Senario rumah terbiar , tanah terbiar sudah menjadi perkara biasa di N.Sembilan 
terutamanya di Rembau , Kuala Pilah , Jelebu , Johol dan lain-lain daerah yang 
mengamalkan sistem Tanah Adat Perpatih. Salah siapa ? Salah pengamal adat atau 
mereka yang diamanahkan ? Kenapa pula bila nak buat Projek Landasan Kereta Api 
Berkembar boleh pula Tanah Adat ini dijual ?

Kenapa pula bila nak diberi ( bukan jual pun ) tanah ini kepada ahli keluarga 
perempuan yang bukan dari perut yang sama ianya tidak boleh diubahsuai , 
sedangkan mereka ini hidup merempat memerlukan tanah dan rumah ? Salah siapa ? 
Siaplah jawapannya nanti dalam kubur dan di hari akhirat ? Apatah lagi hendak 
diberikan pada adik beradik lelaki yang tiada rumah dan tanah.

Oh Negeri Sembilan , banyak rumah terbiar akibat sistem Tanah Adat, banyak 
rumah terbengkalai akibat projek perumahan tidak siap.

Tanah Adat Punca Kemiskinan Di N.Sembilan ? 
http://waghih.blogspot.com/2008/08/tanah-adat-punca-kemiskinan-di.html 

Generasi muda mahu adat perpatih diubahsuai 
http://rozmal.blogspot.com/2008/08/generasi-muda-mahu-adat-perpatih.html 

Perbandingan di Terengganu
http://waghih.blogspot.com/2008/10/buat-surau-guna-duit-sendiri-jangan.html 

Beberapa gambar rumah terbiar di N.Sembilan
http://psittacula.wordpress.com/2007/02/27/rumah-lama/ 

******************************* 
Projek kereta api berkembar diperjelas 
Sinar Harian 3 Disember 2008
REMBAU – Satu majlis pembentangan taklimat berhubung Projek Landasan Kereta api 
Berkembar Elektrik yang menghubungkan Seremban – Gemas diadakan melibatkan 
pemilik tanah di Dewan Merdeka Baru, Majlis Daerah Rembau, kelmarin. 

Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Mohd Sidek Ahmad berkata, bagi pelaksanaan 
projek yang dijangka siap awal Januari 2012 , masyarakat akan mendapat manfaat 
daripada segi penjimatan masa perjalanan Seremban ke Gemas dan memberi peluang 
pembangunan kepada negeri ini. 

Menurutnya, di Daerah Rembau ini, ia melibatkan pengambilan tanah sebanyak 326 
lot yang dimiliki lebih 800 tuan tanah. 

“Disebabkan jumlah tuan tanah yang ramai, sesi taklimat seperti ini dapat 
menjelaskan lagi keadaan sebenar, dan juga memberi peluang kepada pemilik tanah 
mengemukakan sebarang pertanyaan, pendapat dan kemusykilan. 

“Sesi taklimat akan dijalankan lagi, dan selepas ini melalui Jabatan Penilaian 
Harta akan menilai berapa pampasan yang akan diberikan kepada pemilik tanah. 

“Pemilik tanah mempunyai hak terhadap tanah mereka dan sekiranya mereka tidak 
bersetuju, mereka boleh mengemukakan bantahan selepas tempoh tiga bulan Borang 
H, disampaikan kepada semua pemilik tanah,” katanya. 

Projek landasan kereta api itu kelak yang dijangka siap 2012, akan melibatkan 
pembinaan lima buah stesen di negeri ini iaitu di Senawang, Sg Gadut, Rembau, 
Tampin dan Gemas selain di Batang Melaka, Melaka. 

Kira-kira 50 pemilik tanah hadir mendengar penjelasan yang disampaikan beberapa 
wakil termasuk daripada konsultan projek, KLIA Consultant dan beberapa wakil 
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) serta Pegawai Daerah Rembau, Mohd Rawi 
Baharom berhubung pengambilan tanah rizab untuk projek pembangunan oleh 
kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan. 

Terdahulu, majlis taklimat ini sudah berjalan sejak minggu lalu dalam memberi 
penerangan kepada tuan-tuan tanah yang terlibat agar mereka lebih jelas 
mengenai status projek landasan kereta api tersebut. 

Melalui sesi taklimat ini juga, kerajaan memutuskan akan membayar pampasan di 
atas tanah dan juga kediaman yang diambil bagi Projek Landasan Kereta api 
Berkembar Elektrik sepanjang 98km yang dijangka siap menjelang Januari 2012. 

Konsultan yang dilantik memaklumkan, Daerah Rembau mempunyai kepadatan penduduk 
yang ramai dan daripada 98km projek tersebut, hampir 20km melibatkan jajaran di 
bahagian Rembau.  

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2215203.asp 



      

------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke