Inilah masalah sebenar bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia ini. Sibuk membincangkan masalah Yoga , ketuanan Melayu , Hak Raja Melayu , Papan Tanda Jalan Melayu , Babi dll. Akhirnya kita lupa masalah sekeliling kita , masalah penagih dadah Melayu , masalah pengangguran Melayu , masalah peniaga Melayu , masalah graduan Melayu. Kini masalah pesakit muslim HIV yang dibela oleh mubaligh Kristian di Malaysia.
Jangan salahkan mubaligh Kristian. Jangan salahkan JAKIM. Jangan salahkan pendakwah Islam. Jangan salahkan AJK masjid. Mereka semua yang bertanggungjawab akan ditanya dalam kubur dan akhirat nanti. Salahkan diri kita sendiri yang “Menang Sorak , Kampung Tergadai”. Sekarang masa untuk banyakkan bekerja , kurangkan bercakap. Sekarang masa untuk banyakkan menyumbang , kurangkan meminta-minta. Sekarang masa untuk banyakkan berdoa , kurangkan memgkritik. Sekarang masa untuk banyakkan melihat kelemahan diri , kurangkan melihat kelemahan orang. Pelbagai berita masalah rakyat di http://amkns.blogspot.com ********************************** Muslim HIV di rumah Mubaligh Kristian 26hb November 2008, Batu Arang – ABIM telah menyertai rombongan dari Pusat Jagaan Baitul Fiqah ke rumah penempatan pesakit yang menghidapi penyakit HIV yang ditempatkan di rumah Mubaligh Kristian yand dinamakan ‘Welcome Community Home’. Rombongan turut disertai oleh beberapa sukarelawan GPTD dan pelajar-pelajar UNISEL. Apa yang menariknya di sini majoriti pesakitnya adalah muslim tetapi ia diletakkan di bawah jagaan mubaligh kristian itu. Tujuan kami ke sini adalah untuk berkenalan dan berkongsikan pengalaman bersama mereka serta mendapatkan info tentang mereka untuk diberikan bantuan susulan. Rata-rata mereka adalah sudah berkeluarga tetapi telah ditinggalkan. Ada juga di antara mereka yang telah berkahwin dan mempunyai anak tetapi tidak boleh bersekolah kerana status kerakyatan dan sebagainya. Oleh itu, menjadi peranan kita sebagai umat Islam yang berkemampuan membantu sesama muslim seperti mereka supaya mereka dapat di jaga dan di pantau terutamanya dari segi akidah mereka kerana mereka berada di bawah jagaan mubaligh tersebut. Sumber : http://gptd.blogspot.com/2008/11/muslim-hiv-di-rumah-mubaligh-kristian.html ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

