Selasa 16 September 2008 , jam 5:45 petang, saya baru sampai ke rumah di Taman 
Alamanda, Senawang pulang dari kerja. Sebaik sahaja masuk taman, diperhatikan 
longgokan sampah di hadapan beberapa rumah yang dikumpulkan oleh pekerja 
kontraktor yang ditugaskan untuk memungut sampah.

Telah beberapa kali kedengaran kelemahan pengurusan sampah di Negeri Sembilan, 
bukan sahaja di Senawang, malah di beberapa taman lain sekitar Seremban, 
termasuk di Rembau. Sampah yang sepatutnya dikutip 3 kali seminggu, adakalanya 
dikutip seminggu sekali sahaja.

Selepas berbuka puasa tadi, kedengaran jiran saya sedang mengadu kepada pekerja 
yang mengutip sampah yang mengumpulkan semua sampah di jalan tersebut di 
hadapan rumahnya. Akibatnya apabila sampah dimasukkan ke dalam lori sampah, 
lori sampah memampatkan sampah di hadapan rumahnya. Keluarlah air-air sampah 
yang berlendir, lekit, pekat likat, berbau. Lebih menjijikkan lagi dan 
meloyakan selera yang baru lepas berbuka ialah ratusan ulat-ulat sampah yang 
menggeliat-menggeliat di atas jalanraya di hadapan rumahnya.

Hendak dimarahkan pekerja bawahan yang mengutip sampah , apakan daya. Kerana 
telah diketahui umum bahawa kerajaan Negeri Sembilan berhutang jutaan ringgit 
kepada kontraktor yang dilantik untuk mengutip sampah. Kalau dah hutang untuk 
mengutip sampah tidak dibayar, macamana kontraktor hendak menjalankan tugas 
dengan sempurna, mempastikan sampah dikutip setiap 3 kali seminggu untuk 
mengelakkan sampah berulat dan lori sampah tidak berlebih muatan yang 
menyebabkan air sampah akan meleleh keluar di sepanjang jalan terutamanya 
apabila mengambil selekoh.

Tapi haruskah kita sebagai pengguna yang membayar cukai pintu RM 252.60 setahun 
menanggung risiko kesihatan akibat pengurusan sampah yang bertambah teruk di 
Negeri Sembilan ini ? Apakah disebabkan beberapa orang yang tidak membayar 
cukai pintu, yang menjadi mangsa ialah mereka yang membayar cukai pintu ? 

Masalah kebersihan dan kesihatan penduduk haruslah diberi keutamaan yang 
tertinggi dibandingkan dengan mencantikkan kawasan bandar Seremban dengan 
lampu-lampu yang berwarna warni, skrin televisyen besar, menukar bunga dan pasu 
bunga dari masa ke semasa. 

Andaikata keperluan asas kebersihan dan kesihatan penduduk terutamanya sistem 
pengurusan sampah telah berjalan sempurna barulah dilaksanakan lain-lain projek 
untuk mencantikkan bandar Seremban ini. Apa gunanya bandar Seremban ini dihiasi 
dengan lampu yang berwarna warni dengan pelbagai bentuk seperti ketupat, bulan 
, bunga dan sebagainya , tetapi penduduk saban hari terjejas kesihatan mereka 
akibat pengurusan sampah yang saban hari semakin teruk.

Penduduk haruslah diberi penjelasan dimana silapnya sistem pengurusan sampah , 
adakah pihak berkuasa tempatan di negeri ini menanggung beban hutang yang 
banyak akibat ramai yang tidak membayar cukai pintu, atau keutamaan tidak 
diberikan terhadap sistem pengurusan sampah ?

Jika tidak penduduk di negeri akan semakin kecewa dan tidak mustahil semakin 
ramai akan keberatan untuk membayar cukai pintu.

Rozmal bin Malakan
Seremban
http://waghih.blogspot.com 





      

------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke