Tersentuh hati ini , seorang yang kurang upaya sanggup berjemaah ke masjid, menunggu sejam untuk melintas jalan, semata-mata mengharapkan keredhaan Allah. Begitu mulia hati orang kurang upaya ini, lebih mulia dari mereka yang berilmu tapi tidak beramal. Apa alasan nak ku beri pada Allah setiap kali tidak berjemaah di masjid atau surau ?
Gadai nyawa lintas jalan SEREMBAN: Seorang lelaki kurang upaya terpaksa memperjudikan nyawa setiap kali melintas jalan dari bandar ini untuk ke Masjid Jamek Seremban sejauh kira-kira 30 meter dekat Jalan Datuk Bandar Tunggal di sini, sejak hampir 15 tahun lalu. Shaari Sidek, 41, yang menghadapi masalah untuk berjalan berkata, dia ke masjid itu untuk menunaikan solat dan berehat pada setiap hari termasuk pada cuti umum. Katanya, bagi memastikan keselamatan terjamin, setiap kali melintas, dia terpaksa menunggu kira-kira 30 minit untuk menyeberangi Jalan Datuk Bandar Tunggal. Semakin banyak kenderaan melalui jalan di hadapan Masjid Jamek menyebabkan pada hari tertentu, saya terpaksa mengambil masa sehingga sejam sebelum melintas, katanya ketika ditemui di sini, semalam. Menurut Shaari, dia mengharapkan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri menyediakan kemudahan kepada orang kurang upaya seperti lampu isyarat untuk melintas dengan selamat. Kemudahan yang disediakan itu dapat mengurangkan risiko orang kurang upaya atau warga emas ditimpa kemalangan ketika melintas untuk ke seberang jalan, katanya. Seorang peniaga restoran, Babji Baba, 49, berkata dia kerap melihat orang kurang upaya dan warga emas menghadapi kesukaran melintas untuk ke Masjid Jamek itu. Katanya, untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini, dia kerap meminta pekerjanya membantu golongan itu melintas dengan selamat. Kesukaran untuk melintas semakin ketara ketika solat Jumaat atau waktu makan tengah hari dan selepas waktu bekerja, katanya. Menurut Babji, pihak yang berkenaan diminta segera mengambil usaha keselamatan sebelum suatu perkara yang tidak diingini berlaku. Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerjaraya (JKR) negeri, Dr Roslan Md Taha, berkata pihaknya akan berbincang dengan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) bagi mengkaji dan melakukan usaha yang sesuai untuk menjamin keselamatan. Katanya, kajian itu perlu dilakukan untuk memastikan langkah keselamatan yang bakal disediakan itu sesuai dengan keadaan jalan serta keselesaan pengguna lain. http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20080214093537/Article/index_html Rozmal http://waghih.blogspot.com Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net Kelab AMAL NS http://amal-ns.blogspot.com Institut Kajian Angkasa http://ikam-space.blogspot.com Pusat Pendidikan As Saidiyyah http://puspa-ns.blogspot.com ____________________________________________________________________________________ Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now. http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online". Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

