Rakyat kelantan tak gelojoh. tapi orang luar kelantan yang Gelojoh. Selagi ado tok guru, pah bilo kelate tak ake kaloh denga BN.
Sapo kato pade????. Tok guru senyum jer "PAKAT KELiK NGUNDi", "Pade Doh !!" Posted on Wednesday, February 13 @ 16:06:00 MYT Oleh Adnil Mohd Kuala Lumpur -- Golongan muda wajib melakukan perubahan di Kelantan! Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini menggerakkan dua strategi khusus dalam usaha mengajak golongan muda yang berasal dari Kelantan agar melakukan perubahan pada pilihan raya umum ke-12 ini, dengan menolak kepimpinan Pas dan memberi peluang kepada BN untuk kembali memerintah untuk membawa lonjakan kemajuan. Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, selain menubuhkan Bilik Gerakan "Pakat Kelik Ngundi" (pakat balik mengundi), pergerakan itu turut memperkenalkan slogan "Pade Doh" dalam loghat Kelantan yang bermaksud cukuplah 18 tahun Pas memerintah negeri terbabit. Menurut ,beliau bilik gerakan "Pakat Kelik Ngundi", bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pengundi muda Kelantan yang berada di sekitar Lembah Klang untuk balik mengundi BN. "Kita difahamkan secara keseluruhanya lebih 50,000 golongan muda Kelantan berada di luar negeri terbabit dan lebih 30,000 daripada jumlah keseluruhan itu berada di sekitar Lembah klang. "Bilik gerakan ini akan menyediakan khidmat rujukan maklumat mengenai lokasi daerah dan pusat pembuangan undi pemilih Kelantan, daerah mengundi, peti undi dan juga jadual bantuan pengangkutan pada hari mengundi kelak. "Inilah sasaran kita untuk memastikan mereka dapat menunaikan tanggungjawab mereka terutama membawa arus perubahan di Kelantan yang telah diperintah Pas selama 18 tahun", katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, hari ini. Turut hadir Setiausaha Pemuda BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Bendaharinya, Datuk Abd Hamid Nazahar, Exco Pemuda UMNO, Datuk Sazmi Miah, Ketua Pemuda Kelantan, Dali Hussein dan Ketua-Ketua Pemuda bahagian Kelantan. Khairy yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO seterusnya berkata, bilik gerakan tersebut terbuka kepada penyokong BN dan mereka yang "di atas pagar" kerana Pemuda BN mahu memastikan bahawa mereka mengetahui segala maklumat berkaitan proses mengundi. Beliau berkata, golongan terbabit perlu mendapat maklumat agar mereka tahu bahawa kuasa untuk membuat perubahan adalah di tangan mereka dengan memilih demi masa depan negeri, ekonomi, sosial dan politik. Khairy seterusnya menambah, 'Pade Doh' pula, merupakan identiti Pemuda BN Kelantan untuk berkempen bagi memastikan misi menumbangkan kerajaan Pas Kelantan berjaya. "Pade Doh !!" adalah loghat Kelantan yang bermaksud "cukup lah" sebagai luahan rasa rakyat Kelantan yang sudah serik melihat gelagat rakus pemimpin Pas mencari kesenangan diri, manakala pada masa yang sama anak Kelantan menyaksikan kemunduran yang masih menyelubungi pelbagai pelosok negeri Kelantan. "Sudah lebih 18 tahun Pas memerintah Kelantan dan selama itulah Kerajaan Pas nampaknya masih membiarkan rakyatnya ketinggalan. Jangan ada keraguan lagi. Kali ini pangkah sahaja BN. "Cuba buat perubahan sekali, dan tengok lima tahun apa yang kita boleh buat di Kelantan dan banding selepas ini. Jangan 18 tahun pilih orang yang sama, pemimpin sama, Menteri Besar sama", katanya. Dalam perkembangan sama Khairy turut memberitahu, pergerakan itu akan mewujdukan satu perancangan khusus untuk golongan muda jika BN memenangi negeri terbabit pada pilihan raya umum nanti. "Saya akan berjumpa dengan Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa berhubung perkara ini yang merangkumi agama, sukan, sosial dan peluang ekonomi", katanya.
<<image001.jpg>>

