Rakan sekerja saya sering menghadiri kuliah mingguan ulamak terkenal Negeri 
Sembilan yang mendapat pengiktirafan kerajaan negeri. Kami panggil ulamak 
tersebut Dato. Dato sering berpesan kepada anak muridnya supaya banyakkan 
berzikir , jaga solat , baca Al Quran dan sebagainya.

Sebelum kejadian banjir besar yang melanda Johor dan Pahang beberapa tahun 
sudah , beberapa ulamak Negeri Sembilan termasuk Dato telah dapat merasakan 
bahawa sesuatu yang buruk akan melanda negara. Lalu diajarkan anak-anak 
muridnya amalan tertentu , ayat Al Quran, zikir agar ALLAH swt melindungi 
negara ini, tidak menambah burukkan lagi banjir tersebut yang hampir 
mengkaramkan beberapa kawasan.

Pada tahun ini Dato serta alim ulama di N.Sembilan sekali lagi merasakan 
sesuatu yang buruk juga akan melanda negara. Lalu diajarkannya anak-anak 
muridnya mengamalkan zikir , bacaan ayat Al Quran , solat tertentu.

Segala apa yang berlaku, baik bala, musibah, mala petaka, ianya sudah tersurat 
dan merupakan ketentuan Ilahi. Semuanya ada didalam Al Quran, termasuk kajian 
saintifik mahupun fenomena alam semulajadi.

Ayat Al Quran ada menyatakan bahawa tangan manusialah yang melakukan kerosakan 
di muka bumi. Ayat Al Quran juga ada menyatakan gunung ganang dan bukit bukau 
adalah merupakan pasak kepada bumi.

Kalau dulu orang nak buat rumah mereka bukan sahaja rujuk pada arkitek, 
jurutera, malah mereka akan rujuk juga pada alim ulamak samada pembangunan 
sesuai dilakukan di kawasan tertentu. Tetapi sekarang pandangan alim ulamak 
dipandang sepi, kerana kita berfikiran alim ulamak ini tak tahu apa-apa pasal 
geologi.

Bala, musibah, tanah runtuh, banjir adalah peringatan untuk kita semua, 
walaupun kita tidak terkena musibah tersebut. Peringatan kepada kita semua agar 
kita memerhatikan keadaan sekeliling kita, adakah kita peka dengan persekitaran 
dan kejiranan kita. Adakah kita mengamalkan sikap tegur menegur , atau berpeluk 
tubuh, atau tunggu dan lihat, atau tuding menuding jari.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 



      

------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke