Mungkin sebab UMNO tiada di Sarawak , PBT di sana menjaga sensitivi penjualan 
arak di kawasan majoriti Melayu. Tapi UMNO di Negeri Sembilan tak kisah semua 
ini , mereka lebih rela bergaduh , baling kerusi untuk berebut jawatan. Yang 
menjadi mangsa ialah umat Islam di Negeri Sembilan

Peneroka Felda di N.Sembilan terkenal dengan ketagihan arak , video lucah dan 
lain-lain gejala sosial (Rujukan 
http://pasns.blogspot.com/2007/04/peneroka-felda-ns-ketagih-arak.html ) . Namun 
Pengerusi MAINS yang juga MB sendiri hanya sibuk mempertahankan UMNO. Takut 
UMNO berkubur di Negeri Sembilan , tapi tak takut orang Melayu Negeri Sembilan 
semakin jauh dari Islam.

Sarawak juga sebelum ini begitu tegas mengeluarkan lesen judi, tapi di Negeri 
Sembilan orang Melayu bebas melanggani kedai judi.

*********************************************************
Lesen Jual Arak Tidak Diberi Di Kawasan Majoriti Melayu Di Sarawak 

KUCHING, 8 Nov 2008 (Bernama) -- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sarawak tidak 
akan memperbaharui atau mengeluarkan lesen baru penjualan arak di kawasan 
majoriti penduduk Islam bagi membendung masalah ketagihan arak di kalangan 
remaja Melayu.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam Sarawak Datuk Daud Abdul Rahman berkata walaupun 
tindakan itu tidak sama sekali menyelesaikan masalah tersebut tetapi ia dapat 
mengurangkan masalah sosial itu secara berperingkat.

"Kami sudah memaklumkan secara lisan bahawa tidak ada lesen dikeluarkan di 
kawasan majoriti penduduk Islam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambahan pula, Daud berkata badan bukan kerajaan (NGO) dan Jabatan Agama Islam 
Sarawak (JAIS) akan membincangkan kaedah pendekatan secara menyeluruh bagi 
membendung masalah ketagihan arak di kalangan pemuda Melayu di negeri ini.

Mengenai langkah kerajaan negeri mengatasi masalah itu berikutan kematian 
seorang pelajar Melayu dari Kampung Astana di sini, katanya adalah agak sukar 
mengawal penjualan arak di kawasan yang didiami ramai penduduk bukan Melayu.

"Sensitif kaum lain perlu diambil kira terlebih dahulu," katanya.

Pelajar tersebut, yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 
(SPM) minggu depan, mati ditikam oleh sekumpulan pemuda yang dipercayai mabuk 
di Tebingan Sungai Kuching di sini Khamis lalu.

Mengenai pelaksanaan cadangan mengehadkan penjualan arak di kawasan majoriti 
penduduk Islam akhir tahun ini, Daud berkata rancangan itu masih menunggu 
kelulusan Pejabat Peguam Besar Negeri.

Sebelum ini, Daud dipetik sebagai berkata jika cadangan itu diluluskan maka ia 
akan dilaksanakan di kawasan yang mempunyai 80 peratus majoriti penduduk Islam.

Sejak 2003, sebilangan wakil rakyat di kawasan majoriti penduduk Islam di sini 
telah mencadangkan supaya undang-undang penjualan arak dipinda atau 
undang-undang baru digubal bagi membendung dengan lebih berkesan penjualan 
bahan itu secara haram.

Antara cadangan ialah mengenakan hukuman denda maksimum RM5,000 atau setahun 
penjara atau kedua-duanya sekali ke atas pihak yang disabit kesalahan menjual 
arak secara haram.

Buat masa ini, hukuman bagi kesalahan itu merupakan denda antara RM100 dan 
RM150 mengikut undang-undang kecil kecil Majlis Perbandaran Kuching (Pelesenan 
Pelbagai Peniagaan) dan Majlis Daerah Luar Bandar Kuching (Plesenan Pelbagai 
Perniagaan).

-- BERNAMA  
 
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=370288 



      

------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke