Alhamdulillah , masalah 2 bendera PAS yang hilang,
yang dipasang di jalan utama Rembau-Tampin berhampiran
pekan Rembau telah dapat diselesaikan dengan baik ,
semuanya dengan izin Allah. Berkat persefahaman antara
petugas PAS , petugas UMNO dan pihak polis ianya
berakhir dengan catatan sejarah yang unik di Rembau.

Apa yang menyentuh hati ialah petugas PAS dan petugas
UMNO pada akhirnya dapat berdailog membincangkan
permasalahan sebenar di Rembau. Pihak PAS juga meminta
pihak UMNO Rembau agar menegur pimpinan PAS di Rembau
ini sekiranya ada petugas PAS yang bertindak mengikut
perasaan semasa berkempen, dan begitulah sebaliknya.

Lebih menyentuh perasaan apabila Timbalan Pengarah PAS
DUN Chembong telah memberi kesedaran kepada orang
penting UMNO di DUN Chembong, sekiranya dia meninggal
dunia nanti, yang akan memikul jenazah dia bukan orang
lain, orang PAS macam dialah yang akan memikul jenazah
dia. Begitu juga jika dia sendiri yang meninggal dunia
nanti, bukan orang lain yang akan memikul jenazah dia,
tapi orang UMNO jugalah yang akan pikul jenazah dia.
Mendengarkan kata-kata Timbalan Pengarah PAS DUN
Chembong , orang UMNO tadi mengalirkan air mata.

Akhirnya orang UMNO tadi meminta maaf atas perbuatan
mereka serta memulangkan satu bendera PAS, yang satu
lagi kata mereka, mereka akan pulangkan bila jumpa
nanti.

Oleh itu PAS Kawasan Rembau menyeru kepada semua
petugas parti yang akan bertanding di Rembau ini iaitu
PAS, PKR dan UMNO, agar sentiasa mematuhi
undang-undang. Bertindaklah secara professional bukan
emosional, terutamanya golongan muda. Dengarlah
nasihat orang tua dalam parti yang mempunyai banyak
pengalaman.

Gunakan pendekatan kempen yang berhemah, yang mesra
rakyat iaitu “soft campaign”. Jauhi kempen yang
keterlaluan iaitu “harsh campaign”. Lepas pilihanraya
nanti, yang beria-ia kempen tu , dah tak duduk Rembau
lagi dah. Mereka akan balik tempat mereka
masing-masing. Yang tinggal ialah kita di Rembau ini.
Sanggupkah kita biarkan orang luar berkempen
melaga-lagakan orang Rembau, selepas pilihanraya
mereka lari dari Rembau , membawa diri masing-masing ?

Sayanglah tanah Rembau ini. Sayanglah tanah adat di
Rembau ini. Jangan digadaikan walau seinci tanah adat
di Rembau ini. Sama-samalah kita majukan Rembau ini.
Kita , PAS Kawasan Rembau tidak menolak sebarang
kemajuan di Rembau ini. Tetapi biarlah kemajuan di
Rembau ini memberi rahmat , memberi keberkatan dan
mendapat keredhaan ALLAH swt yang dapat dikecapi oleh
semua warga Rembau sehingga ke anak, cucu , cicit
hinggalah ke hari kiamat.



    Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com  
  Rembau http://rembau-hari-ini.blogspot.com 
  Anak Muda Kampung http://amkns.blogspot.com 





      
____________________________________________________________________________________
Looking for last minute shopping deals?  
Find them fast with Yahoo! Search.  
http://tools.search.yahoo.com/newsearch/category.php?category=shopping


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke