segala-galanya. 
  
   
  Mentaliti perempuan melayan lelaki ini terbawa-bawa dalam persekitaran 
pejabat. Dalam mesyuarat, wanita yang mesti berkhidmat kepada lelaki. Dari 
menutup pintu mesyuarat, mengambil minit, menutup atau memasang suis lampu dan 
sebagainya. Malah, dalam majlis-majlis tertentu, wanita juga yang membawa buku 
cenderamata untuk diberi kepada VIP atau membawa penggelek untuk mengeringkan 
dakwat pen selepas menandatangani MOU. 
  
   
  Oleh kerana berjayanya proses penanaman fahaman ini, saya kira, cukuplah 
didikan seumpama itu. Wanita tidak melayan suami bukanlah satu isu yang 
kritikal dalam masyarakat kita di abad ke-21 ini. Ada isu yang lebih besar lagi 
dalam hubungan keluarga, khususnya keluarga Melayu Islam. Misalnya, suami yang 
lepas tangan terhadap nafkah keluarga hanya kerana isteri bekerja, ayah yang 
tidak memberi nafkah anak-anak selepas bercerai, keibubapaan yang kurang 
penglibatan bapa, isteri-isteri yang digantung tidak bertali dan sebagainya. 
  
   
  Kini bukanlah masanya untuk memberi penekanan kepada keperluan isteri melayan 
suami. Kini adalah masanya untuk mengingatkan kaum lelaki tentang peranan 
mereka memelihara wanita, bukan semata-mata menerima layan kelas pertama dari 
wanita. Tidak dinafikan bahawa isteri wajib melayan suaminya. Namun, hubungan 
rumah tangga bukanlah jalan sehala. Sebagai manusia, wanita juga perlukan 
layanan yang mesra dari suami.
  
   
  Sikap timbal balas amat penting dalam hubungan suami-isteri seperti maksud 
ayat 187, Surah al-Baqarah, yang bermaksud, Mereka adalah pakaian kamu dan kamu 
adalah pakaian buat mereka. Tetapi usaha untuk memantapkan hubungan 
suami-isteri sering kali ditujukan kepada wanita, sedangkan Allah berfirman 
dalam surah an-Nisaa, ayat 19, khusus untuk lelaki yang bermaksud, Dan 
bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. 
  
   
  Malangnya, kita tidak mendengar seruan ini sekerap mendengar nasihat supaya 
isteri menyambut kepulangan suami dengan berhias cantik dan senyuman yang 
manis. Apa yang lebih malang, adab menyambut suami ini masih ditekankan di 
zaman wanita sama-sama keluar bekerja dan dalam banyak kes, pulang ke rumah 
pada masa yang sama dengan suami! 
  
   
  Ketika Haji Widak, Rasulullah s.a.w. juga berpesan yang antara lain 
bermaksud, Bertakwalah (takutlah) kepada Allah dalam urusanmu dengan wanita. 
Mereka berada dalam pemeliharaanmu. Kamu telah mengambil mereka sebagai amanah 
dari Allah dan mereka dihalalkan untuk kamu dengan nama Allah. 
  
   
  Akhlak yang baik terhadap mereka bukan hanya bermaksud tidak menyakiti dan 
menganiaya mereka tetapi juga menanggung segala kesusahan, bersabar dan 
mengikut contoh Rasulullah s.a.w. (Riwayat Ibn Majah. Diterjemah dari rujukan 
Inggeris). 
   
  Walaupun hadis ini sahih, tetapi, amat jarang kita mendengar hadis ini 
dikupas oleh penceramah agama. 
  
   
  Sebenarnya, banyak lagi hadis yang menekankan kepada tanggungjawab lelaki 
dalam memelihara hubungan kekeluargaan. Namun, ia jarang diketengahkan. Mungkin 
kerana dalam ceramah yang khalayaknya lelaki, isu rumah tangga, jarang disentuh 
kerana, sekali lagi, fahaman yang berakar umbi bahawa rumahtangga adalah domain 
wanita. 
  
   
  Jadi, hanya ayat-ayat atau hadis-hadis yang menekankan tentang tanggungjawab 
wanita sering diketengahkan manakala ayat-ayat dan hadis-hadis yang menekankan 
tentang tanggungjawab lelaki terhadap rumah tangga terus terkubur dari 
pengetahuan umum. 
  
   
  Demi hubungan kekeluargaan, khususnya hubungan suami-isteri yang lebih adil 
dan produktif di masa depan, utamakanlah penyebaran dan penerimaan ilmu yang 
lebih seimbang. Memang benar, maklumat yang sensasi dapat menarik perhatian, 
tetapi maklumat yang sebenar, dapat mengubah minda dan hala tuju masyarakat.
  
  Sumber: www.ikim.gov.my & Utusan Malaysia 23/04/2004
  

-- 
- BawangGoreng -
*********************************************
http://bawangorengnet.blogspot.com
http://bawangoreng.multiply.com




       
---------------------------------
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Kirim email ke