BUKU ISU-ISU SYARIAH DI MALAYSIA
Alhamdulillah, buku ISU-ISU Syariah DI MALAYSIA Siri 1 berjaya diterbitkan.
Buku ini adalah hasil koleksi tulisan Saudara Presiden Hj Zainul dan Puan
Nurhidayah Hashim yang telah disiarkan dalam Berita Harian sepanjang tahun 2005
sehingga 2007.
Buku ini berjaya diterbitkan pada 14 Jun yang lepas oleh pihak UPENA (Pusat
Penerbitan UiTM) dan majlis jualan pertamanya adalah semasa Konvensyen Peguam
Syarie pada 14 Jun 2008.
Muka depan buku
Muka belakang buku
Sebahagian isi kandungan buku
Buku ini dipasarkan oleh pihak UPENA dengan harga RM46.00 dengan 215 mukasurat.
Isi kandungan buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu, Isu-isu
melibatkan Perkahwinan dan Perceraian, Isu-isu Kehakiman dan Mahkamah Syariah
dan bahagian tiga berkenaan isu-isu umum yang melibatkan Syariah di negara
kita.
Antaranya adalah mengenai kes Lina Joy, Nyonya Tahir, Rayappan, Isteri didera,
pusaka, harta sepencarian, gangguan seksual, mahkamah syariah menangguh kes dan
sebagainya.
Sepanjang bulan Julai ini dan dengan tujuan promosi, bagi sesiapa yang berminat
boleh mendapatkannya di Sekretariat PGSM di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala
Lumpur dengan harga RM 37.00 sahaja. Sebahagian keuntungan jualan akan
disalurkan kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
Jika ada yang berminat mendapatkannya, sila ke Sekretariat PGSM atau
hubungi saya= Puan Nurhidayah di 013-3606369
Sebarang penghantaran pos akan dikenakan tambahan RM3.00
Regards
Puan Hidayah