"BUMPER QURBAN" UNTUK MINDANAO TAHUN INI?
![]()
Alhamdulillah
buat pertama kalinya ada tambahan NGO dari Malaysia yang akan
menghulurkan bantuan ke Mindanao. Yayasan Amal, sebuah NGO kemanusiaan
yang besar dan sangat dihormati di Malaysia akan ke sana tahun ini
dengan sumbangan kalau tak silap saya 33 ekor lembu dan pelbagai
ubat-ubatan. Team Yayasan amal datang dengan doktor-doktor, dan juga
yang paling menarik Juara Akademi Nasyid TV9, Azhan Atan. Dalam
perancangan awal dia akan menyanyikan lagu-lagu nasyid untuk umat Islam
di sana terutamanya di kem-kem pelarian.
TERAS juga ada sumbangan mereka. Terutamanya di dalam advokasi.
Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) saban tahun sejak tahun 2001 sudah
menyumbang ke Mindanao. Rasanya tahun ini dalam 30 ekor lebih dari JIM
ke Mindanao melalui pelbagai NGO di Mindanao yang menyalurkannya kepada
yang memerlukan.
Secara peribadi, saya sendiri berjaya
meyakinkan Dompet Dhuafa Indonesia untuk berkongsi 30 ekor lembu untuk
umat Islam di Mindanao. Munkin ada satu dua lagi NGO dari Malaysia yang
ke sana yang tidak declare, jadi saya tidak tahulah. Setakat ini, yang
di atas sahaja yang saya tahu selain ACT Malaysia.
Alhamdulillah
setakat ini ACT Malaysia sudah mengumpulkan hampir 38.5 ekor lembu
untuk Mindanao. Kami sangat bersyukur, kerana pasukan kami sangat kecil
(malu nak cakap berapa orang). Jadi, untuk kami jumlah ini kira dah
besar, alhamdulillah.
Akhirnya setelah beberapa tahun melobi
sana melobi sini, sudah mula NGO dari Malaysia mahu masuk ke Mindanao.
TV-TV di Malaysia terutamanya ASTRO sudah beberapa kali menayangkan
siri rencana tentang konflik di Mindanao.
Apapun, alhamdulillah,
"BUMPER QURBAN" tahun ini, walaupun tak begitu banyak secara total
tetapi tetap signifikan kerana ianya dari Malaysia.
Wassalam~
Dato' Hj. Mustafa Kamal b. Mohd Zaini (hp: +60192149345)
President, AKSI CEPAT TANGGAP (ACT) MALAYSIA
Ahli Majlis Perbandaran Kajang
www.actmalaysia.org
Laksanakan Qurban anda untuk mereka yang sangat memerlukan di Mindanao.
layari blog: http://qurbanact.blogspot.com