Umno perjuang Islam konon , akan tetapi hakikatnya pelajar sekolah rendah Islam dilayan seperti pelajar kasta bawahan atau pelajar darjat bawahan oleh Kementerian Pelajaran. Hidup Melayu , Hidup Melayu , Hidup Melayu.
Berita Harian 15 Dis 2008 Lepasan Sekolah Rendah Islam tidak diterima SMKA SAYA mewakili pelajar Sekolah Rendah Islam di Kedah, terkilan dan kecewa dengan situasi yang berlaku kepada pelajar sekolah rendah Islam yang tidak dapat menyambung pelajaran ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Kedah. Saya difahamkan peraturan ini ditetapkan Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Kedah. Keadaan ini berterusan sejak 2006. Pelajar lepasan Sekolah Rendah Islam di negeri ini mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak dibenarkan membuat permohonan meneruskan pengajian di mana-mana empat SMKA di Kedah. Sebelum 2006, pelajar aliran sama boleh memasuki SMKA seperti lepasan sekolah kebangsaan yang lain . Sebagai makluman, pelajar cemerlang hanya dapat memasuki Sekolah Agama Negeri saja iaitu Maktab Mahmud yang hanya boleh menempatkan sebilangan pelajar. Pelajar mendapat 5A dalam UPSR tidak mempunyai pilihan lain untuk menyambung pelajaran dalam aliran agama khususnya SMKA. Mereka mengikuti sukatan KBSR dan menduduki peperiksaan UPSR yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran sama seperti pelajar lain. Mengapa hak mereka dinafi dan berlaku diskriminasi. Saya berharap pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan sewajarnya demi memartabatkan pendidikan Islam di Malaysia. WARIS PRIHATIN, Alor Star, Kedah. http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Surat/20081214223112/Article/index_html Lagi Artikel bagaimana pelajar Sekolah Rendah Islam dilayan sebagai pelajar kelas bawahan oleh Kementerian Pelajaran di pautan berikut : http://waghih.blogspot.com/2008/08/pelajar-islam-ditindas-di-nsembilan.html http://waghih.blogspot.com/2007/12/kenapa-pelajar-sek-ren-islam-ns.html ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[email protected] mailto:[email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

