Ws,
GOod idea Rozmal.  InsyaAllah ACT akan contact mereka dan probably anjur 
sponsor 1 atau 2 telaga, insyaAllah.

Ws
 
Dato' Hj. Mustafa Kamal b. Mohd Zaini (hp: +60192149345)President, AKSI CEPAT 
TANGGAP (ACT) MALAYSIA 
Ahli Majlis Perbandaran Kajang
www.actmalaysia.org

Laksanakan Qurban anda untuk mereka yang sangat memerlukan di Mindanao.
layari blog: http://qurbanact.blogspot.com










________________________________
From: Rozmal bin Malakan <[email protected]>
To: [email protected]; [email protected]; 
[email protected]; [email protected]; 
[email protected]; [email protected]; 
[email protected]; [email protected]; 
[email protected]; [email protected]; [email protected]; 
[email protected]; [email protected]; 
[email protected]; [email protected]; 
[email protected]; [email protected]; [email protected]; 
[email protected]; [email protected]; 
[email protected]; [email protected]; 
[email protected]; [email protected]; 
[email protected]; [email protected]; 
[email protected]; [email protected]; 
[email protected]; [email protected]; 
[email protected]; 
[email protected]
Sent: Friday, December 12, 2008 6:46:36 AM
Subject: [Islah-Net] Tawaran Letak Nama Sendiri Telaga di Kemboja


Dalam perjalanan pulang dari Terengganu pada hari Rabu 10 Oktober 2008 sekitar 
jam 5-6 petang saya mendengar siaran radio IKIM mengenai Program Korban dan 
Menaja Guru Al Quran di Kemboja yang dikendalikan oleh Darul Fuqaha dengan 
kerjasama IKIM.

Banyak persamaan dari segi budaya , bahasa dan agama antara orang Melayu di 
Malaysia dan orang Kemboja berketurunan Melayu Campa di Kemboja. Kehidupan umat 
Islam di Kemboja adalah serba kekurangan.

Guru-guru Al Quran juga serba kekurangan. Mereka ini mengajar secara sukarela 
tanpa upah dalam pada masa yang sama mereka terpaksa bekerja mencari nafkah. 
Justeru itu jadual mengajar Al Quran mereka tidak tetap.

Anak-anak Melayu Campa ada yang belajar Al Quran di dalam kandang lembu kerana 
tiada tempat lain.

Antara salah satu inisiatif Darul Fuqaha ialah untuk menaja guru Al Quran 
dengan diberi elaun tetap sebulan RM 70. Komen ustaz dalam radio IKIM pada kita 
RM 70 tu habis untuk bayar bil telefon saha. Tapi di Kemboja RM 70 cukup untuk 
belanja keluarga sebulan.

Kepada mereka yang ingin tahu kesusahan umat Islam di Kemboja, ingin menaja 
guru Al Quran atau menaja perigi kerana masjid dan rumah di sana tiada 
kemudahan air paip dan perigi (RM400) bolehlah jenguk-jenguk laman web Darul 
Fuqaha http://www.darulfuq aha.com atau http://www.darulfuq aha.com/index. 
php?option= com_content& task=view& id=189&Itemid= 1 

Bolehlah letak nama perigi itu nama sendiri kalau nak wakaf dengan nama Telaga 
Jamaluddin , Telaga Halimah , Telaga Abdullah , Telaga Najib , Telaga Anwar , 
Telaga Abdul Hadi , Telaga Kauthar dan sebagainya. Agar pahala mereka yang 
mengambil wudhu, minum air akan dapat pada mereka yang menajanya hinggalah 
mereka mati , selagi telaga itu wujud hingga ke hari kiamat.

 


      

Kirim email ke