Biasanya kalau nak cari mee kuning yang diusahakan bumiputera memang begitu 
sukar di Seremban dan mungkin seluruh Negeri Sembilan. Kalau perlu saya akan ke 
Pasar Ampangan , ada satu gerai yang jual mee kuning yang dia buat sendiri. 
Kalau kena musim perayaan atau hujung minggu kena berbaris panjang untuk 
dapatkan mee Melayu Pasar Ampangan.

Mee Pasar Ampangan ni memang sedap, tak ada rasa bahan pengawet atau rasa 
berasid . Kadang-kadang anak saya makan mee tu mentah-mentah sebab sedap kata 
mereka.

Baru-baru ini jumpa kawan lama, bekas ahli PIBG SRIAS. Tanya dia , apa khabar 
seorang lagi bekas ahli PIBG SRIAS, Yusof namanya. Dulu sama kerja kilang 
dengan dia di Senawang. Katanya dia dah berhenti kerja dan berniaga sendiri , 
tapi tak tahu berniaga apa.

Kemudian saya telefon Yusof, dia kata sedang buat mee kuning. Rupanya dia 
memproses dan memasarkan mee kuning , baru 1-2 bulan. Sambutan katanya 
menggalakkan , dia hantar kedai runcit sekitar Senawang. Saya pun jumpalah dia 
di kedainya depan KFC Taman Tasik Jaya. Dia sedang memproses mee dengan dibantu 
isterinya sahaja.

Pada saya , apa yang dilakukan oleh Yusof dan isteri adalah merupakan ibadah 
pahala yang besar ertinya untuk umat Islam , kerana ramai umat Islam sekitar 
Seremban dan N.Sembilan begitu sukar untuk mendapatkan mee yang diusahakan oleh 
bumiputera.

Menariknya jenama mee kuning beliau ialah NISAA. Saya tanya Yusuf , apa yang 
saya boleh bantu. Katanya sekarang dia belum boleh nak meluaskan pasaran 
walaupun sambutan menggalakkan kerana kekurangan modal , jadi dia usahakanlah 
dulu dengan apa yang ada.

Saya tertarik dengan kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan baru-baru ini yang 
mengatakan kerajaan negeri ini mahu jawatan kontrak ditambah di semua agensi 
kerajaan dan pihak berkuasa tempatan bagi meringankan beban rakyat yang 
berhadapan krisis pekerjaan ( Utusan Malaysia 9 Okt 2008 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1009&pub=utusan_malaysia&sec=selatan&pg=ws_03.htm&arc=hive
 )

Memang ini salah satu usaha untuk membantu mereka yang menganggur atau yang 
diberhentikan kerja.

Disamping itu usaha haruslah diperhebatkan untuk membantu mereka yang ingin 
berniaga, bertani, berternak, berladang dan sebagainya. Walaupun telah ada 
banyak agensi yang membantu seperti MARA, Majlis Agama, TEKUN dan sebagainya, 
tetapi usaha perlu diperhebatkan dengan turun ke padang mencari mereka yang 
berpotensi untuk mengembangkan perniagaan. Apabila perniagaan dapat 
dikembangkan , maka akan banyak lagi peluang pekerjaan akan wujud.

Saya juga tertarik dengan laporan berita Radio IKIM yang mengatakan Presiden 
Korea mengeluarkan kenyataan menggesa agar rakyatnya banyak berbelanja dalam 
negeri dan mengurangkan berbelanja di luar negara untuk menangani krisis 
ekonomi global yang semakin meruncing.

Kepada mereka sekitar Senawang atau Seremban yang ingin mencuba Mee Kuning 
NISAA pek 500 gm bolehlah mendapatkannya di :

Yusof Food Enterprise
19 , Jalan Bunga Raya 7
Taman Tasik Jaya 
Senawang
Tel : 012-2050792




      

------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke