Salam
   
   
    Sahih Muslim Hadith 1473 :
  ====================
    Dari Abu Hurairah ra :
  Rasulullah SAW bersabda :

  Dua orang saling memaki, dosanya atas orang yang memulakan, selama yang 
dimaki itu tidak membalas berlebihan.

   
   
  Sabda Rasulullah SAW :
  Apabila seseorang mencaci keburukan mu, JANGANLAH kamu mencacinya kembali.
  Kerana pahalanya untuk kamu, dan kecelakaan untuk nya.
   
  ( Petikan : Hadith 2 Hukum - ms 19 )
   
  Sabda Rasulullah SAW :
   
  Sesiapa yang mengajak kepada kebaikan, beginya pahala sebanyak pahala orang 
yang mengikutinya, tanpa dikurangkan pahala mereka..
   
  Sesiapa yang mengajak kepada kesesatan, beginya dosa sebanyak dosa orang yang 
mengikutinya, tanpa dikurangkan dosa mereka..
   
  ( Petikan : Hadith 2 Hukum - ms 19 )
   
  SodaqaRasulullah SAW
   
  Firman Allah SWT :
   
  Aku berlinding dengan Allah dari syaitan yang direjam
  Dengan Nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.
   
  [8.48] Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan 
mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut 
mereka dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia 
yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong 
kamu". Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) 
masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil 
berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu 
tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat 
berat azab seksaNya". 
   
   
  [7.38] Allah berfirman: "Masuklah kamu ke dalam neraka bersama-sama umat-umat 
yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang 
masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka 
semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan 
yang pertama di antara mereka: "Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah 
menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda 
dari (azab) neraka". Allah berfirman: "Kamu masing-masing disediakan (azab 
seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui". 
   
  [7.39] Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, 
kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman 
Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah 
berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah 
usahakan". 
   
  SodaqaAllahul3adzim
   
  WAllahua3lam
  Wassalam
  Hizamri
   
  

   var callCount = 0; function rmvScroll( msg ) {  if ( ++callCount > 10 ) { 
msg.style.visibility = "visible"; }    if ( callCount  msg.clientHeight ) {   
newHeight = msg.scrollHeight + delta;  }  delta = msg.offsetWidth - 
msg.clientWidth;  delta = ( isNaN( delta )? 1 : delta + 1 );  if ( 
msg.scrollWidth > msg.clientWidth ) {   newWidth = msg.scrollWidth + delta;  }  
msg.style.overflow = "visible";  msg.style.visibility = "visible";    if ( 
newWidth > 0 || newHeight > 0 ) {   var ssxyzzy = document.getElementById( 
"ssxyzzy" );   var cssAttribs = ['#' + msg.id + '{'];   if ( newWidth > 0 ) 
cssAttribs.push( 'width:' + newWidth + 'px;' );   if ( newHeight > 0 ) 
cssAttribs.push( ' height:' + newHeight + 'px;' );   cssAttribs.push( '}' );   
try {    ssxyzzy.sheet.deleteRule( 0 );    ssxyzzy.sheet.insertRule( 
cssAttribs.join(""), 0 );   } catch( e ){}  } } function imgsDone( msg ) // for 
Firefox, we need to scan for images that haven't set their width yet {  var 
imgList =
 msg.getElementsByTagName( "IMG" );  var len = ((imgList == null)? 0 : 
imgList.length);  for ( var i = 0; i      
       

Kirim email ke