Bila YB Dato’ Shaziman , Menteri di Kementerian Air , Tenaga dan Komunikasi 
merangkap Ahli Parlimen Tampin , Negeri Sembilan nak turun Senawang ? Bukan apa 
, saya dah tak dapat menenangkan hati penduduk di Paroi dalam Parlimen Rembau 
berpunca dari projek yang dilaksanakan oleh Kementerian Air , Tenaga dan 
Komunikasi ( Rujukan http://www.ktak.gov.my )

Projeknya ialah Projek Rangkaian Paip Pembentungan Kuala Sawah , Seremban di 
bawah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) , Kementerian Air , Tenaga dan 
Komunikasi berharga RM 98.88 juta yang bermula pada 8 Mei 2006 dan sepatutnya 
dijadualkan siap pada 7 November 2008 ( Rujukan : 
http://www.satriadesa.com/proj_current/ongoing_list.html )

Seorang penduduk di Senawang menghubungi saya , marah-marah mengatakan air 
najis kumbahan masuk ke dalam rumahnya akibat limpahan dari lubang kumbahan 
pada jalanraya ketika hujan lebat pada petang 15 Oktober 2008.

Apalah sangat yang boleh saya buat , saya pun utarakan masalah tersebut kepada 
Pengurus IWK dan Pengurus kontraktor yang dilantik mengendalikan projek 
tersebut , juga saya utarakan ke wakil rakyat ADUN Paroi ( Rujukan : 
http://mohdtaufek.blogspot.com ) , nak saya ajukan masalah pada Ahli Parlimen 
Rembau , dia tak kenal saya ( Rujukan :  http://www.rembau.net.my ) , lagi pun 
saya tak nak ganggu dia yang sedang menumpukan masa untuk bertanding jawatan 
Ketua Pemuda UMNO. Nak saya adukan pada Pusat Khidmat Parlimen Rembau , jauh 
sangat kat pekan Rembau ( Rujukan : http://parrembau.blogspot.com )

Jadi harap sangatlah YB Dato’ Shaziman turun padang , terangkan sendiri 
perkembangan projek ini kepada penduduk di Parlimen Rembau ini , mungkin boleh 
bawa bersama saudara YB , yang juga Ahli Parlimen Rembau tu.

Yang penduduk pun saya kesian tengok , rumah masuk air najis kumbahan , yang 
kontraktor pun saya kesian tengok , kontraktor Melayu , pekerjanya ramai orang 
Melayu. Jadi eloklah kita bincang sama mana masalahnya , apa yang pihak 
kementerian boleh bantu penduduk , apa yang pihak kementerian boleh bantu 
kontraktor. Terangkan juga bila projek ini akan siap , adakah mengikut jadual. 
Saya pun tak pasti samada Ahli Parlimen Rembau ada mengutarakan masalah ini 
dalam sidang parlimen.

Sebelum ni pun banyak rungutan penduduk setempat mengenai projek ini yang 
mengganggu kehidupan harian mereka di Harian Metro 
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Wednesday/Setempat/20070110101230/Article/indexm_html
 dan Blog 
http://waghih.blogspot.com/2007/01/projek-menyusahkan-rakyat-negeri.html 

Rozmal Malakan
http://waghih.blogspot.com 



      

------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke