----- Original Message ----- 
From: Rosmawati Zainal 
To: [EMAIL PROTECTED] ; [EMAIL PROTECTED] ; [EMAIL PROTECTED] ; [EMAIL 
PROTECTED] ; MARS ; Zaid Ahmad ; Alin Rosli ; Azmi Takaful ; Saiful Bahri Mohd 
Marzuki ; zulkifli saad BNM ; Dr Sabirin Arshad ; dieana ; Dr Fauzah ; Eddy 
Rashdan ; Nik Elaini ; Elya ; fitri Aziz ; Roslili Ghouse ; hamidon ; ismail JG 
; jeffri ; LIZA MUFTI ; Mohd Nazir Ismail ; mohd nazri ; Najman Zainudin ; 
Mohammed Azhar Osman Khairruddin ; zainab Mat 
Sent: Saturday, September 06, 2008 9:28 PM
Subject: [NaqibNet-Operasi] SAUDARA BARU ADALAH SAUDARA KITA....



"Tuan...saya hanya perlukan sedikit pendahuluan untuk memulakan hidup kami 
sekeluarga. Saya dipanggil memulakan kerja baru di Melaka. Saya takde apa pun 
sekarang sebagai bekalan...." rayuan seorang saudara baru kepada kami di 
Hidayah Centre. 

"Sebelum ni encik kerja di mana ye?" tanya saya.

"Saya sebelum ni mempunyai bisnes sendiri bersama seorang partner dari bangsa 
yang sama dengan saya (India). Alhamdulillah, hidayah sampai kepada saya dan 
saya memeluk Islam selepas anak-anak saya. Saya mahu anak2 saya didedahkan 
dengan agama Islam yang sangat menarik hati saya. Sekarang saya, isteri dan 
anak2 sedang sama-sama memulakan kehidupan mengikut cara Islam. Namun, bisnes 
partner saya langsung tak menyukai penghijrahan saya ini. Bila dia dapat tahu 
saya telah mengubah keyakinan terhadap agama sebelum ni, pejabat telah ditukar 
kunci dan saya tak dibenarkan bekerja. Saya telah dimaki hamun dan keluarga 
saya telah diugut. Tiba-tiba selepas tu, saya telah jatuh sakit dengan kaki 
yang sangat bengkak. Saya telah ke hospital beberapa kali untuk berubat tapi 
masih tak pulih. Saya langsung tak dapat bekerja sehingga saya tiada sumber 
pendapatan untuk menyara keluarga saya ini. Akhirnya seorang sahabat membantu 
membawa saya ke sebuah Pusat Perubatan Islam dan alhamdulillah sakit saya mulai 
sembuh. Tuan,saya sedar mak, ayah dan adik beradik saya tidak suka saya memeluk 
Islam. Saya sendiri memang tak suka nak bergaduh dan berperang mulut dengan 
mereka atau mengambil apa-apa tindakan undang-undang atas kejadian yang menimpa 
saya " jelasnya panjang lebar.

"MasyaAllah encik..begitu besar cabaran yang encik hadapi. Sekarang encik 
sekeluarga tinggal di mana?" tanya kami lagi.
"Alhamdulillah, dengan pertolongan seorang rakan masjid, saya telah diberi 
menduduki sebuah rumah sementara berhadapan dengan masjid. Saya berharap sangat 
dapat mendalami Islam bila hidup berdekatan dengan pusat agama." terangnya 
kepada kami.

"Saya memohon jika dapat dipinjamkan sedikit pendahuluan bagi saya memulakan 
hidup di tempat baru, insyaAllah bila saya dapat gaji nanti saya akan 
membayarnya secara ansuran."....

Menangis saya di dalam hati bila bertemu dengan saudara seagama yang terpaksa 
memohon wang bagi memulakan kehidupan. Yang dimintanya hanya sekadar memenuhi 
keperluan asas mereka. Pandang diri kita....tergamak tak kita untuk meminta 
jika tidak kerana terpaksa...Bayangkan pulak bagaimana malunya dia untuk 
meminta tapi terpaksa....

Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Anas R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: 
"Barangsiapa yang berjalan untuk memenuhi keperluan saudaranya yang muslim, 
maka Allah menulis untuknya dengan setiap langkah 70 kebaikan dan menghapuskan 
darinya 70 kejahatan. Jika keperluan saudaranya dipenuhi, di mukanya akan 
keluar dosa-dosa seperti pada hari ia dilahirkan oleh ibunya dan jika ia mati 
dalam perjalanan itu maka ia masuk Syurga tanpa dihisab"

Sudilah apa kiranya sahabat-sahabat semua menyumbang ke MAJLIS BERBUKA PUASA 
HIDAYAH CENTRE yang akan diadakan pada 20 September 2008 bersamaan 20 Ramadhan 
1429H. Silalah hubungi kami di talian 03-41089669/41073379 atau Encik Dhany 
012-9307522/ Pn Rosmawati 019-2386333. 

Berilah sokongan padu anda terhadap usaha-usaha kami di Hidayah Centre. 
Saudara-saudara baru adalah saudara kita semua.


Rosmawati Zainal
Sekretariat Majlis Berbuka Puasa Hidayah Centre 
http://ummiroses.blogspot.com





 

Kirim email ke