----- Original Message ----- From: Sekretariat Rayuan Qurban To: Naqibnet Operasi ; NaqibNet Diskusi ; [EMAIL PROTECTED] ; [EMAIL PROTECTED] ; [EMAIL PROTECTED] Cc: [EMAIL PROTECTED] ; [EMAIL PROTECTED] ; [EMAIL PROTECTED] Sent: Monday, December 01, 2008 1:05 PM Subject: [NaqibNet-Operasi] ~ Raya Haji Dah Dekat !!! Sudahkah Anda Berqurban???~
Ayuh, JOM QURBAN untuk mereka yang lebih memerlukan. SIAPA??? Anak kecil yang mengharapkan hidangan selain dari ikan kering... Seorang ayah yang hampir tidak berdaya... Seorang ibu yang setia meneladani anaknya... Kais pagi makan pagi... Kais petang makan petang... Rezeki yang belum pasti. Sumbangan yang dinanti-nantikan oleh semua penderma budiman... Kepada semua penderma budiman, jazakumullahu khairan katheera di atas sumbangan dan sokongan yang diberikan kepada kami. Mudah-mudahan sumbangan kecil yang dihulurkan ini dapat mengurangkan keperitan, kesusahan dan kesengsaraan umat Islam yang berada di Sudan, Palestin, Mindanao, Selatan Thailand, Afghanistan, Sri Lanka, Indonesia, Kemboja, Vietnam dan Pakistan. Ayuh!!! Kita ada 01 Hari lagi untuk bersama dalam program Qurban JIM ini. (Atas permintaan ramai, kami membuka ruang dan peluang kepada semua penderma budiman untuk bersama dalam program Qurban JIM sehingga esok, 02/12/2008. Manfaatkanlah bersama peluang keemasan ini.) JOM QURBAN !!! Bagi yang terlepas peluang berqurban kerana kesuntukan kewangan, jangan risau ia tidak akan berlaku lagi pada tahun hadapan. Daftarlah dengan program tabungan qurban 1430H melalui emel tabungan.qurban1430 [EMAIL PROTECTED] . Atau hubungi Ibu pejabat JIM untuk maklumat lanjut ditalian +603-41089669 @ +603-41053159. Makluman, emel [EMAIL PROTECTED] ada masalah teknikal. Mohon semua emelkan ke personal emel Sekretariat Qurban & Aqiqah JIM ; [EMAIL PROTECTED] @ [EMAIL PROTECTED] Marilah kita bersama-sama mengembleng diri, keluarga, kariah, pejabat dan organisasi kita untuk merebut peluang keemasan ini disamping membantu saudara seIslam yang sangat memerlukan di seluruh dunia. Terima kasih di atas perhatian yang diberikan. Sekian, _ _ Jun Sekretariat Rayuan Qurban 1429H +603-4105 3159 @ +603-41089669

