Pagi tadi dalam perjalanan ke Pasar Ampangan , saya dan isteri ternampak kereta
Proton Saga berwarna hitam plet NCC tertulis dengan besar menggunakan stiker
pelekat khas di cermin belakang belakang JOM KE MASJID yang dibuat sendiri.
Begitu mudah pemilik kereta tadi mendapat pahala apatah lagi di bulan Ramadan
yang penuh berkat ini. Dan jika mereka yang membacanya tergerak hati hendak ke
masjid untuk beribadat maka pemilik kereta tadi akan mendapat pahala orang yang
pergi ke masjid tadi.
Sekarang menjadi “trend” pemilik kereta untuk menghiasi kereta mereka dengan
pelbagai stiker-stiker pelekat.
Tetapi di kalangan pencinta-pencinta Islam begitu kurang yang menghias kereta
mereka dengan kata-kata untuk mengajak manusia ke arah kebaikan dalam dunia
yang penuh mencabar ini.
Semoga lebih ramai lagi akan mencontohi sikap pemilik kereta JOM KE MASJID tadi
agar masyarakat kita akan menjadi masyarakat yang tawadhuk, berkasih sayang,
tolong menolong, maaf memaafkan, menjaga kebersihan dan lain-lain sikap terpuji
hanya semata-mata mengharapkan keredhaan ALLAH.
Hanya Dengan Mengingati ALLAH Jiwa Kita Akan Tenang
Rozmal bin Malakan
waghih.blogspot.com
------------------------------------
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/
Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/