Malam tadi dengar ceramah Tuan Guru. Dia kata Melayu ni tak ada harga satu sen 
pun , kecuali Melayu yang bertaqwa. Kemudian dia kata lagi kita semua di dunia 
ini mempunyai datuk yang sama iaitu Adam. Tanyalah mana-mana orang dan bangsa 
pun di dunia ini , datuknya tetap sama iaitu Nabi Adam as.

Datuk orang Melayu adalah Adam , datuk orang Cina adalah Adam , datuk orang 
India adalah Adam , datuk orang Afrika adalah Adam , datuk orang Inggeris 
adalah Adam. Jadinya kita semua di dunia ini adalah berpupu.

Bila kita mati nanti apabila dimasukkan dalam kubur kata Tuan Guru lagi , 
malaikat dalam kubur tidak akan tanya apa bangsa kita. Malaikat takkan kata 
oleh kerana kita bangsa Melayu kita masuk syurga , kalau kita bangsa Cina kita 
masuk neraka.

Mendengar ceramah Tuan Guru tadi terasa betapa perlu kita menyebarkan kasih 
sayang sesama kita di dunia ini. Kita kasih dan sayangkan seseorang itu 
hanyalah kerana ALLAH. Kita bencikan seseorang itu pun mestilah kerana ALLAH.

Kalau kita di dunia ini kita nampak rumah orang sedang terbakar , kita kesian , 
kita kasihkan mereka yang menjadi mangsa kebakaran tadi walaupun dia bangsa 
Melayu , bangsa Cina , bangsa India , pendatang tanpa izin sekali pun , lalu 
kita pun tolonglah menyelamatkan dia , tolong selamatkan anak-anak dia , tolong 
semalatkan harta benda dia , tolong panggilkan bomba.

Di akhirat nanti pun begitu juga , mereka yang melanggar perintah ALLAH akan 
menjadi mangsa kebakaran api neraka. Di dunia inilah kita perlu selamatkan 
mereka , kita ingat mengingati sesama kita akan pencipta kita , akan pemerintah 
alam ini.

Marilah kita banyak menyebarkan kasih sayang sesama kita hanya kerana ALLAH 
agar negara ini selamat , aman dan makmur.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 





      

------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[email protected] 
    mailto:[email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke