Saya ingin mengulas kenyataan akhbar yang dibuat oleh Datuk Seri Mohamad Hasan 
dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 10 September 2008 yang bercanggah , dimana 
beliau pada mulanya menyatakan beliau tidak takut dengan 16 September kerana 
pasti tidak akan ada wakil rakyat BN melompat parti. 

Tetapi selanjutnya Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan kalau berlaku juga, 
kemungkinan pilihan raya akan diadakan semula dan beliau yakin BN akan perolehi 
kerusi yang lebih besar.

Jika diadakan pilihanraya semula beliau yakin UMNO akan menawan semula 
Ampangan, Sikamat dan Paroi, manakala MCA dan Gerakan akan menawan semula  
Chuah, Nilai dan Senawang, serta MIC bagi Port Dickson. 

Persoalannya ialah jika beliau begitu yakin BN akan menawan semula beberapa DUN 
di Negeri Sembilan ini mengapa perlu tunggu tarikh 16 September 2008 atau 
menunggu wakil rakyat BN melompat parti ? Beliau sepatutnya membubarkan Dewan 
Undangan Negeri Sembilan dengan seberapa segera untuk membuktikan bahawa 
sokongan rakyat kepada BN semakin kuat di Negeri Sembilan ini.

Kenyataan tersebut menggambarkan Barisan Nasional di Negeri Sembilan ini begitu 
panik dengan perkembangan politik yang berlaku di peringkat pusat.

Malah kekecohan politik di Negeri Sembilan pula tidak menunjukkan Barisan 
Nasional khususnya UMNO di negeri ini mendapat sokongan majoriti memandangkan 
beberapa ahli politik di Negeri Sembilan ini menghadapi pertuduhan rasuah. Ini 
diburukkan lagi dengan beberapa insiden kekecohan semasa mesyuarat UMNO di 
peringkat cawangan.

Pakatan Rakyat Negeri Sembilan sebelum ini juga telah membantah perjalanan 
Sidang Dewan Undangan Negeri dimana sistem penggiliran soalan oleh wakil rakyat 
telah tidak dilaksanakan seperti di parlimen. Ini menunjukkan bahawa wakil 
rakyat dari Pakatan Rakyat tidak bebas untuk bertanyakan soalan untuk 
kepentingan rakyat di kawasan yang diwakili mereka.

Walaubagaimanapun bagi pihak PAS Negeri Sembilan kita telah mengarahkan semua 
jentera pilihanraya di peringkat DUN dan Parlimen untuk membuat persiapan yang 
rapi dan lengkap untuk menghadapi pilihanraya dalam masa yang terdekat ini 
serta memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam Pakatan Rakyat untuk 
mempastikan kemenangan rakyat dan kemajuan negeri ini secara keseluruhannya.

Zulkefly Mohamad bin Haji Omar
Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
http://zulkeflyomar.blogspot.com 





      

------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke