Ws, Akhi, 
Charges dia macamana?

Ws
 
Dato' Hj. Mustafa Kamal b. Mohd Zaini (hp: +60192149345)President, AKSI CEPAT 
TANGGAP (ACT) MALAYSIA 
Ahli Majlis Perbandaran Kajang
www.actmalaysia.org

Laksanakan Qurban anda untuk mereka yang sangat memerlukan di Mindanao.
layari blog: http://qurbanact.blogspot.com










________________________________
From: Rozmal bin Malakan <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; 
[email protected]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL 
PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL 
PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL 
PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL 
PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL 
PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL 
PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL 
PROTECTED]
Sent: Thursday, December 4, 2008 9:58:53 PM
Subject: [Islah-Net] Merawat pelbagai penyakit melalui bekam


Kawan saya Ustaz Abdul Hadi di Seremban Jaya adalah merupakan pengamal rawatan 
bekam. Bekam adalah merupakan kaedah perubatan yang diamalkan dan disarankan 
oleh Rasulullah saw. Tempat rawatan bekam beliau ialah di rumah teres setingkat 
jalan bertentangan dengan stesen minyak Petronas di Taman Seremban Jaya. Untuk 
wanita akan dibuat oleh isteri beliau atau sahabat isteri beliau. No tel Ust 
Hadi untuk temujanji 013-6697374 , atau boleh hubungi sahabat saya lagi seorang 
Sdr Sharizal 017-2218189.

Kalau dari Lebuhraya keluar di Tol Senawang. Lepas keluar tol jumpa lampu 
isyarat pertama masuk kanan. Terus dalam lebih kurang 2 km akan jumpa stesen 
Petronas sebelah kiri. Tempat rawaran bekam Ustaz Hadi deret rumah teres 
sebelah kanan.

************ ********* 
Berbekam makin popular

Utusan Malaysia 1 Nov 2008. SEREMBAN 31 Okt. - Seorang pengamal rawatan 
tradisional di Seremban Jaya dekat sini menawarkan perubatan secara berbekam 
iaitu salah satu bentuk rawatan alternatif kepada mereka yang menghadapi 
pelbagai jenis penyakit.

Pengamal rawatan tradisional berkenaan, Abdul Hadi Mohd. Isa berkata, sejak 
beliau menawarkan khidmatnya lima tahun lalu sambutan yang diberikan oleh orang 
ramai terutama masyarakat setempat amat menggalakkan.

Malah, katanya, kebanyakan mereka yang pernah menggunakan khidmatnya akan 
mengulangi rawatan beberapa kali selepas merasakan keberkesanan rawatan 
tersebut terhadap penyakit yang dihadapi.

''Rawatan ini dengan izin Allah boleh mengubati pelbagai jenis penyakit kecuali 
Aids dan Hepatitis B. Ia merupakan sejenis rawatan yang telah wujud sejak 
beribu tahun dahulu.

''Lebih istimewa lagi ia merupakan cara perubatan yang pernah diamalkan oleh 
Rasulullah dan para Sahabat baginda. Saya terpanggil untuk meluaskan teknik ini 
kepada masyarakat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Malah, Abdul Hadi berkata, dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi 
telah menyatakan ketika Rasulullah dalam perjalanan Israk Mikraj, Baginda 
menemui malaikat yang menyuruh umat Islam menggunakan bekam untuk tujuan 
kesihatan. 

Beliau berkata, fungsi bekam adalah untuk mengeluarkan darah kotor yang 
mengandungi toksid dan jika dibiarkan boleh merosakkan sistem badan.

''Toksid adalah endapan racun yang tidak boleh ditapis oleh tubuh manusia. Ia 
berpunca daripada pencemaran air dan udara, zat pewarna dalam makanan, 
pengawet, perisa makanan, sayur yang diracun serta gaya hidup tidak sihat 
seperti merokok dan menagih dadah.

''Bagi menghilangkan toksid rawatan secara berbekam adalah cara paling sesuai. 
Ia selamat tanpa kesan sampingan yang ketara," katanya lagi.

Beliau berkata, secara umumnya terdapat empat jenis bekam iaitu bekam basah, 
bekam kering, bekam luncur dan bekam tarik.

''Bekam basah bertujuan mengeluarkan darah kotor, bekam kering adalah untuk 
keluarkan angin manakala bekam luncur bertujuan melancarkan perjalanan darah di 
bahagian kedua urat belikat.

''Kaedah bekam tarik pula digunakan untuk menghilangkan sakit kepala," katanya 
lagi.

Mengenai alat untuk berbekam pula beliau menggunakan alat bekam moden yang 
perlu dipastikan tahap kebersihannya setiap masa bagi mengelakkan jangkitan.

''Setiap kali selesai digunakan alat tersebut akan direbus di dalam air 
mendidih 100 darjah Celsius selama 15 minit bagi menjamin kebersihannya. Sarung 
tangan dan jarum yang telah digunakan akan dibuang," ujarnya.

Berhubung caj yang dikenakan, beliau berkata, setiap rawatan dikenakan bayaran 
sebanyak RM60.

''Namun begitu jika pesakit saya di kalangan mereka berpendapatan rendah saya 
tidak akan kenakan bayaran tetap sebaliknya mereka boleh membayar setakat 
mereka mampu," tambahnya.

Mengenai rancangan masa depannya pula, beliau berhasrat untuk memiliki sebuah 
pusat rawatan tradisional yang lengkap.

''Saya bercita-cita memiliki sebuah pusat rawatan yang bukan sahaja menyediakan 
rawatan berbekam tetapi juga menyediakan pelbagai rawatan alternatif yang lain 
yang semuanya berasaskan pada herba," katanya.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan khidmat berbekam boleh menghubunginya di 
talian 013-6697374.

http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2008&dt= 1101&pub= 
utusan_malaysia& sec=Selatan& pg=ws_03. htm&arc=hive 

 


      

Kirim email ke