Ramai mereka yang saya kenal menghidap demam Chikungunya , termasuk ayah saya. 
Saudara saya di Kg Gadong , Rembau satu keluarga menghidap demam ini. Di Melaka 
dan beberapa tempat di Negeri Sembilan dengar ceritanya ramai yang diserang 
demam ini. Ada yang mendapat rawatan di hospital kerajaan, ada yang pergi ke 
klinik swasta.

Sampai ada yang tak nak balik kampung , kerana takut dijangkiti penyakit ini.

Sejauh mana demam Chikungunya ini sedang melanda Malaysia tidaklah diketahui. 
Apakah ianya sudah menjadi epidemik atau endimik , juga tidak diketahui.

Apakah demam Chikungunya ini merupakan bala , musibah atau wabak , hanya ALLAH 
yang Maha Esa yang lebih mengetahui.

Di Malaysia kesedaran rakyat masih amat kurang berkenaan demam ini. Rata-rata 
penduduk Malaysia sudah semakin kurang bergotong royong , menjaga kebersihan 
taman perumahan dan kampung-kampung untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk 
yang menyebarkan demam Chikungunya.

Begitu juga kesedaran apa yang harus dilakukan jika diserang demam ini. Mereka 
semata-mata bergantung kepada ubat yang dibekalkan klinik dan hospital tanpa 
mengambil inisiatif untuk mencari kaedah pemakanan yang sesuai untuk menangani 
penyakit ini.

Antara yang disyorkan kepada mereka yang menghidap demam ini ialah banyak minum 
air kosong , banyak makan sayur mentah dan buah terutama tomato, minum air 
barli . minum teh herba. Dikatakan juga air kelapa juga adalah baik untuk 
rawatan demam Chikungunya ( Rujukan : 
http://www.ayurvedictalk.com/coconut-water-could-be-the-best-solution-to-chikungunya/806/
  )

Penghidap demam ini harus mengelak dari mengambil Aspirin. Juga kurangkan garam 
dalam makanan , kurangkan gula , kurangkan mengambil susu dan produk dari 
tenusu , kurangkan makanan yang berlemak atau berminyak. Elakkan minum teh , 
kopi , air berkarbonat. 

Justeru itu semua pihak haruslah mengambil inisiatif untuk memberi penerangan 
kepada rakyat Malaysia mengenai demam ini. Walaupun demam ini jarang membawa 
maut tetapi pesakit yang menghidap demam ini mengalami sakit sendi yang serius 
dan ada yang ke tahap kritikal sendi bengkak-bengkak sampai tidak dapat 
bergerak.

Rujukan lain :
http://aches.in/naturalcuresarthritis.html 
http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20060702055302AASpKqv 
http://ailments.in/chikungunya.html 

Rozmal Malakan
http://waghih.blogspot.com 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke