Fenomena premis perniagaan yang dimajukan oleh MARA , MAINS , UDA , PBT dan lain-lain agensi kerajaan kurang mendapat sambutan disebabkan oleh beberapa faktor. Namun ianya sepatutnya tidak menjadi alasan untuk membiarkan ianya terus tidak dmajukan atau dipromosikan. Yang rugi ialah rata-ratanya peniaga kecil dan juga pembayar cukai yang menampung projek membina premis perniagaan berkenaan.
Salah satu cara untuk memajukan sesuatu premis perniagaan ialah dengan menempatkan pejabat atau kaunter agensi kerajaan atau swasta di tingkat atas sesuatu premis. Pada 6 Disember 2008 saya lalu dihadapan pekan Marang , Terengganu. Ternampak bangunan Arked MARA. Menariknya Arked MARA di Marang ini boleh dikatakan semuanya berpenghuni. Tingkat atas bangunan Arked MARA ini diletakkan pejabat agensi kerajaan dan swasta antaranya pejabat Jabatan Pendaftaran Negara , Tabung Haji , Pejabat Belia dan Sukan , Pejabat MARA dan lain-lain lagi. Dibawahnya pula ialah kedai-kedai pelbagai perkhidmatan. Di Seremban antara permis perniagaan yang didapati kurang pengunjung walaupun berada di tengah bandar serta tepi jalan utama ialah Bazaar MAINS (Majlis Agama Islam N.Sembilan) , Seremban Plaza (MARA) dan Plaza Ampangan (UDA). Semoga semua pihak bersama membantu untuk kebaikan kita bersama. Gambar Arked MARA Marang di http://waghih.blogspot.com/2008/12/bagaimana-nak-majukan-arked-mara-bazaar.html ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

