Ahad 19 Oktober 2008 jam 6:45 pagi , ketika sedang menggosok baju sekolah anak 
saya menonton siaran Bicara Mufti di TV 1 yang disampaikan oleh Ustaz Kipli Hj 
Yassin , Ketua Penolong Mufti Sarawak. Topiknya ialah mengenai judi , berkisar 
mengenai kepentingan untuk membanteras judi di kalangan umat Islam.

Antara yang disentuh ialah kelemahan penguatkuasaan untuk mengawal kegiatan 
judi di kalangan umat Islam. Juga disentuh ialah kelemahan kempen menjauhi 
najis judi di kalangan umat Islam.

Lalu dibenak fikiran saya , sambil seterika berada di tangan ialah kenapa tidak 
diadakan perang habis-habisan kempen Tak Nak Judi di kalangan umat Islam , 
sepertimana diadakan Kempen Tak Nak Rokok ? Sedangkan yang judi itu untuk umat 
Islam adalah dosa yang amat besar , sama seperti meminum arak , menyembah 
berhala dan bertenung nasib.

Yang paling penting umat Islam harus menjauhi judi kerana ALLAH yang suruh. 
Kemudian barulah diterangkan akan keburukan judi ini. Antaranya tidak pernah 
kita dengar umat Islam dapat mendidikan anak-anak yang berjaya hingga ke menara 
gading hasil mereka menang judi. Tapi yang selalu kita dengar ialah suami-suami 
umat Islam yang suka berjudi hingga terabai tanggungjawab mereka sebagai suami 
dan bapa.

Macamana boleh tak mana-mana pihak yang ingin membela Islam menubuhkan Tabung 
Tak Nak Judi ?

Sebelum ini saya pernah menulis satu artikel seorang pakcik Cina tua di pekan 
Senawang yang tidak suka main judi , tapi berjaya membesarkan anak-anaknya 
dengan tulang empat kerat di sini 
http://waghih.blogspot.com/2006/01/yang-berjudi-orang-melayu-bukan-orang.html 

Sementara itu PAS Kawasan Rembau pun pernah menghantar surat kepada Pihak 
Berkuasa Tempatan mendesak agar mereka mempastikan undang-undang sivil sedia 
ada dikuatkuasakan sepenuhnya untuk Pengawalan Rumah Judi dan Penjualan Minuman 
Keras di sini 
http://pasns.blogspot.com/2007/05/pengawalan-rumah-judi-dan-penjualan.html 

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak pernah mengeluarkan kenyataan 
meminta kerajaan mengurangkan hari jualan loteri dibuka – dari tiga hari 
sekarang kepada dua hari saja dan dalam tempoh jangka panjang, hanya beroperasi 
sehari sahaja dalam seminggu. Langkah MTUC Sarawak itu sebagai menyokong gesaan 
Persatuan Cina Bahagian Kuching dan Samarahan yang turut meminta supaya 
kekerapan cabutan loteri dikurangkan kerana ia menjejaskan masyarakat dan 
golongan berpendapatan rendah.  ( Rujukan 
http://www.malaysiakini.com/letters/38057 )

Saya juga berasa hairan kenapa tidak pernah atau jarang sekali kita dengar ada 
orang Islam di Negeri Sembilan ini yang ditangkap dan dihadapkan di mahmakah 
kerana berada di kedai judi tambahan secara terbuka pula. 

Sedangkan mengikut Seksyen 79 (A), Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 
(pindaan 2003) BERJUDI ATAU BERADA DI PREMIS JUDI  Jika sabit kesalahan boleh 
dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau 
kedua-duanya sekali.

Adakah tiada langsung penguatkuasaan oleh pihak Jabatan Agama Islam di Negeri 
Sembilan atau mereka kekurangan tenaga penguatkuasa ? Perkara ini pernah 
dilaporkan dalam artikel “ Ke mana perginya Jabatan Agama N Sembilan?” (Rujukan 
: http://www.malaysiakini.com/letters/33931 )

Lagi keluhan pembaca Utusan Malaysia mengenai kedai judi di pekan Rembau yang 
dikunjungi majoriti orang Islam yang tiada pengawalan langsung oleh Pejabat 
Agama walaupun ianya terletak berhampiran dengan balai polis dan pejabat agama 
( Rujukan 
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/01/polis-dan-pejabat-agama-rembau-perlu.html
 )

Dalam situasi yang kita hadapi sekarang ini , dengan kemelut ekonomi dan 
politik pada ketika ini banyak Tabung yang perlu ditubuhkan. Antara yang perlu 
diberi perhatian serius oleh semua umat Islam ialah Tabung Tak Nak Judi , untuk 
menggiatkan lagi kempen tak nak judi di kalangan umat Islam serta memberi 
kesedaran kepada umat Islam bahawa mereka boleh bersuara untuk membantah dan 
melaporkan kejadian judi di kalangan umat Islam di kawasan mereka.


Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com  


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke