Kepada para-para donator dermawan yang dirahmati Allah SWT,
Persiapan
akhir sedang pesat dilaksanakan oleh partner NGO ACT Malaysia di
Mindanao, Mindanao True Word Association (MTWA) untuk melaksanakan
qurban dalam
30 ekor lembu dari Malaysia (setakat ini) pada Eidul Adha
ini. Survey-survey tapak pelaksanaan yang terdiri dari majoritinya
kawasan penempatan sementara pelarian perang di Mindanao Tengah. Untuk
makluman, sebanyak tambahan 30 ekor lembu lagi diuruskan oleh MTWA bagi
pihak Dompet Dhuafa Indonesia dengan koordinasi pihak saya di Malaysia.
Dompet Dhuafa Indonesia juga menyumbang atas dasar solidariti ummah
dengan umat Islam Mindanao.
InsyaAllah persiapan-persiapan itu
termasuklah pendataan penerima (recepients), sekuriti, pengangkutan,
penyediaan banner, tukang-tukang sembelih dan sebagainya. Komunikasi
dengan taukeh-taukeh lembu juga diteruskan kerana biasalah di dalam
last minute ini ramai lagi yang akan menyumbang. Komitmen dari mereka
sudah dicapai atas dasar harga tidak akan dinaikkan di akhir-akhir masa
eid nanti dan juga jumlah bekalan lembu sekiranya ada pesanan yang
'last-minute'.
(nota: tarikh tutup QHS adalah 6 disember, 2008):-(.... Apakan
daya, hati ini memang mahu ke sana namun kekangan-kekangan dunia tidak
memunkinkan ianya berlaku buat masa ini. Hanya Allah SWT Maha
Mengetahui apa yang bergejolak di dalam hati ini dan juga Dia juga yang
mengizinkan atau tidak mengizinkannya berlaku.
Jutaan terima
kasih dari pihak umat Islam Mindanao, wa jazaakumullahu khairan
kathiira kepada semua yang telah memberi sokongan dan sumbangan yang
sangat-sangat bermakna kepada umat Islam Mindanao yang sedang menderita.
Wasalam~
Dato' Hj. Mustafa Kamal b. Mohd Zaini (hp: +60192149345)
President, AKSI CEPAT TANGGAP (ACT) MALAYSIA
Ahli Majlis Perbandaran Kajang
www.actmalaysia.org
Laksanakan Qurban anda untuk mereka yang sangat memerlukan di Mindanao.
layari blog: http://qurbanact.blogspot.com