Datuk Seri Mohamad Hassan mendakwa baru-baru ini bahawa dia diberitahu ADUN BN 
di N.Sembilan ditawarkan wang yang banyak untuk menyertai Pakatan Rakyat. 
Apakah benar apa yang dikhabarkan kepada Datuk Seri Mohamad Hasan ?

Jika Pakatan Rakyat mempunyai wang yang begitu banyak kenapa tidak dibantu 
sahaja ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang seramai 15 orang di N.Sembilan untuk 
menambahkan mutu perkhidmatan mereka membantu rakyat ? Kalau kita pergi ke 
pejabat ADUN Sikamat, Ampangan dan Paroi kita dapati pejabat mereka tidaklah 
secanggih pejabat ADUN-ADUN BN. 

Kebanyakkan peralatan pejabat kena guna duit elaun ADUN sendiri atau sumbangan 
orang ramai. Tak percaya pergi tengok sendiri. Tapi walaupun ADUN Pakatan 
Rakyat di N.Sembilan ini tidak mempunyai peruntukan yang banyak , mereka tetap 
turun padang mendengar keluhan rakyat dan menyalurkan keluhan mereka ini kepada 
agensi yang berkaitan.

Jadi , jika bukan tawaran wang yang banyak, apakah yang ditawarkan kepada ADUN 
BN ini, terutamanya ADUN UMNO ? Apakah tawaran menjadi Menteri Besar Negeri 
Sembilan ? Jika 3 ADUN UMNO di N.Sembilan ini menyertai Pakatan Rakyat , bekas 
ADUN UMNO ini sudah ada majoriti untuk dilantik sebagai Menteri Besar jika 
dinilai dari sudut kelebihan kerusi kerana pada ketika ini PKR hanya ada 2 
kerusi ADUN Melayu dan PAS hanya ada 1 kerusi ADUN Melayu.

Jadi apakah tawaran tersebut ? Atau mereka semua ingin perubahan pentadbiran 
kerajaan negeri demi untuk kebaikan rakyat jelata ?

Petikan The Star :  Mohamad said he was told some Barisan assemblymen were 
being enticed with “lots of money” to join the Opposition. 
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2008%2F9%2F10%2Fnation%2F1989226
 



      

------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke