http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_business.php?id=364261

  13 Oktober, 2008 20:01 PM


*Bank Negara Serbu Empat Syarikat Disyaki Terlibat Dalam Kegiatan
Pengambilan Deposit Haram*

**

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia menyerbu empat
syarikat hari ini yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengambilan deposit
secara haram dan pengubahan wang haram.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara berkata empat syarikat itu ialah
Buluhmas Enterprise Sdn Bhd, Jazmeen (M) Sdn Bhd, Noradz Travel and Services
Sdn Bhd dan Eastana Farm Industries Sdn Bhd, yang beroperasi di Kuala
Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Aset-aset dan dokumen bekaitan syarikat itu dirampas untuk tujuan
penyiasatan.

Serbuan itu dibuat berikutan aduan orang ramai.

Bank Negara akan menjalankan siasatan ke atas operator syarikat terbabit
mengikut Seksyen 25(1) Akta Institusi Kewangan dan Perbankan (BAFIA) 1989
dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan
Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Jika sabit kesalahan, operator skim berkenaan boleh dipenjara tidak lebih 10
tahun atau denda tidak lebih RM10 juta atau kedua-duanya mengikut BAFIA.

Denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau
kedua-duanya pula boleh dikenakan ke atas pesalah mengikut Seksyen 4(1)
AMLATFA 2001.

Bank Negara menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan skim
pelaburan wang yang dianjurkan menerusi Internet, panggilan telefon atau
seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak berlesen atau
dibenarkan oleh Bank Negara untuk menerima deposit atau menjalankan urus
niaga tukaran asing.

Senarai semua institusi berlesen yang menerima deposit boleh didapati di
laman web Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my.

-- BERNAMA


-- 
Amanah2u BLOG
http://islamicfinance2u.blogspot.com

FACEBOOK
http://www.facebook.com/profile.php?id=523313603&ref=profile#/profile.php?id=523313603&v=info&viewas=523313603

GALLERY 1
http://www.new.facebook.com/profile.php?id=523313603&v=photos

GALLERY 2
http://picasaweb.google.co.uk/islamicfinance2u/

Thanks & regards

FATKURRADZI JAMIL
BA Hons Accounting (UK), Dip in Accountancy (UiTM)
Islamic Unit Trust Consultant

Mobile | +6013 391 2695

Skype | fatkurradzi   Yahoo Messenger | fatkurradzi    Google Talk |
islamicfinance2u

Kirim email ke