Saranan Pihak Polis Antarabangsa, Interpol ialah 1: 250. - dimana satu orang anggota polis diperlukan untuk menjaga keselamatan 250 orang awam. Laporan di laman-laman web antarabangsa seperti PBB pula melaporkan bahawa Malaysia mempunyai nisbah 1: 295.
Akan tetapi di masa yang sama laporan dari Pengarah Jawatankuasa Pengurusan di Bukit Aman melaporkan bahawa nisbah polis kepada rakyat di bandar-bandar besar di Malaysia, bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi adalah jauh lebih tinggi. Contoh: Subang Jaya, nisbah polis kepada rakyat ialah 1 : 10,870 Di Johor Bharu, Balai Polis Sentral Nisbahnya ialah 1: 9,254. Di Kuantan Nisbahnya 1 : 8,000. Di suatu daerah dalam kawasan Kuantan, Air Putih, nisbah 1:7,100 Kadar jenayah di Kuantan adalah antara yang tertingi di Malaysia dan kajian menunjukkan bahawa kompleks-kompleks membeli belah di Kuantan juga tersenarai sebagai tempat-tempat yang tidak begitu selamat bagi para pengunjung. Nisbah bandar-bandar ibu negara lain New York mempunyai 1 : 197 , London 1 : 285 , Berlin 1 : 124 Tuan Yang di-Pertua, Bukankah terlalu ramai anggota Unit Simpanan Persekutuan FRU, digunakan untuk menjaga keselamatan ketika berlakunya demonstrasi aman – bila saja ada demonstrasi, tunjuk perasaan, walau aman bagaimana sekalipun terlalu ramai FRU dihantar ke tempat lokasi berkenaan. Di Kuantan, dua hari lepas di dalam satu program dalam kawasan saya, di mana tujuh orang anggota Cawangan Khas dihantar untuk memantau program yang hanya dihadiri oleh 150 orang. 150 orang ini merupakan orang kurang upaya, ibu-ibu tunggal beserta orang-orang miskin sekitar Kuantan yang diberi anugerah Sijil Takaful berkelompok Khairat Kematian. Artikel penuh di laman web Ahli Parlimen Kuantan http://fuziahsalleh2.wordpress.com/2008/05/12/bahas-titah-di-raja-saya-di-parlimen-petang-tadi/ Rujukan lain : Here are the statistics from nationmaster: Malaysia: 3.43936 per 1,000 people http://nitawriter.wordpress.com/2007/08/20/poor-people-to-police-ratio/ http://www.nationmaster.com/country/my-malaysia/cri-crime ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[email protected] mailto:[email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

